Kata-kata Jungkook menusuk ke dalam hati Seulgi. Gadis itu menoleh ke arah seragam sekolahnya. Darah yang mewarnai seragam itu membuat air matanya mengalir lagi dan lagi.

"Oppa, tolong percayakan saya. Bukan saya yang bunuh Sol Hee. Ada orang fitnah saya. Saya cuba selamatkan dia. Tolong." Rayu Seulgi.

"Sudahlah. Aku dah muak dengan semua kata-kata kau. Baik kau pergi dan jangan pernah muncul lagi di depan aku. Aku jijik dengan kau!"

Jungkook menolak bahu Seulgi sehingga gadis itu terduduk di atas lantai dengan air matanya yang tak kunjung henti mengalir.

Tak lama selepas kepergian Jungkook, Seulgi menjerit macam orang gila.

"BAE JOO HYUN!"

"Seulgi-ssi."

Gadis itu menoleh ke arah Hye Seol yang sedang prihatin dengan keadaan dirinya sekarang.

"Kau buat apa kat sini? Puas hati kau tengok aku macam ni, huh?! Mesti kau yang bersubahat dengan Irene untuk balas dendam kat aku! Mengaku sajalah!" Jerit Seulgi lagi dengan mata yang mencerlung menatap Hye Seol.

Hye Seol terkejut mendengar tuduhan tak berasas Seulgi.

"Tak. Saya tak tahu apa yang awak cakap. Bahkan, saya tak tahu apa yang telah terjadi dengan awak. Tolong jangan bersangka buruk dengan saya. Walaupun awak banyak sangat buat jahat pada saya, tapi saya tak kisah pun semua itu." Ujar Hye Seol perlahan.

Kali ini, Seulgi menangis dengan keras. Lebih kuat dari tadi. Nasib baik koridor tempat mereka sunyi. Kalau tidak, memang hancur reputasi Seulgi nanti.

"Kenapa? Kenapa aku? Kenapa Irene sanggup buat semua tu? Padahal, aku dah anggap dia macam keluarga aku sendiri. Orang yang sentiasa ada dengan aku bila susah dan senang. Tak pernah ke dia fikir semua itu? Apa salah aku dengan dia sampai dia sanggup tikam aku dari belakang?" Lirih Seulgi.

Hye Seol ikut duduk bersila di hadapan Seulgi. Bibirnya tersenyum tipis.

"Seulgi-ssi, bukan semuanya kita boleh tentukan ikut suka kita. Mungkin ada sebab kenapa Irene buat macam itu. Jangan risau, dia akan sedar juga satu hari nanti. Biarlah dia buat apa yang dia suka. Yang penting sekarang, kita mesti cari jalan macam mana nak bersihkan nama baik awak balik." Ujar Hye Seol lalu menepuk bahu Seulgi.

Gadis itu sempat terharu dengan sikap Hye Seol.

"Terima kasih, Hye Seol. Kalau kau tak ada tadi, aku dah lama terjun dari tingkat ini. Dan.. Aku minta maaf sebab selalu sangat buat jahat pada kau. Aku tahu aku jahat. Dan inilah balasan yang setimpal dengan aku." Ujar Seulgi pasrah.

Lagi-lagi Hye Seol menepuk bahu gadis itu.

"Jangan pernah salahkan diri sendiri. Ingat, berusahalah semampu yang boleh. I believe that God will help you." Ujar Hye Seol.

Seulgi memeluk Hye Seol seerat mungkin. Selama ini dia salah anggap tentang Hye Seol kerana cemburu buta dan hasutan Irene. Sekarang, dia baru sedar bahawa orang yang dibencinya lebih memahami dirinya daripada orang yang disayanginya.

- End -








Irene Bae? Dia dah selamat masuk ke dalam penjara. Seminggu selepas kejadian kematian Kim Sol Hee di atas bangunan sekolah, Seulgi sendiri yang menghantarnya ke penjara. Pelbagai bukti yang Seulgi serahkan kepada pihak polis. Termasuklah rancangan Irene ingin membunuh Hye Seol. And now, semuanya dah selamat.

Angin pada petang itu membuat Hye Seol berasa selesa. Kakinya mengatur langkah menuju ke tebing tasik yang selalu dikunjunginya dahulu ketika sedang dilanda kesedihan. Matanya merenung dasar tasik itu. Cuba untuk meluahkan rasa yang bertandang di dalam hati.

"Hai.."

Hye Seol menoleh. Riak wajahnya terkejut gila.

Zhang Yi Xing.

Selepas kepergian Sehun, keluarga tersebut terus pindah sekolah dan langsung tak dapat dijejaki sama sekali.

"Yi Xing." Gumam Hye Seol masih dengan riak terkejutnya.

Lelaki tersebut tersenyum kekok. Dia mengusap belakang tengkuknya.

"Seol, saya.. Saya minta maaf tentang--"

"Tak apalah, Yi Xing. Saya faham. Lagipun, siapa yang sanggup hilang adik selama-lamanya? Kalau saya pun saya akan buat benda yang sama." Potong Hye Seol yang seakan tahu apa yang lelaki itu maksudkan.

"Baguslah kalau awak faham. Saya lega awak tak macam dulu. Sehun ada juga cerita macam mana keadaan awak selepas kami culik dia hari itu. And, kami merasa bersalah sangat." Ujar Yi Xing.

Lagi-lagi Hye Seol tersenyum ke arah lelaki tersebut.

"Hyung!"








◾◾◾

TO BE CONTINUED ...

#VOTE #COMMENT #THANKYOU
#사랑하자

Kali ni Eunra double update pula. Takut tak sempat esok lusa. And, takut kes lupa pula yang melanda nanti. 😂😂
Btw, I hope kau orang enjoy my story.

Annyeong ! ❤❤❤❤❤

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now