25

217 31 3
                                    

Suggested song by author :

The Words In My Heart - Kim Yeon Ji



~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~







"Lulu hyung! Kat sini!"

Budak lelaki yang bergelar Lulu tersebut menoleh ke arah si adik.

"Hunnie!"

Mereka berpelukan seketika. Wajah si adik dipandang lama.

"Hunnie nangis ke? Kenapa nangis? Siapa yang buat Hunnie hyung nangis?" Soal Luhan kecil risau.

Wajah si adik dibelek ke sana ke sini sehingga membuat si empunya muka rasa rimas.

"Tak ada apalah. Hun okey. Cuma, tadi Chan hyung buli Hun sikit." Jawab Sehun kecil jujur.

"Chan buli Hun? Dia suruh Hun buat apa?" Soal Luhan dengan riak wajah yang sudah merah.

Ya, dia tak suka sesiapapun membuli adik kesayangannya. Walaupun pembuli itu adalah adiknya juga.

"Jangan risau. Dia cuma bergurau dengan Hun tadi. Dia suruh Hun kira bintang yang ada kat langit sebab Hun kalah dengan dia dalam permainan bola sepak." Jawab Sehun sambil tersenyum comel.

Luhan menghela nafas lega. Dia mengusap puncak kepala adiknya dengan sayang.

"Kenapa Hun kalah? Hun tak tahu main ya?" Soal Luhan lembut.

Sehun kecil menunduk sambil bermain dengan jemari kecilnya. Lambat-lambat kepala dia mengangguk. Luhan tersenyum geli hati melihat tingkah si adik.

"Dah. Jangan risau. Nanti hyung ajar Hun main bola sepak. Dan nanti kalau Hun dah pandai, Chan tak akan buli Hun lagi." Ujar Luhan meyakinkan adiknya itu.

Sehun kecil tersenyum ceria mendengar ucapan Luhan. Dia langsung memeluk abang kesayangannya itu.



~ ¤ ~



Anak mata lelaki manis tersebut merenung gambaran kota Seoul pada malam hari melalui dinding pejabatnya yang diperbuat daripada kaca. Kenangan di masa lalu membuatkan dirinya berhenti seketika daripada dibawa arus dunia realiti. Tangannya mengusap tanda yang semakin pudar di tangan kirinya.

"Eomma, benci sangat ke abeoji dengan Han sampai dia tak nak jenguk Han langsung kat sini? Salahkah Han menjadi manusia? Tapi, itu bukan kehendak Han. Han tercampak ke sini tanpa sengaja." Gumam lelaki kacak manis tersebut.

"Anak eomma, tiada yang salah dengan apa yang kamu lakukan selama kamu hidup di dunia ini. Cuma,.. Abeoji masih terkesan lagi dengan kepergian kamu. Jangan bersangka buruk, ya sayang. Eomma yakin, suatu hari nanti abeoji kamu akan memaafkan kamu dan mengizinkan kamu untuk pulang seperti adik beradik kamu yang lain. Percayalah, nak. Tiada bapa yang tidak akan merindui anak lelakinya jika anak lelakinya berjauhan dengannya. Begitu juga dengan eomma."

Bibir Luhan tersenyum tipis. Dia gembira mendengar suara ibunya lagi. Ada suatu perkara yang sangat ditakutinya akan berlaku. Seseorang pasti akan hilang dalam masa terdekat ini. Malah, sebelum musim bunga menjenguk lagi. Tepatnya, pada malam terakhir salji turun.

Sama ada DIA yang hilang, atau Park Hye Seol.



"Xi Lu Han. Kehidupan kamu di sini masih menjadi persoalan. Sama ada kamu akan kekal atau kamu akan hilang dibawa angin. Kerana, kamu satu-satunya malaikat yang masih mentah yang dicampak ke bumi yang kejam ini tanpa kelulusan dari Kementerian Malaikat Langit."

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now