51

15.8K 758 17
                                    

"Kakak! Adonis! Bangun bangun" Jerit Puan Amirah sambil mengetuk pintu bilik mereka. Namun, tiada sahutan yang didengari oleh Puan Amirah lalu dia menggelengkan kepalanya.

"Hailah anak bertuah ni" gumam Puan Amirah. Matanya memandang jam yang berada di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi.

"Kenapa Amirah?" Tanya Puan Aline yang baru sahaja bangun daripada tidur. Puan Aline menggosok matanya supaya penglihatannya lebih jelas.

Puan Amirah menoleh dan memandang Puan Aline masam.

"Umairah dengan Adonis tak bangun lagi. Dah nak masuk subuh ni kak" balas Puan Amirah risau. Puan Aline mengebilkan matanya lalu tersenyum tipis.

"Mereka penatlah tu" balas Puan Aline meleret. Puan Amirah mengerutkan keningnya tanda tidak mengerti. Kepalanya yang bersarung tudung dia garu perlahan.

"Nak penat apa kak..mereka semalam tak ada buat apa apa pun" balas Puan Amirah.

Puan Aline mencuit bahu Puan Amirah.

"Akak tak tahu lah Amirah ni buat buat tak faham ke tidak" Puan Aline menepuk dahinya kerana Puan Amirah masih tidak faham.

"Semalam kan malam pertama..takkan Amirah tak faham lagi" kemudian Puan Amirah seolah olah berfikir. Tiba tiba dia gelak.

"Eh lupa lah kak hahaha okaylah faham penat" setelah itu Puan Amirah beredar dari pintu bilik Adonis dan Umairah.

—————

"Awak!" Terkejut Adonis apabila Umairah tiba tiba menepuk kuat dadanya.

Mak oi betul ke bini aku ni?

"Ha kenapa kenapa?" Dalam mamai dan mata yang masih terkatup Adonis bertanya kepada Umairah. Umairah membetulkan cadar di atas katil dan dicapai tuala di dalam almari.

"Kita dah bangun lambat, subuh pun tinggal. Sekarang dah pukul 9.30" kata Umairah cemas. Adonis yang mendengar sedikit pun tidak terkejut. Kenapa? Baginya, apa salah kalau bangun lambat? Mereka bangun lambat pun bersebab.

Apabila mengingatkan sebabnya, Adonis tersengih. Umairah yang mahu melangkah masuk ke dalam tandas memandang Adonis pelik.

"Awak dah kenapa? Buang tebiat" selepas bersuara Umairah cepat cepat menutup mulutnya.

Terlepas.

Adonis memandang Umairah dengan pandangan kosong. Tiada senyuman mahupun tanda marah. Dia bangun dan mendekati Umairah yang menyorok di sebalik pintu tandas.

Umairah dengan gementarnya meminta maaf.

"Awak maaf...saya tak bermaksud nak cakap ma-"

Cup!

Satu ciuman di bibir diberikan pada Umairah. Umairah yang terkedu sebentar kemudian dia malu. Dia memandang Adonis dengan matanya yang bergenang kerana perasaan malunya.

"Awak ni.."

Cup!

Sekali lagi.

Umairah mencebik.

"Aw-"

"Sekali lagi sayang gunakan panggilan saya awak dengan abang abang jamin kita tak keluar bilik" ugut Adonis lembut.

Bukannya dia tidak suka dengan panggilan tersebut, tapi saya awak itu sudah ramai lelaki yang Umairah gunakan dengan panggilan tersebut. Adonis tak suka, sebab dia nak Umairah jadikan dia yang istimewa.

Jika dulu sebelum kahwin, ya! Dia tak kisah jika Umairah mahu menggunakan saya awak. Tapi sekarang, situasi sudah berubah. Mereka sudah berkahwin. Jadi, Adonis mahu panggilan saya awak ini diubah.

Umairah mengangguk perlahan dan menutup pintu. Baru sahaja dia mahu mengunci pintu tandas sekali lagi suara Adonis bergema.

"Jangan kunci" arah Adonis.

Umairah terdiam.

Teragak agak sama ada mahu menurut atau tidak. Sejujurnya, dia masih malu. Tapi selepas difikirkan bahawa Adonis itu suaminya dibiarkan pintu tandas tidak berkunci.

                                  ————

"Ma, bu..maaf lambat" ucap Umairah resah. Terutana sekali dengan ibu Adonis. Bimbang sekiranya ibu Adonis melabel dia seorang yang tidak bertanggungjawab dan pemalas walaupun sebaliknya tidak.

Adonis di belakang hanya membuat muka normal. Tiada sebarang kerisauan terpamer di wajahnya. Dia dengan isterinya, biarlah berapa lama mereka mahu di dalam bilik. Kalau diikutkan hati, memang dijadikan Umairah bantal peluk saja satu hari di dalam bilik. Malangnya, Umairah terlalu risau.

"Eh tak apa, biasalah kan pengantin baru.." kata Puan Aline ceria. Wajahnya berseri seperti dia yang berkahwin semalam.

"Ibu tak marah?" Tanya Umairah pada Puan Aline. Punggung dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan dengan Adonis.

"Tak sayang, ibu lagi suka. Ibu dah lama tunggu Adonis kahwin. Ibu suka sangat" jawab Puan Aline tenang. Seakan akan jawapan itu memang dipendamkan dan akhirnya dikeluarkan hari ini. Puan Aline menarik nafas dan tersenyum.

"Terima kasih sebab jadi menantu ibu" ucap Puan Aline sebelum pinggan diberikan pada Umairah. Umairah mengangguk dan tersipu malu mengambil pinggan tersebut.

"Nah abang" Umairah hulurkan pinggan tersebut pada Adonis pula.

Adonis ambil tanpa banyak bunyi. Ya, dia tak sarapan nasi tetapi demi menjaga hati Umairah dan ibu mertuanya Adonis sanggup sarapan nasi.

"Bagus Umairah, dahulukan suami" Puan Aline  bersuara lagi.

Umairah menggaru kepalanya akibat terlalu malu. Dia tunduk dan mencapai pinggan di atas meja.

Sangat malu! Walaupun itu satu pujian.

Umairah duduk dan menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Umairah takut dengan ibu?" Cepat cepat Umairah menggeleng. Puan Aline yang melihat gelagat Umairah yang menggeleng dengan nasi yang melekat di bibirnya tersenyum senang.

"Umairah malu saja...tak biasa" kata Umairah.

"Ala kakak, ni kan mak mertua kamu. Kamu kena biasakan diri dengan mak mertua kamu ni" sampuk Puan Amirah.

Puan Aline mengangguk tanda setuju.

"Err..Umairah cuba" kata Umairah takut takut dan dia menyambung makan.

Sekali lagi dia diganggu apabila Adonis mengambil tangan kirinya dan digenggam dengan tangan kanan Adonis. Umairah memandang tajam Adonis. Tapi apa yang dia dapat hanyalah senyuman manis dari Adonis.

"Rindu" bisik Adonis perlahan pada Umairah. Umairah tunduk lagi.

"Ad kesian Umairah nak makan kamu kacau dia" tegur Puan Aline yang sejak dari tadi memerhati perlakuan Adonis yang lagi membuatkan Umairah malu.

Adonis mencebik dan melepaskan genggaman tadi.

"Me cara mia ma"

"Si"

Sorry for the late update 😭 Iloveyouuu💗

BAD Where stories live. Discover now