58

13.8K 643 86
                                    

"Alex!" Jeritan Umairah bergema di bilik tersebut. Bilik yang amat menakutkan baginya. Manakan tidak, bilik itu dipenuhi dengan alat alat senjata api dari kecil sehingga yang besar.

Di sebelah kanannya, terdapat alat alat seperti alat pembedahan yang selalu dilihat di dalam kaca tv. Umairah cemas apabila melihat barang barang tersebut.

Dia meronta untuk melepaskan diri daripada ikatan di kerusi baring tersebut. Dipandang lagi sekali bilik barunya itu. Tidak ubah seperti bilik pembedahan.

"Aku nak keluarlahh!" Jerit Umairah lagi.

Dia menarik tali yang mengikat badannya serta kerusi baring yang digabungkan tetapi apa yang dia dapat hanyalah sakit di setiap tubuh badannya. Kesakitan itu sedikit demi sedikit menjalar ke arah perutnya dan terus Umairah berhenti meronta.

Risau dengan keadaan bayi di dalam perutnya.

Dia menyandarkan kepalanya di kerusi tersebut dengan tercungap cungap. Dipandang lama keadaannya yang sebegitu rupa.

Di dalam fikirannya, sudah terbayang wajah Adonis yang penuh kerisauan setiap kali perutnya sakit. Tapi kini, tiada wajah Adonis yang muncul di hadapannya.

Bibirnya perlahan lahan menguntumkan senyuman supaya dirinya dapat bertahan untuk bayinya serta Adonis. Tapi senyuman itu tidak dapat bertahan lama apabila Umairah tiba tiba sahaja menangis di situ.

"Abangg...tskkkk tolonglahhh...baby sakitt..tskk" rintih Umairah perlahan.

"Kau menangis pun...suami kau tu tak datanglah!" Umairah tersentak apabila suara Alex tiba tiba sahaja bergema di bilik tersebut.

Umairah cuba untuk tenangkan dirinya daripada menangis lagi. Dia mengigit bibirnya sebentar dan memandang Alex yang sudah berada 100m di hadapannya.

Alex mendekati Umairah dengan muka yang tenang. Dia memerhatikan Umairah yang masih terikat di atas kerusi baring itu.

"Tak selesa baring atas ni?" Tanya Alex lembut secara tiba tiba. Umairah diam dan tidak mahu bersuara.

"Aku tanya...jawab" kata Alex lagi.

"Tak" jawab Umairah.

Apabila mendengar kata Alex tadi terus dia teringat Adonis.

Siblings..are same

Alex diam dan memerhatikan Umairah lagi. Umairah mengalihkan pandangannya ke arah pintu yang tertutup rapat. Tidak mahu bertentang mata dengan Alex.

"Kenapa..kau culik aku? Apa motif kau?" Akhirnya soalan itu terkeluar dari mulut Umairah. Sedikit terkejut apabila dia dengan tiba tiba menanyakan hal tersebut tapi ditenangkan dirinya supaya Alex tidak tahu yang dia tidak cemas dengan soalan tersebut.

Alex terdiam seribu bahasa.

Umairah menunggu dengan penuh kesabaran untuk mendengar jawapan Alex.

Tapi tiada.

"Kau tahu"

Umairah tersentak apabila Alex menyentuh perutnya yang membulat. Dia sendiri cemas apabila Alex menyentuh perutnya.

Umairah sedikit tenang apabila Alex hanya menyentuh dan memandang lama perut Umairah yang membawa nyawa. Ada sedikit perasaan gementar apabila Alex bertindak begitu.

Alex pula hanya memandang perut Umairah dengan perasaan yang bercampur aduk. Tidak tahu bagaimana mahu katakan kerana dia sendiri tidak tahu apa masalahnya.

BAD Where stories live. Discover now