21

198 28 0
                                    

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~








¤ Park Hye Seol ¤

Di sinilah aku sekarang. Di hadapan sebuah bangunan yang tinggi mencakar langit. Ya, aku tahu aku gila. Tapi, inilah keputusan yang paling berani pernah aku buat seumur hidup. Aku ingin Sehun pulih kembali. Tak kisahlah dia akan balas perasaan aku atau tidak, cuma aku ingin dia ingat balik siapa aku. Dan aku ingin tahu apa yang telah terjadi.

Well, nak cover diri kenalah acah-acah minta kerja kan? Lagipun, dah 5 tahun juga aku menganggur tak buat apa-apa. Sambung belajar pun tak. Hanya duduk rumah saja.

Yalah, aku nak tolong Luhan oppa kat office, appa pula tak bagi. Aku nak tolong eomma uruskan restoran dia, dibantah lagi. Lastly, aku hanya terperuk sajalah dalam rumah tu. Dah serupa sangkar aku dah rumah tu. Aigoo..

Penampilan aku tak adalah menonjol mana. Aku cuma memakai seluar slack berwarna kelabu dan blouse berwarna cream. Sesuaikan? Hehe.. Cita-cita aku nak jadi Fashion Designer. Tapi itulah, disebabkan mental koyak, aku tolak tawaran sambung belajar ke US untuk bidang tersebut. Huhu... Nak menangis pun tak ada guna. Benda dah jadi dah pun. Sudah 4 tahun lebih kisah itu terjadi. Haih..

Aku melangkah masuk ke dalam bangunan ini. Memang mewah. Kalah office Luhan oppa. Aigoo.. Agaknya ini syarikat paling besar kut kat Seoul. Sebab, oppa pernah cakap yang dia tak mampu kalahkan syarikat ini. Ya, siapa sangka? Saingan dia ialah Oh Sehun, adik kandungnya ketika dia masih menjadi seorang malaikat dahulu kala. Tapi, aku tak yakin kalau Sehun masih ingat tentang Luhan. Ataupun, Luhan oppa pun juga hilang dalam kotak memori lelaki tersebut. Seperti mana aku hilang dari memorinya.

"Ya, cik? Ada yang boleh saya bantu?" Soal seorang kakitangan yang lalu lalang di lobi.

Aku tersenyum kekok.

"Err, maafkan saya. Saya nak minta kerja kat sini. Boleh saya berjumpa dengan pihak berkuasa?" Ujar ku ragu.

Eh.. Tak baik cakap terus nak jumpa Tuan Presiden. Memang kantoilah hajat asal aku nanti.

"Eo, sekejap ya. Saya akan menghubungi Tuan Presiden terlebih dahulu."

Kakitangan berjantina perempuan itu mencapai ganggang telefon. Tangannya dengan lincah menekan nombor pada telefon lama yang biasa dijumpai di rumah itu.

Setelah menunggu selama 5 minit, akhirnya kakitangan perempuan tersebut menoleh ke arah aku. Dia tersenyum manis ke arah aku.

"Tuan Presiden sedang menghadiri sebuah meeting di boardroom. Cik boleh tunggu di ruang kerja beliau. Saya akan tunjukkan jalan untuk cik." Ujar kakitangan perempuan tersebut.

Aku hanya sekadar mengangguk. Langkah aku atur mengikut kakitangan tersebut.



~ A few minutes later ~



Kami pun sampai di sebuah ruangan yang mewah tersangat mewah. Yang paling menyentuh hati, hiasan dalaman ruang kerja ini dihias seperti bayangan di syurga. Terlalu indah, ya Tuhan. Seolah-olah aku telah mengunjungi rumah-Mu yang semestinya menjadi impian setiap umat manusia.

"Cik duduk dahulu di dalam. Saya akan membawakan air minuman untuk cik." Ujar kakitangan tersebut.

Disebabkan sudah dipukau dengan kecantikan di situ, aku hanya mengangguk tanpa ada niat ingin bersuara. Selebihnya, aku hanya menjamah mata ku dengan keindahan di situ.

Terlalu indah untuk dirasakan. Malah, ada disediakan juga sebuah muzik latar belakang yang bertemakan bunyi burung sedang berkicauan. Ya Tuhan, adakah ini gambaran sebenar di rumah-Mu? Aku terlalu menyukainya.

Tanpa disangka, air mata ku mengalir. Air mata terharu dan gembira. Sebegini sayangnya Tuhan kepada umat manusia sehingga dia melengkapkan segala keperluan manusia di dalam rumah-Nya. Tetapi sayang, manusia tidak mampu memahami erti sayang itu. Mereka malah lebih rela memilih kebahagiaan melalui cara yang salah.

Aku menyeka air mata ku yang masih setia mengalir. Sungguh, suasana di sini menyentuh hatiku. Tidak pernah lagi aku menyaksikan sesuatu yang indah seperti ini. Sekarang, aku bertambah yakin. Beginilah kehidupan sebenar di syurga sana. Ahh.. Terasa ingin pergi ke sana pula.

"Ehem.."

Tubuh ku menjadi kaku. Disebabkan terlalu leka, aku lupa bahawa aku di tempat orang sekarang ini. Aku yang awalnya berlutut kini bangun perlahan-lahan. Malunya.

"Err.. Hye Seol-ssi. Awak tak apa-apa?" Suara kakitangan perempuan tadi menyapa gegendang telinga ku.

Aku yakin dia tak bersendirian dan aku masih mampu membezakan mana suara lelaki dan mana suara perempuan.

Ya Tuhan, malunya aku. Mana aku nak letak muka? Hye Seol, kalau ya pun kau nak bertaubat, beringatlah sikit. Gereja banyak dalam Korea ini. Kat sini juga kau nak buat hal. Aduh! Oppa! Seol malu! Huhu..

"Hye Seol-ssi?"

Perlahan-lahan aku berpaling menghadap dua orang manusia di hadapan ku sekarang.

"Ma..maafkan saya. Saya nak pergi toilet sekejap." Ujar ku sambil menunduk.

Tak mampu aku bertentang mata dengan mereka. Malu menggunung dalam diri.

"I'm here. Kau nak jumpa aku sebab nak minta kerjakan? Kenapa masih tercegat kat situ dan buat alasan nak pergi toilet? Kau tak ada adab ke?"

Okey, kali ini jantung aku pula terkena serangan. Panahan ayat dia membuat luka yang lama berdarah kembali. Ya ampun, cliché gila ayat aku!

"Maafkan saya." Ujar ku masih tertunduk.

"If you're talking to me, please look at my eyes! I'm here! Not on the floor!"

Bahu aku terhinjut akibat terkejut. Ya, ini pertama kali dia membentak aku. Tuhan, tolong kuatkan hatiku yang sememangnya lemah dan tak berdaya ini.

Tak! Aku tak boleh lemah dan kalah! Aku kena kuat! Inilah masanya untuk aku kuat dan berdepan dengan kenyataan. Ingat hajat asal kau ke sini, Park Hye Seol. Jangan pernah lupa.

"Maafkan saya, tuan."

Kali ini aku memandang tepat anak matanya. Tanpa ragu seperti selalu walaupun jantung aku dah macam nak tercabut sekarang ni.

"Masuk."

Dingin sahaja nadanya menyuruh aku masuk ke dalam ruang kerjanya. Yang tadi seperti gambaran syurga itu hanya luaran bahagian ruang kerjanya. Ada satu lagi bilik yang tersedia di situ. Dan di situlah dia akan bekerja. Inilah yang dinamakan sebagai ruangan VVIP. Memang kalah total Luhan oppa berbanding dia. Aigoo..








◾◾◾

TO BE CONTINUED ...

#VOTE #COMMENT #THANKYOU
#사랑하자

감사합니다 사랑하자 엑소엘

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now