33

228 29 0
                                    

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~







"Dapat hubungi Sehun tak?" Soal Kris cemas.

Lay menggelengkan kepalanya kecewa.

"Chen, Baek, Soo, Kai, pergi cari Sehun sekarang." Perintah Kris tegas.

Keempat lelaki itu mengangguk. Mereka segera pergi menggunakan teleport Kai.

"Hyung, bawa banyak bersabar." Pujuk Chan Yeol sambil menepuk bahu Luhan perlahan.

Lelaki manis itu pula dari tadi lagi dia diam. Hanya air mata saja yang mengalir. Tangannya pula menggenggam erat tangan kaku si adik.

'Ya Tuhan, tolong selamatkan adik aku. Aku mohon ya Tuhan. Tolong panjangkan umurnya. Aku masih ingin bersamanya. Tolong jauhkan semua bahaya yang akan menimpanya. Abeoji, Han minta maaf sebab pergi tanpa khabar. Tapi tolong, Han betul-betul buntu. Hye Seol pun adik Han. Jebal, Han tak nak kehilangan dia seperti Han kehilangan Sehun dulu. Jebal.'

Clak ...

Seorang doktor masuk ke dalam bilik di mana Hye Seol dirawat. Doktor muda itu menunduk hormat ke arah tujuh orang lelaki yang berkerumun di situ.

"Maaf mengganggu. Saya cuma ingin memeriksa keadaan Hye Seol-ssi. Boleh anda semua keluar?" Pinta doktor muda itu dengan ramah.

Mereka semua mengangguk kecuali Luhan yang sudah hilang kepekaannya. Fikirannya hanya ada Hye Seol saja kini.

"Hyung, doktor nak periksa Hye Seol. Jom kita keluar." Pujuk Suho sambil memaut bahu Luhan lembut.

Namun, lelaki itu masih tidak bergeming dari tempatnya. Air matanya semakin menjadi-jadi.

"Mampu ke doktor itu bawa Hye Seol aku kembali? Mampu ke dia? Kalau dia tak mampu, tolong jangan bagi harapan palsu lagi. Aku penat berharap yang akhirnya akan membuat aku kecewa macam ni." Ujar Luhan akhirnya.

Mereka semua terdiam apabila mendengar ucapan Luhan itu.

"Aku merasa gagal menjadi seorang abang. Adik seorang pun aku tak mampu jaga. Apatah lagi nak jaga kau orang semua?" Sambung lelaki manis itu lagi.

Kris meminta doktor muda itu untuk keluar sebentar.

"Hyung, semua orang pernah buat salah. Tapi, keadaan Hye Seol macam ini bukan salah sesiapapun. Tolong berhenti salahkan diri sendiri lagi." Ujar Lay.

Luhan meraup kasar wajahnya.

"Tok tok tok"

Mereka semua menoleh ke arah seorang wanita yang sedang tersenyum kekok di ambang pintu bilik Hye Seol dirawat.

"Maaf kalau mengganggu. Saya, mangsa ragut tempoh hari, ingin meminta maaf atas apa yang telah berlaku kepada gadis itu. Sebagai tanda maaf, saya akan membayar semua bil yang diperlukan semasa merawat dia. Sekali lagi saya minta maaf atas apa yang berlaku." Ujar wanita itu serba salah.

Luhan tersenyum sinis.

"Apa kau ingat aku miskin ke tak mampu bayar bil hospital adik aku sendiri? Kenapa tak kau saja yang mati? Kenapa mesti adik aku yang baring kat sini?! KENAPA BUKAN KAU?!"

Suara Luhan naik satu oktaf. Semua terkejut melihat reaksi si abang yang tak ubah seperti setan. Matanya merah menahan air mata dan amarah yang kian menjinak dalam hatinya.

Hampir saja tangannya ingin hinggap di wajah wanita itu jika seseorang tidak menahannya.

Sehun.

"Hyung, stop. Ini bukan salah dia." Pujuk Baek Hyun.

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now