22

183 27 2
                                    

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~








¤ Park Hye Seol ¤

Hah! Penatnya. First day kerja memang memenatkan. Aku yang tak ada apa-apa pengalaman tentang bekerja disuruh pula menjadi Personal Asistant kepada lelaki yang bernama Oh Se Hun itu. Nak kata ini adalah peluang yang baik untuk dekat dengan dia, tapi ini dah macam neraka yang aku sengaja tempah!

Dia sememangnya akan membuli aku seumur hidup! Hancur sudah harapan aku untuk memulihkan otak dia tu. Agak-agak, kalau aku hentak kepala Sehun kat dinding dia akan ingat balik tak? Ke aku kena buang kerja terus? Huhu!

"Seol, appa dengan eomma ada benda nak cakap dengan Seol."

Suara Luhan oppa menerjah gegendang telinga ku.

Haduh! Ini lagi satu masalah! Dahlah aku pepandai buat keputusan sendiri untuk kerja di syarikat Sehun. Tak bagitahu mereka apa-apa pula tu! Aduh.. Aku nak jawab apa nanti? Huhu..

Wajah kacak manis Luhan oppa aku pandang untuk meraih simpati dengan keadaan ku yang sungguh lembik ini.

"Siapa suruh Seol buat keputusan sendiri? Seol ingat senang ke kerja walaupun kerja duduk office? Kerja tetap kerja, Seol. Kita tak akan pernah lari dari perkataan penat melainkan kita ni robot."

Okey, dah mai dah mood membebel dia. Haih..

"Ya, Seol minta maaf sebab tak bagitahu. Tapi, izinkanlah Seol berehat dulu. Nanti kalau ada cuti, Seol akan ceritakan semua dari A sampai Z. Please, oppa." Ujar aku sambil buat muka kesian.

"Okey. Kali ini oppa bagi chance. Kalau Seol tak larat, Seol boleh berhenti dan jangan harap Seol boleh kerja lagi selepas ini." Ujar Luhan oppa dengan tegas.

What?! Mean, kalau aku berhenti kerja dari syarikat Sehun, aku tak boleh kerja lagilah?! What?!!!!

"OPPA!!!"



~ ¤ ~



Hukuman kau dah sampai, Seol. Aku rasa sungguh menyesal! Fail yang menggunung di atas meja aku pandang lembik. Eee! Aku sekeh juga kepala malaikat gila tu nanti. Rasanya, dia tak rasmi menjadi malaikat bumi kut tu perangai macam hanat saja! EEEEEE!

"Kau kalau tak membebel pepagi buta ni memang tak sah ke?"

Kecut usus perut aku. Bergegar jantung apabila melihat wajah kacak itu sedang terpacak elok di hadapan pintu bilik kerja aku.

"Bos memang tak reti bagi salam dulu ke kalau nak masuk bilik orang?" Soal aku geram.

Okey, nampaknya kali ini aku harus lupakan niat asal aku. Aku kena kukuhkan kedudukan aku kat sini kalau masih mahu kerja. Ugutan Luhan oppa semalam memang menggegar pundi kencing aku!

"Well, Hye Seol-ssi. Bangunan ni milik aku dan suka hati akulah nak bagi salam ke tak. Kau tu cuma pekerja bawahan aku saja. Gaji kau, aku yang bayar. Baik kau belajar sikit bersyukur. Jangan nak mengutuk orang dari belakang saja."

Pedas!

Aku menghentakkan fail-fail di atas meja tersebut dengan kasar. Tertoleh kepala malaikat gila tersebut.

"Ops! Bos banyak bebel pula. Fail-fail ini pun jadi merajuk dah. Aigoo.." Ujar ku sengaja memancing kemarahan dia.

Siapa suruh kau buli aku, malaikat gila?!

"Tepat pukul 10 pagi nanti, aku nak kau ada dalam pejabat aku. Kalau tak, siap sedia kau tak balik malam ni sebab kemaskan satu bangunan ini." Ujar dia selamba!

Gulp!

Okey, aku mati kutu. Baik aku diam daripada terus melawan dia. Silap hari bulan, aku boleh masuk sangkar aku balik nanti. Huhu..



~ ¤ ~



Lemah jantung aku. Berlari naik tangga ke sana ke sini. Jam di dinding sudah pukul 10 malam. Tapi, aku masih terperuk dalam office malaikat gila ni. Silap hari bulan, di sini pula sangkar aku yang seterusnya. Hadehh..

Dia memang nak bunuh aku. Aku lambat seminit saja tadi. Tapi, dia dah hukum aku suruh cuci satu bangunan ni. Yang lagi kejam, dia suruh orang tutup lift yang ada di setiap tingkat! Alhasil, jenuh aku mengatur langkah menaiki tangga bangunan yang mempunyai 30 tingkat ini. Memang mati aku.

Malaikat gila tu? Dia dah lama balik. Pukul 7 tadi ikut office hour. Agaknya dia dah nyenyak dibuai mimpi sekarang ini. Padahal aku? Terpaksa menjadi kuli ke sana ke sini untuk menyeksa jantung aku.

Huft.. Penatnya hanya Tuhan yang tahu. Inikah dosa jika mengutuk seorang malaikat? Seol, kau kena ingat. Sehun itu lebih mulia dari kau. Kau itu manusia yang hina dan hanya menumpang di bumi ini. Huft.. Tapi, sedikitpun kau tak peduli ke tentang aku, Sehun? Sedikitpun kau tak rasa simpati dengan aku? Rasa bersalah lagilah jauh.

Huft.. Aku rindu malaikat sesat aku yang dulu. Kalau aku buat kerja yang berat, dia akan selalu ada menolong aku. Membantu aku meringankan rasa lelah ku dengan tawa hangatnya. Ahh, aku rindu kau Oh Se Hun. Baliklah ke pangkuan ku.

"Dah siap kerja kau?"

Aku tersentak. Tubuh yang aku sandarkan pada dinding aku tegakkan. Kepala aku toleh ke arah seorang manusia yang sedang berpeluk tubuh di atas sana.

La, aku ingat dah tidur mati tadi. Rupanya masih ada masa juga kau datang ke sini semata-mata nak menyindir aku.

"Belum. Kejap lagi siaplah."

Bulu ayam yang aku gunakan untuk menyapu habuk aku capai. Tinggal 5 tingkat aje lagi. Then, kerja aku selesai. Lepas itu, aku boleh balik dan tidur. Aigoo.. Rindunya dengan katil, bantal dan selimut. Also tak lupa juga Teddy kesayangan ku. Huhu.. Sabar ya sayang, mommy akan balik tak lama lagi.

Eh? Kenapa dengan kaki aku ni? Asal tak boleh gerak? Aku cuba membangunkan tubuh ku, tapi akhirnya terduduk balik. Apa ni? Apa yang dah jadi?

Argh.. Kepala aku. Sakitnya.. Oppa,..

Tak sampai 5 minit, aku jatuh rebah dan tergolek macam ayam golek di tangga ini. Sakit yang menyerang tubuhku seolah-olah ditapis. Tak lama kemudian, pandangan ku menjadi gelap. Seolah-olah cahaya telah habis digunakan untuk menyinari hidup ku.

'Tuhan, aku tak akan berhenti berdoa pada-Mu. Aku tak akan jemu meminta pertolongan dari-Mu. Sesungguhnya, hanya Engkau yang mampu menolong ku di dalam kehidupan ku. Hanya Engkau yang benar-benar mengasihi ku setelah kedua ibu bapa ku dan juga abang ku.'

"Hye Seol? Yak, Park Hye Seol!"

Aku masih mendengar suara yang begitu aku rindukan. Tapi, adakah dia akan risau seperti mana aku risau tentang dirinya selama bertahun-tahun ini? Atau, dia akan membiarkan aku terlentang tak bernyawa di sini sehingga pak guard yang menemui aku dan menghantar aku ke hospital?

Entahlah. Aku. Penat.








◾◾◾

TO BE CONTINUED ...

#VOTE #COMMENT #THANKYOU
#사랑하자

Jangan lupa tinggalkan jejak anda. Annyeong ! ❤❤❤❤

감사합니다 사랑하자 엑소엘

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now