27

193 31 0
                                    

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~







Suasana di ruang tamu itu menjadi hening. Hanya bunyi kipas yang berpusing sahaja kedengaran. Kedua lelaki itu hanya diam membisu dari tadi.

"Ehem.. Hun apa khabar sekarang?" Soal Luhan pada akhirnya setelah mereka lama diam.

Lelaki tersebut tersenyum kekok. Tangannya mengusap belakang tengkuknya perlahan.

"Hun baik saja. Macam biasa." Balas Sehun.

"Luka Hun yang dulu macam mana? Dah okey?" Soal Luhan lagi.

"Luka?" Gumam Sehun pelik.

"Oh, iya. Lupa. Nothing. Asalkan Hun selamat dan sihat. Tak perlulah hyung risau pasal Hun lagi." Ujar lelaki manis itu perlahan.

"Hyung pula macam mana? Sihat?" Soal Sehun balik.

Luhan hanya tersenyum sambil mengangguk.

"Hyung--"

"Hyung nak minta tolong boleh?" Soal Luhan sebelum Sehun sempat menghabiskan ucapannya.

"Minta tolong apa?" Soal Sehun pelik.

"Hyung tahu Hun dah rasmi jadi malaikat bumi dan hyung juga tahu Hun telah dianugerahkan sebuah kuasa yang boleh mengubah nasib manusia."

Sehun mendengarkan dengan teliti ucapan Luhan.

"Hyung pernah janji dengan Hun untuk ceritakan sebuah cerita yang selama ini hyung simpan. Hyung rasa, inilah waktu yang tepat untuk Hun tahu."

Luhan menarik nafas sejenak sebelum menyambung ucapannya.

"Pertama kali hyung jejakkan kaki hyung masuk ke dalam rumah ni, dalam hati hyung menjerit nak balik rumah kita. Tapi sayang, hyung tak ada pilihan lain selain daripada terus tinggal kat sini dan sampai pihak malaikat menentukan apa nasib hyung nantinya. Hari demi hari berlalu sampailah ibu hyung melahirkan seorang bayi perempuan, iaitu adik hyung yang sekarang. Dari kehidupan yang membosankan, akhirnya Tuhan masih sayangkan hyung dengan menghantar seorang lagi malaikat kecil yang berjaya mengeluarkan hyung daripada kegelapan dunia yang penuh dengan kebosanan itu. Sejak dari itu, hidup hyung makin hari makin bermakna. Keinginan untuk menjaga dan melindungi bayi kecil itu sangat besar dan tak pernah kurang sedikit pun. Dia terlalu berharga untuk hyung lepaskan."

Tanpa sedar, sebutir air jernih mengalir di pipi Luhan.

"Hyung, kalau hyung tak mampu sambung--"

"Shh.. Hyung belum habis lagi. Selepas beberapa tahun, hyung dapat tahu yang Hun tersesat dan tinggal dalam rumah ini untuk tempoh masa yang agak lama sebelum hyung yang menghalau Hun untuk balik ke pangkuan Kris. Hyung buat itu semua sebab hyung tak nak kehilangan Hun sekali lagi. Dan akhir-akhir ini, hyung selalu sangat terbayangkan zaman masa kecil kita. Hyung bahagia sangat apabila memori itu sudi kembali untuk mengubat rindu hyung pada Hun."

"Hyung, jangan cakap macam itu. Hun akan selalu datang melawat hyung kat sini. Kita akan bersama macam dulu. Jangan risau." Ujar Sehun cuba menenangkan Luhan.

"Hun tahu tak? Akan ada orang yang hilang sebelum musim bunga menjenguk tahun ini."

Sehun terdiam. Dia memandang anak mata Luhan dengan dalam untuk mencari kepastian.

"Tapi bukan hyung." Sambung Luhan.

Nadanya makin mengendur. Wajahnya pula tertunduk. Air mata pula semakin giat jatuh.

"Siapa?" Soal Sehun ingin tahu.

"Park Hye Seol."

Dunia seakan terhenti seketika apabila bibir lelaki manis itu menuturkan nama adiknya.

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now