32

19.5K 891 40
                                    

Aku bangun daripada tidur dan menenyeh mata aku kerana mata aku yang sukar untuk dibuka dan penglihatan aku yang agak kabur.

Aku alihkan pandangan aku pada jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku menoleh ke sebelah aku tetapi aku lihat dia tiada di sebelah aku.

Aku agak kaget apabila melihat dia tiada di sebelah aku, kerana aku tahu dia seorang yang agak sukar untuk bangun pada waktu begini. Jadi aku membuat keputusan untuk mencari dia dengan langkah yang berhati hati. Selimut aku lurutkan dari tubuh aku dan menuju ke pintu kamar.

Aku intai dari dalam bilik dahulu, memastikan bahawa jikalau dia ada di luar pintu bilik tapi sayangnya tiada. Aku menggaru kepala aku tanda keliru. Perlahan lahan pintu bilik aku buka seluas yang mungkin dan bergerak menuju ke ruang kerjanya di tingkat atas.

Itu tempat yang selalu dia duduk jika dia sibuk membuat kerjanya.

Apabila aku hampir sampai ke ruang kerjanya, langkah aku makin perlahan dan berhati hati. Aku lihat pintu tersebut terbuka sedikit, jadi aku mengambil langkah untuk mengintai dari luar sahaja.

Terdengar gelak tawa seseorang dari dalam.

Suara dia.

"How can you call me at this time for these freaking funny of your stories dear?Nevermind it's making me happy when you having a good day today" dapat aku lihat senyuman dia dari luar.

Senyuman dia nampak ikhlas.

Bibir aku tersenyum melihat dia tersenyum begitu, tapi tidak hati aku. Kerana aku tahu dia sedang bercakap dengan wanita yang aku terdengar perbualan mereka beberapa bulan yang lalu.

Itukan dear yang dia bercakap beberapa bulan yang lalu tu?

Aku memejamkan mata aku dan terus berjalan jauh dari ruang kerjanya. Tidak mahu mendengar suara tawanya yang bergema sekali lagi di dalam bilik tersebut. Aku menahan tangisan aku dari keluar seperti selalu.

'Aku memang bodoh sebab masih percaya pada dia'

Aku turun ke bawah dengan berhati hati, tidak mahu dia sedar bahawa aku sudah terjaga dan mendengar perbualannya. Aku masuk ke kamar dan baring di atas katil. Membelakangi pintu kamar.

Aku menutup mata aku, tapi aku tidak terlena seperti selalu. Jiwa aku terasa kucar kacir di dalam. Hati aku tak tenang setelah mendengarkan perbualan tadi. Perut aku pun seperti tidak selesa sekarang. Aku pun tidak tahu mengapa.

Dalam aku cuba untuk tidur, aku mengusap perut aku. Di dalam fikiran aku penuh dengan fikiran fikiran negatif. Tapi lama kelamaan, aku cuba untuk menghentikan segala fikiran negatif demi bayi aku.

Aku ulang

Demi bayi aku!

Bukan kami!

Aku kalau boleh tidak mahu membuat kenyataan seperti ini, tetapi perasaan aku yang mudah sensitif sekarang membuatkan aku membuat kenyataan seperti ini.

Sakit tahu tak bila orang yang kau fikir sayang kau, selama ni berpura! Dia ada orang lain! Yang lebih baik dari aku! Aku ni cuma perempuan simpanan dialah!

Mahu tergelak juga aku dengan ayat gila aku baru lontarkan dalam hati aku.

Aku menutup mata aku apabila terdengar pintu bilik seperti terbuka dan juga suara dia yang makin kuat pada pendengaran aku.

"Yeah, I'm not going to work until there's any emergency case"

"Because I have something to take care of" katanya perlahan. Tempat di sebelah aku tidak terasa tenggelam yang menandakan dia belum melabuhkan punggungnya di atas katil.

Apabila mendengar perbualannya, perasaan aku makin sedih bercampur marah.

'Something? Aku ni barang ke yang dia nak jaga?'

'So aku ni menyusahkan lah?'

Aku mencengkam cadar di bawah bantal aku sambil menggigit bibir aku. Beberapa saat selepas itu aku melepaskan cengkaman tersebut dan berpura pura mengeliat sambil berpusing menghadapnya. Jelas dari bunyi gegendang telinga aku yang dia seperti menggelabah.

"Will call you back dear. Bye, i love you. Please send my love to the Mariana too" katanya dengan nada berbisik.

'Mariana?'

Aku menenyeh mata aku dan duduk dari pembaringan aku.

Apabila aku membuka mata, kelihatan dia berada di sebelah aku. Penampilan dia lain dari sebelum ini.

Rambutnya serabai.

Menandakan dia menggosok rambutnya dengan kuat dan cepat cepat menempatkan dirinya di sebelah aku.

Aku tersenyum tawar.

Pandainya dia menipu.

"Kenapa bangun? Lapar ke?" Soalnya lembut pada aku. Matanya kelihatan sepet, seperti baru bangun dari tidur. Tangan aku menggeletar menahan marah dan kecewa aku.

Aku menggelengkan kepala aku.

"Saya terbangun, mungkin sebab tidur awal sangat tadi" balas aku lembut juga. Dia mengangguk dan berbaring. Dia menepuk bantal di bahagian aku.

"Jomlah tidur balik" dia melihat ke arah jam.

"Dah pukul 3.30 pagi, baringlah I dodoikan" dia cuba untuk mencapai tangan aku supaya berbaring tapi aku tarik tangan aku perlahan supaya dia tidak dapat menggapai tangan aku dan dalam aku menarik tangan aku, aku juga berharap dia tidak perasan dengan perubahan sikap aku.

"Tak apa, kalau awak dodoi nanti saya lagi terjaga hahahaha" aku tertawa perlahan.

Lebih kepada tawa sinis sahaja.

Tanpa disuruh olehnya lagi, aku berbaring dan membelakanginya. Kepala aku selesakan dan meletakkan tangan aku di bawah bantal supaya dapat menutup tangan aku yang mula menggeletar kerana terlalu kecewa dengannya.

"Goodnight baby mummy" katanya dan serentak aku merasakan satu ciuman di ubun ubun ku.

Sentuhan yang aku rasakan di ubun ubun aku langsung tidak dapat menenangkan perasaan aku.

Aku menutup mata aku dengan perasaan yang bercampur baur.

'Please, I want this to be a dream. I really hope that this is a dream that would never happen when I wake up'

Sorrylah awak semua kalau latar asyik sama sahaja. Sebab Mai ni kira dikurung sahaja kat rumah. And sorry kalau rasa makin merepek 😅

BAD Where stories live. Discover now