39

19.5K 999 27
                                    

"Baby mummy" Panggil Adonis sebaik sahaja sampai di hospital. Umairah yang sedang merapikan rambutnya terus menoleh memandang Adonis.

"Kenapa awak?" Tanya Umairah. Adonis hanya memandang Umairah dengan perasaan malu. Dia menggengam stereng keretanya sambil menahan perasaan malunya apabila terdapat sesetengah staf memerhatikannya.

Adonis menarik nafasnya lalu dihembuskan dengan perlahan. Umairah yang memerhatikan gelagat Adonis hanya mampu tersenyum.

"I taknak pakai baju pink. You tengok, semua staf I pandang tau. I tak pernahlah pakai baju warna ni" dia menarik hujung bajunya pada Umairah. Umairah meneliti baju yang dia berikan pada Adonis lalu dia tersengih.

"Ehhe~ apa salahnya awak pakai baju macam ni? Comelnyaaaaa" puji Umairah walaupun sebenarnya dia mengusik Adonis yang sudah merah mukanya.

'First time aku nampak muka dia malu' bisik hati Umairah.

Adonis menghembuskan nafasnya dengan kasar. Baju pink yang elok terletak di tubuhnya dia pandang dengan penuh benci.

Ternyata, Adonis memang benci pada warna itu.

"Aik? Awak marah ke?" Soal Umairah. Adonis yang tadinya rasa meluat melihat warna pink di tubuhnya, terus menoleh dan menggeleng.

"Taklah, I suka..... sangat baju ni" perli Adonis. Umairah tertawa sambil menanggalkan seatbelt begitu juga dengan Adonis.

"Suka? Kalau macam tu marilah kita masuk dalam" sejurus itu, Umairah keluar dari kereta dengan senyuman manis terlakar di bibirnya. Menandakan dia gembira apabila dia dapat mengusik Adonis.

Adonis memuncung di dalam kereta. Kot putih di bahagian belakang dia capai dan sarungkan pada badannya. Berharap supaya dapat menutup baju yang dia sedang pakai sekarang. Walaupun dia sedar, memang tak boleh sorok warna pink tersebut walau dia tutup dengan kot putih.

Dia buka pintu kereta dan menukar ekspresi wajahnya kepada serius supaya stafnya tidak berani memandangnya. Biarlah, hari ini mukanya ketat seperti ais dingin asalkan tiada siapa yang memandang fesyennya yang agak lembut hari ini.

Adonis mendekati Umairah dan dicapai tangan Umairah. Dia menarik Umairah supaya mengikuti nya dan Umairah akur.

Sepanjang perjalanan mereka menyelusuri laluan koridor ke bilik rawatan Adonis, ramai juga staf yang memandang mereka. Ada yang tersenyum, ada yang terkejut, malah, ada juga yang menegur Adonis dengan sengihan di bibir.

Umairah hanya mengulum senyumnya. Tanduk mula keluar apabila dia berjaya mengenakan Adonis.

Sampai sahaja di hadapan bilik rawatan milik Adonis, Adonis memandang Umairah. Umairah pun memandang Adonis dengan penuh tanda tanya.

"Beri salam. I belum masuk Islam lagi" arahnya. Umairah tersentak sebentar, dia tersentak dengan realiti bahawa dia wanita muslim. Yang beragama islam. Terusik tangkai hatinya apabila Adonis berkata begitu.

Tidak mahu Adonis sedar akan perubahannya, dia tersenyum dan memberikan salam.

"Assalammualaina wa'ala ibadilla hissolihin" ucapnya dan serentak itu Adonis membuka pintu tersebut.

Umairah tersenyum tawar dalam dia bergerak ke katil.

'Aku masih ingat...'

Adonis mengarahkan supaya Umairah berbaring di atas katil untuk memeriksa bayi di dalam kandungannya. Umairah berbaring dan memandang syiling bilik tersebut.

Dia termenung.

Memikirkan perubahan mendadaknya sejak bertemu Adonis.

'Di mana tudung yang aku sarungkan untuk menutup aurat aku dulu?'

'Di mana ibadah yang aku selalu tunaikan dahulu?'

'Aku.... jahil? Aku sudah lupa pada agama aku sendiri?'

"Baby mummy" Umairah tersentak apabila Adonis memegang bahunya. Dia menoleh memandang Adonis yang memandang Umairah dengan penuh kerisauan apabila Umairah seolah olah menghiraukan kata katanya tadi.

"Are you okay?" Tanya Adonis. Umairah hanya mengangguk dan memegang tangan Adonis yang berada di bahunya.  Perlahan lahan, tangan Adonis dia jatuhkan dari bahunya. Adonis sedar akan perilaku Umairah yang seakan akan tidak suka dengan sentuhannya. Tapi dia memilih untuk berdiam diri.

"Saya okay, awak nak check baby sekarang?" tanya Umairah. Adonis mengangguk perlahan.

"I nak sapu gel dekat perut you" kata Adonis dan dia berdiri untuk mendekati Umairah dengan gel yang berada di tangannya.

Langkah Adonis terhenti apabila Umairah bersuara.

"Awak bagilah gel tu pada saya, biar saya sapu sendiri" kata Umairah. Adonis terdiam sebentar, tetapi akhirnya dia menghulurkan juga gel tersebut pada Umairah. Walaupun, dia terasa dengan Umairah yang seolah menolak sentuhannya.

Tidak tahu apa yang Umairah fikirkan sehingga dia menjadi begini. Adonis asyik memikirkan mengapa Umairah berubah sebegini mendadak sedangkan tadi dia okay sahaja.

Tangannya bergerak mengambil satu alat untuk melihat bayi di dalam kandungan. Mesin  yang memaparkan imej bayi dibuka oleh Adonis.

Alat kecil itu perlahan dilalukan di perut Umairah. Terasa agak geli apabila alat itu dilalukan di perutnya yang sudah disapukan gel sejuk tadi.

Dalam beberapa saat, terpapar di mesin satu imej kecil. Umairah dan Adonis yang melihat cepat menggosok mata mereka. Masing masing tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mereka.

Umairah tergagap gagap bertanya pada Adonis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Umairah tergagap gagap bertanya pada Adonis.

"Aw-aw- kembar?" Umairah membuntangkan matanya apabila Adonis mengangguk. Adonis juga tidak percaya dengan apanya yang dilihatnya sekarang.

Umairah perhatikan sekali lagi pada imej tersebut. Benar, ada dua.

Umairah memandang semula ke arah Adonis.

"Bulan lepas check tak nampak pun" kata Umairah. Bukan dia tidak suka, tetapi dia terlalu terkejut. Selama ini, dia membawa dua nyawa di dalam kandungannya bukan satu. Kelopak mata Umairah bergenang akibat daripada perasaan sebaknya.

"Mungkin, sebab dia menyorok.. that's why kita tak nampak" balas Adonis. Dia memerhatikan pergerakan dua bayi di dalam kandungan Umairah.

Dalam hatinya, dia cukup bersyukur. Mungkin, Allah mendengar doanya walaupun dia masih belum menganut agama Islam. Terbukti, betapa besarnya kuasa Allah SWT.

'Terima Kasih Ya Allah..' bisik Adonis.

"I print gambar baby ni ya.. i have check the baby condition. Ops... I mean babies" Umairah dan Adonis sama sama tertawa apabila Adonis berkata begitu.

"Our babies okay.. they seems strong in there.. We need to check the baby next month to know the gender.. I really hope.. it's a boy and girl" kata Adonis.

Umairah hanya diam, memerhatikan bayi tersebut. Dia memikirkan tentang Yang Satu.

'Aku lupa agama aku.. tapi kau tetap berikan aku rezeki sebegini Ya Allah... Astaghfirullah halazim.. Subhanallah...'

Air mata Umairah akhirnya jatuh.

Hi guys! Agaknya apa jadi lepas ni? Btw awak semua boleh tolong saya? Malu nak cakap tapi kena cakap juga 😂 Saya ada buat cover dekat ig.. kalau sudi silalah dengar suara selekeh saya kat ig saya : abbyrnbow ... 😅

BAD Where stories live. Discover now