32

216 33 0
                                    

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~







Hari natal tinggal beberapa hari saja lagi. Semua seisi keluarga mula sibuk dengan kegiatan untuk menghias rumah besar mereka itu. Keluarga Kris? Keluarga Hye Seol dengan senang hatinya menerima mereka sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

Rumah mereka bersebelahan saja. Katanya agar tidak ada lagi kes terpisah jauh seperti dulu. Effect gembiranya berjiran, semua anak alien itu selalu mengadakan parti. Mujurlah mereka tiada jiran lain. Kalau tak, memang sah mereka akan dilaporkan kepada pihak polis kerana mengganggu keamanan pada malam hari dengan suara bising mereka.

Parents Hye Seol dan Luhan? Mereka selalu outstation. Itu yang memudahkan skuad alien tersebut buat kecoh tanpa henti.

Rumah yang dulunya sunyi sepi kini kecoh dengan suara mereka bertiga belas. Gurau senda yang tak pernah lepas dari mereka. Begitu juga dengan tawa yang mengundang bahagia dan ketenangan.

Tuan Park dan Puan Park hanya tersenyum senang melihat gelagat semua anak muda itu dari tingkat 2 rumah mereka. Melihat mereka bergurau senda sambil menghias pokok krismas dan seluruh isi rumah itu.

"Yeobo, terasa seperti mereka semua anak kandung kita." Gumam Puan Park sambil berpaut pada lengan suaminya.

Tuan Park pula hanya tersenyum menanggapi ucapan isterinya.

"YAK! PULANGKAN LAMPU ITU!" Jerit Xiumin geram.

Bantal sofa yang berdekatan menjadi senjatanya untuk membaling si Chan Yeol yang sedang berlarian membawa lampu warna warni yang seharusnya dililitkan pada pokok krismas yang hampir siap itu.

"Hyung, sekejap saja." Sokong Chen sambil mengenyitkan mata kirinya ke arah Xiumin.

Dua lelaki dewasa tersebut berlarian lagi membawa lampu yang berjurai itu. Entah apa yang ingin mereka lakukan. Si abang hanya pasrah.

Sementara semua orang sedang sibuk di ruang tamu, dua ekor manusia ini sempat juga nak dating belakang rumah. Konon hias halaman belakang.

"Yak! Itu saya punyalah!" Pekik Hye Seol geram apabila Sehun merebut manik yang baru saja dia masukkan ke dalam benang dengan susah payah.

Lelaki itu pula ketawa lepas apabila gadis itu tak dapat menandingi tinggi badannya. Tapi, bukan Hye Seol kalau mudah putus asa. Gadis itu naik ke salah satu kerusi di mana Sehun berdiri. Tapi...

BRUK !

"Auw.." Ringis gadis itu perlahan.

"Oppa! Awak tak apa-apa ke?" Soal Hye Seol cemas apabila dia menyedari yang dirinya telah menindih tubuh tegap Sehun.

Lelaki itu pula hanya tersenyum perlahan.

"Itu perkara kecil saja, sayang. Lupa ke your future husband ni lebih kebal dari yang sayang fikirkan?" Ujar Sehun percaya diri.

Gadis itu muncung sedepa mendengar ucapan lelaki itu.

"You know, sometime I wish I have a super power like all of you. I want to change all the world become a magic world! Thats gonna be so amazing!" Ujar Hye Seol mula dengan angan-angan tahi ayamnya.

Sehun terkekeh mendengar permintaan gadisnya itu. Tak sangka, umur dah tua tapi otak masih budak-budak.

Tangan lelaki itu membelai rambut gadis itu dengan penuh sayang. Kebahagiaan yang mereka rasa membuat semua orang terleka dan lupa akan sesuatu perkara. Mereka lupa satu fakta.

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now