59

13.6K 605 18
                                    

Jangan frust Alex jadi gay 😝 sis tahu ramai yang ada hati kat dia. Don't worry nanti kita buat sequel pasal Alex ya?

"Pst! Is it okay?" Bisik Ziqri perlahan.

Seorang lelaki berbadan tegap menunjukkan ibu jarinya tanda keadaan selamat. Ziqri dan Adonis keluar daripada tempat persembunyian dahulu. Apabila konconya ingin mengikuti Ziqri dengan segera dia menghentikan mereka dan memberi arahan supaya bersembunyi sehingga mereka memberi isyarat untuk masuk ke dalam dan mereka akur.

Adonis menarik lengan baju Ziqri supaya mereka bergerak dengan segera sebelum konco Alex menangkap mereka yang sudah keluar daripada tempat persembunyian.

Ziqri dan Adonis terus berlari perlahan menuju ke pintu kecil yang kelihatan seperti tiada orang.

Adonis terhenti apabila kelihatan seorang lelaki berbadan kurus keluar daripada pintu kecil tersebut dengan senyuman yang tidak dapat ditafsirkan.

Dengan segera Adonis menarik Ziqri ke tepi dinding. Ziqri yang tersentak terus memandang Adonis yang sedang mengintai lelaki tersebut. Apabila melihatkan muka serius Adonis itu maka Ziqri faham bahawa terdapat orang di kawasan tersebut.

Lama lelaki tersebut berdiri di hadapan pintu.

'Itu ke guard dia?' Bisik hati Adonis.

"Sir, the guy is the assistant of Alexander. He in charge to welcome the guest who needs weapon and drugs" bunyi walkie talkie tersebut dengan suara yang perlahan.

Adonis memandang Ziqri dan mengangkat keningnya. Mengisyaratkan apa yang perlu dilakukan.

Ziqri mendekati Adonis dan berbisik.

"Aku rasa...ada orang mungkin akan datang untuk berjumpa dengan Alex. Memandangkan dia kecil dan tiada tugas yang penting sangat pun aku fikir kita serang saja dia. Melihatkan penampilan dan badannya, aku yakin dia tidak tahu bagaimana untuk berlawan" bisik Ziqri perlahan.

Adonis mengangguk dan mengintai sekali lagi lelaki tersebut.

Setelah Adonis pasti lelaki itu sedang leka, dia menepuk lengan Ziqri tanda "okay" . Ziqri yang faham terus keluar daripada tempat persembunyian itu dan menyerang hendap lelaki tersebut.

Benar kata Ziqri, dia tidak tahu berlawan.

Adonis menekup mulutnya dan Ziqri menyerang bahagian belakangnya sehingga lelaki tersebut tidak menyedarkan diri.

Disembunyikan lelaki tersebut di belakang semak. Adonis menggeledah poket lelaki itu dan menjumpai sesuatu seperti kad dan juga sebuah pistol.

Diberi kepada Ziqri supaya Ziqri boleh menggunakannya ketika kecemasan.

"Kita masuk dalam" kata Adonis dan Ziqri mengangguk.

Mereka menggunakan kad tersebut untuk membuka pintu. Adonis memakai baju manakala Ziqri memakai tag yang dipakai oleh lelaki tadi.

Apabila mereka melihatkan penampilan mereka, mereka tidak syak apa apa kerana memang sebelum mereka ke sini mereka sudah mendapat maklumat bahawa konco Alex tidak pernah mengecam muka konco konco yang lain melainkan konco yang penting seperti berlawan.

Mata mereka memerhatikan setiap bilik. Jujur, bulu roma mereka berdiri sebentar melihat keadaan satu per satu bilik tersebut sehingga Adonis sendiri cemas.

'Isteri aku duduk kat tempat macam ni? Astaghfirullah halazim' bisik hatinya.

Ziqri pun agak risau dengan keadaan Umairah apabila melihatkan bilik tersebut. Tidak dapat dibayangkan jika Umairah berada di dalam bilik bilik sebegitu.

BAD Where stories live. Discover now