4

41.5K 1.3K 12
                                    

"Awak..." panggil aku. Dia menyahut dengan em dalam dia makan makanan yang dia beli secara online.Aku bermain dengan jari aku.

"Awak minum arak ke?" Dengan nada berhati hati aku tanya. Risau jika dia marah dengan pertanyaan aku. Dia memandang aku dengan pandangan kosong.

Tiba tiba dia ketawa.

Aku yang melihat dia ketawa terus menjadi kaget. 'Aku buat lawak ke?' Dia menutup mulutnya supaya tawanya terhenti. Kemudian, dia memandang aku. "I non muslim lah" aku terus membuat mulut O tanda faham.

"Saya ingat awak kacukan" kata aku lagi. Dia ketawa kecil "Taklah, I memang orang sini" aku mengangguk sekali lagi.

"Habistu, awak..."

"I dulu duduk dengan orang melayu. They have a son. So bila dia nak khatan. I pun ikut" katanya seolah tahu apa yang aku ingin tanyakan. Aku mengangguk lagi dan melihat dia yang menyambung suapannya.

"Awak tahu kan benda ni tak baik dalam Islam?" Soal aku perlahan lahan. Dia berhenti mengunyah makanannya. "So you nak I kahwin dengan you ke?" Aku diam.

"Sorry babygirl, I'm not the type that like to tied with someone" jawabnya lembut.

Deg

Berkecai juga hati aku. Tapi aku halau perasaan sedih tersebut dan berpura pura aku tidak terasa dengan ayatnya

"Apa nama awak?"

"Not important" aku mencebik. Nama kita tahu tapi nama dia langsung taknak kita tahu.

Aku terus diam dan menyambung makan. Tidak dihiraukan pandangan dia yang sedang memerhatikan aku makan. Dia berdehem.

"Kenapa diam?" Soalnya.

"Makan mana boleh bercakap" balas aku selamba. Dia memandang aku dengan pandangan tajam.

"You marah?" aku menggelengkan kepala aku. Walaupun sebenarnya aku agak terguris dengan katanya.

Dia tersenyum dan menyambung makan makanannya semula. Aku hanya tersenyum kekok dan memandang dia makan. Makanan aku langsung tidak berusik.

Dia memandang aku sekali lagi. "Makanlah" aku tersentak dan terus mengangguk laju laju. "Ya makan" dan aku menyuapkan makanan tadi ke dalam mulut aku.

                              —————
"Mak!" Jerit aku kuat. "Ei pergilah! Shuh shuh!" Jerit aku lagi. Rasa mahu menangis sahaja tatkala terlihat serangga yang paling aku benci.

Lipas.

Kelihatan dia bergerak menuju ke arah aku yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik air. Lagi kuat aku menjerit meminta tolong.

"Ha kenapa kenapa?" Jerit dia yang datang membawa penyangkut baju. Aku yang mahu ketawa melihat dia terus tak jadi apabila lipas tersebut makin dekat.

"Tu lipas... tolong bunuh dia saya takut..." rengek aku. Dia yang tadinya cemas terus memandang kerek kepada aku. "Seriously? Cockroaches?" Soalnya. Aku mengangguk sambil mengjengketkan kaki aku akibat daripada lipas tersebut.

Dia berjalan dengan selambanya dan menangkap lipas tersebut dengan tangannya. Dia mengangkat lipas tersebut dengan memegang sesungutnya.

"See? Isn't it pretty?" Kata dia. Aku menggelengkan kepala. "Buanglah! Ya Allah gelinya" kata aku. Dia ketawa sinis. Kemudian didekatkan lipas tersebut kepada aku membuatkan aku terkejut dan terjatuh.

"Aduh!" Adu aku. Dia yang terkejut melihat aku terjatuh terus keluar dari kamar sambil membawa lipas tadi. Beberapa minit kemudian, dia datang dan mengetawakan aku.

"Pft! HAHAHAHAHAH takut sampai jatuh ya cik akak" katanya. Aku mencebik dan cuba untuk berdiri walaupun punggung aku terasa sakit.

Dia menghulurkan tangannya. Memberi bantuan untuk membantu aku berdiri. Aku tepis dan bangun sendiri. Aku berjalan ke arah katil dan hanya duduk di situ.

Mogok!

"Eh babygirl merajuk?" Katanya dengan sisa ketawanya. Aku masih lagi duduk di atas katil dan mendiamkan diri. Sesekali aku silangkan tangan di dada aku tanda marah.

"Ala sorrylah... promise won't do it again" katanya. Aku berpusing untuk memandangnya.

"Janji?"

"Janji baby"

Aku tersenyum

BAD Where stories live. Discover now