20

208 32 1
                                    

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~







"Hyung!"

"Eh?"



Deg !



Tubuh Hye Seol automatik menjadi kaku apabila melihat gerangan yang menghampiri mereka.

"Sehuna,..." Gumam Lay.

Lay tersenyum kekok. Dia memandang ke arah Hye Seol yang sudah menyerupai batu itu.

"Siapa ni, Hun?" Soal Lay ragu.

"Oh, inilah Wendy. Tunang Hun yang Hun selalu cerita kat hyung tu. And for your information, kita orang akan kahwin 2 bulan akan datang." Ujar Sehun dengan bahagianya.

"Hai, Wendy Son." Tegur Wendy sambil tersenyum mesra ke arah Lay.

"Oh."

Lay pura-pura ketawa untuk menunjukkan yang dia gembira. Tapi tidak dengan Hye Seol. Gadis itu masih kaku di tempatnya.

"Siapa ni, hyung?" Soal Sehun pula sambil menoleh ke arah Hye Seol dengan wajah yang tak ada perasaan.

"Oh hai, Park Hye Seol." Ujar Hye Seol cuba untuk mengukir sebuah senyuman yang manis walaupun pada hakikatnya hatinya hancur.

"Eo. Hyung, jom. Kris hyung dan yang lain dah lama tunggu. Kita akan perform tak lama lagi." Ujar Sehun lalu merangkul bahu Lay.

Kemudian, mereka pergi dari situ. Lay sempat menoleh ke arah Hye Seol. Rasa bersalahnya semakin menggunung.

'Maafkan saya, Seol.'

Setelah kepergian ketiga-tiga manusia tersebut, automatik Hye Seol terduduk pilu di atas karpet rumput tersebut. Air mata yang cuba ditahan tadi akhirnya mengalir juga. Dia menangis terisak-isak di situ. Suara tangisannya memecahkan kesunyian yang tercipta di sekelilingnya. Sekalipun dia tidak ingin menghentikan tangisannya.

'Ya Tuhan, dugaan apa ini? Kenapa setiap penantian aku selama bertahun-tahun itu dibalas seperti ini? Apa dosa aku, ya Tuhan? Salahkah aku ingin bahagia bersama orang yang aku cintai? Kenapa pertemuan kami harus seperti ini? Kenapa? Hiks..'

Tangan kecilnya mendekap erat pada dada kirinya. Rasa sakit yang menjalar di dalam dadanya membuat dia sesak nafas.



~ ¤ ~



Sekembali mereka dari majlis reunion tadi, Hye Seol lebih banyak diam berbanding bercakap. Berbeza dengan sebelum mereka menghadiri majlis reunion tersebut. Ada saja yang gadis itu ceritakan sepanjang mereka menuju ke sekolah lamanya. Tapi tidak sekarang. Hye Seol hanya diam dan termenung. Luhan yang bercakap dengan dia pun diabaikan.

"Kamu kenapa, Seol?" Soal Luhan sebaik saja mereka sampai di rumah.

Hye Seol menoleh ke arah abangnya. Dia cuba mengukir senyum walaupun perit.

"Tak ada apalah. Seol cuma penat saja. Oppa pergilah rehat. Seol naik atas dulu." Ujar Hye Seol lalu mencium kedua pipi Luhan.

Luhan hanya mengeluh apabila mengesan adiknya yang sedang berbohong. Tapi, dia tidak ingin mengganggu Hye Seol. Biarlah adiknya itu bertenang dulu. Kalau dia dah bersedia, nanti dia akan ceritakan juga.



- Bilik Hye Seol -



Angin pada malam itu bertiup sepoi-sepoi. Rambutnya yang tidak diikat berterbangan dek tiupan angin. Hatinya yang sedang bergelora tenang seketika. Anak mata Hye Seol menatap bulan penuh yang sedang menyinari langit pada malam hari.

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now