53

14.4K 684 10
                                    

"Sayang, nak pergi mana?" Soal Adonis pada Umairah. Berkerut juga dahi Adonis apabila Umairah mengenakan pakaian yang comel dengan sedikit solekan di mukanya.

Umairah tidak menjawab soalan Adonis. Dia bergerak menuju ke dapur dan mencuci tangannya.

"Mak! Harini masak apa?" Tanya Umairah.

"Mihun" jawab Puan Amirah.

"Sedappppnyaaa" balas Umairah sambil bergerak menuju ke meja makan semula. Adonis yang berada di sebelah dia abaikan. Tengah mogok lah kan hehehehe.

Oh kenapa Umairah pakai cantik cantik dengan solekan tipis di muka?

Saja. Nak kenakan Adonis.

Selama ni, tak pernah pun Umairah memakai alat solek.

Umairah duduk di atas kerusi dengan wajah yang terliur melihat mihun yang cantik terhidang di atas meja. Pinggan diambil dan dicedokkan untuknya.

TAPI!

Baru sahaja Umairah mahu meletakkan pinggan tersebut padanya, dia mengerling ke arah Adonis yang tidak menjamah lagi sarapan. Hanya duduk berteleku di sebelah Umairah.

Perasan rasa bersalah mula bersarang dalam hati Umairah. Tahu, Adonis menunggu Umairah untuk menyedokkan makanan untuknya.

Namun, Umairah tidak tahu yang Adonis sebenarnya sedang membaca mesej daripada pekerjanya. Tentang hal hospital. Saja dia sorokkkan telefon di bawah meja.

Tanpa berfikir panjang, Umairah meletakkan pinggan berisi mihun tersebut pada Adonis dengan wajah yang kosong. Masih lagi merajuk dengan Adonis.

Adonis tersenyum apabila Umairah menghidangkan mihun untuknya. Dia membuat andaian bahawa Umairah tidak marah padanya lalu dia mendongak memandang Umairah. Namun, hampa apabila hanya wajah Umairah yang masam mencuka menyapa Adonis.

Tiada senyuman seperti biasa.

"Makan" kata Umairah tegas.

Adonis yang seolah dipukau hanya mengangguk dan mengambil garfu di sebelahnya. Apabila Adonis leka menikmati mihun tersebut, Umairah tersenyum kecil lalu mengambil satu lagi pinggan dan mengisi mihun tadi tapi dengan kuantiti yang sangat sedikit.

Bukan dia tiada selera. Cuma, dia mahu bergegas keluar.

Kenapa?

Halah, Adonis lupa. Itu juga salah satu sebab Umairah merajuk.

Hari ni ada medical check up baby.

Sudah diingatkan beberapa kali pada Adonis. Malah, sudah diletakkan nota pada telefon bimbit Adonis namun sayang...

Adonis masih lupa.

Sibuk sangat dengan kerjalah tu~

Umairah menyuapkan beberapa kali sahaja sebelum mihun tersebut habis. Adonis berasa hairan dengan Umairah yang hanya mengambil sedikit sahaja mihun.

Dia memandang Umairah yang sedang mencuci pinggannya.

'Lain benor bini aku ni...pasal kes dua hari lepas ke?' Gumam Adonis perlahan.

"Awak, saya nak keluar" pinta Umairah acuh tak acuh. Dia mengambil beg nya dan terus berjalan ke pintu utama.

Adonis yang baru sahaja memproses ayat Umairah terus berlari mendapatkan Umairah.

"Eh sayang!" Panggil Adonis.

Umairah menoleh dan menunduk.

"Apa? Cepatlah saya nak keluar ni..." gesa Umairah.

BAD Where stories live. Discover now