30

204 34 1
                                    

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~







Kertas-kertas yang menumpuk di atas meja kerjanya diteliti satu persatu. Ini sudah masuk ke-5 kali gadis itu mengulang hal yang sama dan meneliti kertas yang sama. Dia perlu memastikan yang dia betul-betul puas dengan hasil kerjanya sebelum kertas-kertas itu sampai ke tangan bosnya.

"Tok tok tok"

"Hye Seol-ssi?"

Gadis itu menoleh. Seorang gadis yang sedang tersenyum manis ke arahnya di ambang pintu menjadi pusat perhatiannya.

"Awak tak---"

Hye Seol cuba fokus dengan apa yang gadis itu ucapkan. Tapi sayang, semakin lama ucapan gadis itu semakin tidak didengarnya.

'Apa yang terjadi dengan aku? Kenapa aku tak dengar? Ke dia berbisik kat aku?'

"Wait. Awak cakap--"

'Ya Tuhan, apa yang terjadi? Kenapa aku tak dengar suara aku sendiri?' Gumam Hye Seol panik.

"Hye Seol-ssi?" Panggil gadis itu lagi.

Tapi sayang, Hye Seol tak boleh mendengar suaranya lagi. Gadis itu pula membisu seperti batu selepas mengetahui apa yang baru saja terjadi kepada dirinya.

"Catherine, kau buat apa kat sini?"

Suara Sehun menyapa gegendang telinga gadis yang bernama Catherine tersebut. Dia segera menunduk hormat ke arah Sehun sebelum dia mengatur langkah pergi. Lelaki itu pula masih dengan riak sombong dan dinginnya.

'Aku pekak ke? Tapi kenapa? Setahu aku, aku tak pernah lagi ada sejarah sakit pekak ke apa atau kes menyeksa gegendang telinga aku. Tapi kenapa? Aku tak dengar apa-apa. Ya Tuhan, tolong aku.'

Sehun menoleh ke arah gadis itu kerana suara hatinya sangat jelas terdengar di gegendang telinga lelaki itu.

"Park Hye Seol." Seru Sehun.

Namun, itu sia-sia. Gadis itu tidak mendengarkannya. Dia dapat menangkap sebutir air jernih yang menuruni pipi gadis itu.

'Ya Tuhan, macam mana ni? Aku nak jelaskan apa pada appa dengan eomma? Macam mana pula dengan Luhan oppa? Aku.. aku tak nak jadi pekak. Tuhan, tolong kembalikan deria yang sangat penting bagi ku.' Bisik hati gadis kecil itu lagi.

"PARK HYE SEOL!" Jerit Sehun.

"Arrgghhh!!!"

Serentak itu Hye Seol menutup kedua telinganya yang tiba-tiba terasa sakit dengan sebuah bunyi yang seakan menyengat telinganya. Sakit menyerang kepalanya pula. Tubuh gadis itu jatuh tersungkur di atas lantai berkarpet itu.

Sehun segera menghampiri gadis itu. Dia memegang kedua bahu Hye Seol.

"Do you hear me?" Soal Sehun panik.

"Arr--gghh.."

Air matanya jatuh membasahi lantai.

"Hiks.. Sa..saya ingat saya dah jadi pekak. Hiks.. Hiks.." Rengek Hye Seol.

Hatinya bergelora. Antara sedih dan gembira. Dia sedih kerana memikirkan yang dia hampir menjadi orang pekak dan dia bahagia kerana Tuhan sudi mengembalikan derianya yang satu itu.

Entah apa yang merasuk Sehun ketika itu. Tubuh gadis itu lalu ditarik ke dalam pelukannya. Ya, tak pernah lagi dia merasa sungguh lega seperti ini apabila melihat gadis itu mendapatkan kembali pendengarannya.

"Shh.. Tuhan tak akan sekejam itu untuk membiarkan awak menjadi pekak. Percayalah, Dia tetap menyayangi awak walaupun awak roh tanpa takdir." Ucap Sehun cuba menenangkan gadis itu.

"Hiks.. Kenapa hidup begitu menakutkan? Hiks.. Apa nasib orang yang pekak kat luar sana? Macam mana mereka boleh hidup tanpa deria penting itu? Hiks.. Adakah Tuhan akan mengasihani mereka dan mengembalikan pendengaran yang sepatutnya mereka miliki?" Lirih gadis itu pilu.

Sungguh. Dia sangat takut jika dia perlu kehilangan ke-5 deria penting dalam hidup seorang manusia.

Sehun mengusap lembut kepala gadis itu agar dia tenang. Entah ini perasaannya saja atau realiti, hati lelakinya kembali bergetar apabila gadis itu berada dalam pelukannya. Tak pernah lagi dia merasakan getaran itu selama ini walaupun dia sudah sering kali memeluk tunangnya. Tapi, getaran ini seolah menunjukkan keikhlasan hatinya yang selama ini terpendam.

"Sesungguhnya Aku mencipta manusia bersama dengan pasangannya. Walaupun untuk roh tanpa takdir. Mungkin dia tidak berkekalan lama di muka bumi ini. Tetapi percayalah, ada pengakhiran terindah sedang menunggu semua hamba-Ku."

Seketika Sehun kaku apabila sebuah suara menyapa lubuk hatinya. Itu... Itu Pencipta! Yang berkuasa sepenuhnya ke atas perasaan manusia dan malaikat yang dicipta-Nya.

Air mata lelaki itu mengalir tika itu juga. Sudah lama dia tidak mendengarkan suara Pencipta dirinya. Dia begitu merindukan suara itu.

Sling ~~ ! ( Backsound fail )

Untuk seketika kepala Sehun seperti dihentak dengan batu besar sehingga meninggalkan rasa sakit yang teramat. Kali ini, bukan hanya sekelibat dari kenangan masa lalunya, malah ingatannya yang dihilangkan oleh Kris kini muncul dan mula bertanam dalam benak fikiran lelaki tersebut. Semuanya sekali masuk tanpa ampun ke dalam kepalanya.

"ARRGGGHHHHH !!!!"

Hye Seol yang mendengar jeritan Sehun menjadi panik. Dia melupakan seketika apa yang berlaku kepada dirinya tadi.

"Sehuna? Awak okey tak? Yak, kenapa? Awak kenapa ni? Yak! YAK! SESIAPAPUN TOLONG!" Jerit Hye Seol cemas.

Sehun menggenggam tangan Hye Seol kuat. Kepalanya pula digeleng berkali-kali. Jari telunjuk lelaki itu menutup bibir gadis itu meminta agar Hye Seol diam dan dengarkan apa yang dia ingin katakan. Sekali lagi tubuh kecil gadis itu dibawa ke pelukannya.

"Aku... aku rindu kau, Park Hye Seol." Ucap Sehun lirih dengan mata tertutup rapat.

Tubuh gadis itu menjadi kaku mendengar luahan lelaki itu. Dia tak tahu ingin memberi respon apa. Lastly, dia hanya terdiam tanpa bergerak sedikit pun.

"Do you hear me?" Soal Sehun setelah merasa ucapannya tidak berjawab.

"Sa..sa.."

"Shh.. At least you still can hear my voice. Maaf. Saya tak patut biarkan awak menunggu terlalu lama. I'm so sorry." Ujar Sehun pilu.

Pelukannya semakin erat. Rasa rindu yang sempat hilang kini menyapa kembali hati lelakinya. Dan rasanya seperti ingin mati jika ditahan lebih lama lagi. Dan mujurlah, ketika kejadian itu berlaku Hye Seol didekatnya. Itu sangat menguntungkan bagi Oh Se Hun.

"A..awak okey ke?" Soal Hye Seol yang sedikit bingung dengan perubahan majikannya yang terkenal super bossy itu.

Hanya anggukan dari Sehun yang menjawab pertanyaan gadis itu.

"Err.. Tuan.. I--"

"Shh.. Biarkan macam ni sekejap. I miss you so much." Ujar Sehun semakin membawa gadis itu ke dalam pelukannya yang hangat dan menyamankan itu.

"Tuan,... Na..nanti ada orang nampak. And lagi teruk kalau tunang awak nampak. Please, control yourself." Pujuk Hye Seol agar lelaki itu melepaskan dirinya.

Akhirnya, lelaki itu melepaskan dirinya. Anak matanya menatap lekat gadis di hadapannya ini. Dan Hye Seol dapat merasakan ada yang berbeza dengan tatapan lelaki itu. Tatapannya yang dulu sangat mengerikan bagi Park Hye Seol di mana Oh Se Hun hanya melihat keburukan dalam dirinya. Tapi tidak untuk kali ini. Lelaki itu menatapnya dengan tatapan yang dulunya sangat dia rindukan. Tatapan lembut dan manis milik lelaki itu yang berjaya menghipnotis hidup seorang Park Hye Seol.

"I'm sorry."








[][][]

TO BE CONTINUED ...

#VOTE #KOMEN# THANKYOU
#사랑하자

Double update? Yeah. I'm free now. I'm so tired because always study. Now, I refresh my brain with this story. Enjoy your day! ❤💋

감사합니다 엑소 시랑하자

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now