19

193 30 2
                                    

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~








"Park Hye Seol! Cepatlah! Kita dah lambat dah ni!" Jerit si rusa di bawah sambil tangan masih sibuk mengikat tali lehernya.

Si adik pula masih sibuk make up di bilik. Bukan sekejap, tapi dah berjam-jam!

"Park--"

"Ya, ya. Seol turunlah ni, oppa. Aigoo. Tak payahlah jerit bagai nak rak." Bebel Hye Seol geram.

Stiletto berwarna biru laut itu dicapai lalu disarung ke kakinya. Jelingan tajam si abang dihiraukan begitu saja.

"Jom, kita dah lambat nak pergi sekolah. Nanti tak ada tempat duduk." Ujar Hye Seol dengan selamba.

Luhan mendengus kesal melihat sikap adiknya. Tapi dalam masa yang sama, dia gembira sebab adiknya sudah kembali kepada Park Hye Seol yang dulu. Park Hye Seol sebelum bertemu dengan Malaikat Sesat.

"Jom."



~ • ~



Sesampainya di sekolah, Minah lalu memeluk Hye Seol seerat yang mungkin. Ya, setelah tamat sekolah beberapa tahun yang lepas membuat mereka terpaksa terpisah mengikut haluan masing-masing. Minah pergi ke luar negara bersama keluarganya untuk sambung belajar. Hye Seol pula hanya mampu terperuk dalam Korea sebab masih berharap yang Sehun akan kembali. Tapi, setiap penantian gadis itu hanya membuahkan hasil yang sia-sia. Nyatanya, lelaki itu tidak lagi kembali.

Atau mungkin gadis itu telah dilupakan.

"Seol, rindunya aku dengan kau!" Seru Minah kegembiraan.

Hye Seol hanya terkekeh mendengar ucapan Minah. Setelah puas berpeluk sakan, Minah baru perasan dengan kehadiran Luhan.

"Err.. Seol, siapa lelaki bersama kau tu?" Soal Minah dengan nada yang perlahan.

Hye Seol menoleh ke arah abangnya yang masih sibuk dengan telefon pintar di tangannya.

"Eo, itu abang aku. Park Lu Han. Aku rasa aku pernah cerita kat kau pasal abang aku." Jawab Hye Seol.

Ya, Minah pernah mendengar siapa Park Lu Han sebelumnya. Cuma, dia tak pernah berjumpa dengan jejaka tersebut.

"Eo. Aku ingat. Kacak juga abang kau." Gumam Minah yang tak puas lagi meninjau seluruh wajah Luhan.

"Dah-dah. Kita pergi tengok bufet kat sana. Macam sedap saja." Ujar Hye Seol lalu menarik lengan Minah tanpa rela.



~ • ~



"Welcome, batch 01. Saya ialah Seulgi, MC you all hari ini. I'm very excited boleh berjumpa dengan kawan-kawan lagi. I hope today is our happy day!"

Seulgi menayangkan senyuman yang tak pernah dia tunjukkan selama ini. Ya, dia dah berubah. Berubah dari segalanya. Semuanya kerana Hye Seol.








- Flashback -

"Aku takkan maafkan kau kalau kau sakitkan Hye Seol. And for your information, aku tak pernah cintakan kau, Kang Seulgi. Stop berfikir yang aku milik kau. Better kau cermin diri kau dulu sebelum bercakap. Layak ke tak kau untuk bercakap dan mengaku aku milik kau kalau perangai kau lebih teruk dari binatang? Walau aku jahat sekalipun, aku tak pernah berniat nak bunuh orang macam kau!"

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now