28

204 30 0
                                    

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~







Tangan gadis itu mengigil kecil apabila membawa cawan yang berisi kopi itu ke dalam bilik bosnya.

"Tok tok tok"

"Masuk."

Hye Seol sedaya upaya untuk melindungi kopi di tangannya agar tidak tumpah ke atas permaidani di pejabat Sehun. Kalau tak, memang tak akan balik dia malam ini untuk membersihkan permaidani mahal itu.

Wajah lelaki itu sememangnya sudah tegang sejak awal dia masuk kerja tadi. Bahkan, Hye Seol yang terlambat seminit pun dia marah habis-habisan macam gadis itu melakukan sebuah kesalahan yang sangat besar.

"I..ini ko..kopi, tuan." Ujar Hye Seol tergagap tanpa sengaja.

"Kau tak letak racunkan dalam minuman aku?" Soal Sehun datar tanpa menoleh sedikitpun ke arah gadis itu.

Hye Seol cuba menahan rasa geramnya.

"Kalau saya memang jahat, dah lama saya bunuh tuan dari awal saya bekerja lagi. Tak payah nak tunggu masa yang sesuai untuk bunuh awak." Ujar Hye Seol geram.

PAP !

Bahu gadis itu terhinjut akibat terkejut. Fail berwarna biru tua yang terbaring di atas lantai itu menjadi pusat perhatiannya. Ya, siapa lagi yang membalingnya jika bukan Oh Se Hun?

"Ada aku suruh kau menjawab? Aku suruh kau bawa kopi saja ke sini. Bukan suruh kau melawan cakap aku. Kau ingat kau berhak bersuara kat sini? Siapa kau untuk melawan aku?!"

Bahu gadis itu terhinjut kembali apabila Sehun menekankan ayat terakhirnya dengan kasar.

Tanpa sedar, air mata gadis itu mengalir perlahan dari tubir matanya. Seluruh wajahnya terasa panas.

"Ma..maaf. Memang saya bukan siapa-siapa kat sini. Tapi, tak boleh ke tuan presiden berhenti berfikiran buruk tentang saya? Jahat sangat ke saya di mata tuan? Hina sangat ke manusia macam saya di mata seorang malaikat macam awak? Saya tahu saya tak semulia awak dan tak sesuci awak. Tapi, saya masih punya hati. Saya tak ada apa-apa kecuali hati saya. Hati ini yang saya gunakan untuk kuatkan semangat saya agar terus hidup di dunia yang kejam dan penuh dengan tipu daya ini. Saya tak minta banyak, tolonglah jaga perasaan dan hati saya walau sedikit." Ujar gadis itu dengan berani.

Sehun terkedu mendengar ucapan gadis itu.

"Maaf. Saya tak akan melawan cakap tuan presiden lagi dan saya tak akan bercakap dengan tuan presiden lagi kalau tuan presiden rasa menyampah mendengar suara saya. Akan saya pastikan itu." Ujar Hye Seol lalu mengatur langkah keluar dari bilik Sehun.

Keluar saja Hye Seol dari bilik Sehun, gadis itu lalu mencapai beg tangannya. Kakinya pula tergesa-gesa mengatur langkah keluar dari bangunan tersebut. Air matanya jangan cakap. Dah seperti air terjun. Para staf yang melihat gadis itu hanya mampu buat muka pelik.

Lelaki itu mengeluh perlahan. Pintu pejabatnya dipandang lama. Rasa serba salah mula menghimpit dadanya.

"Ya Tuhan, apa yang aku dah buat? Huft.." Gumam Sehun perlahan.



~ ¤ ~



Pemandangan di taman itu berjaya menyejukkan hati Hye Seol yang sedang terbakar. Air matanya pula sudah lama mengering. Tetapi, dia masih tidak mahu berganjak dari situ. Biarlah dia tenangkan hatinya terlebih dahulu. Kejadian pagi tadi dan pagi semalam begitu mengejutkan baginya.

Kalau Luhan menyangka yang dia tidak mendengar perbualan mereka, abangnya itu salah besar. Bahkan, Hye Seol telah mendengarnya dari awal sampai akhir. Tidak sedikit pun dari cerita Luhan yang dia tinggal. Semuanya jelas.

HELLO ANGEL ©️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora