Aku memandang pakcik tadi, matanya pada aku. Aku tersenyum tipis pada pakcik tersebut dan dia membalas dengan lambaian kecil.

"Thank you miss. You really help me" kata aku dan aku beredar sambil melambai pada wanita tersebut.

Aku duduk di tempat aku semula dan termenung sekali lagi.

'Prague? Czech? Tak pernah aku dengar nama ni'

"Mummy? Jomlah kata nak jumpa Ziqri" aku tersentak sekali lagi dengan teguran dia. Aku berdiri dan berjalan ke hadapan. Tapi tangan aku ditarik oleh dia.

"Itu bukan tempatnya, jom" dia mengenggam tangan aku dan membawa aku ke tempat di mana Ziqri berada.

Kami menyelusuri ruang kecil dan terdapat satu pintu yang agak besar. Apabila kami melangkah masuk ke dalam pintu tersebut. Aku lihat Ziqri, sedang duduk di atas kerusi.

Aku segera mendekatinya dan cuba untuk duduk di hadapannya tapi ada seseorang menghalang aku.

"Miss, you can't meet him" aku memandang pegawai tersebut.

"This is my friend" balas aku.

"Oh yeah? Proof?" Aku memandang Ziqri. Dia hanya tersenyum dan memandang pegawai tersebut.

"She's my friend" katanya. Pegawai tersebut memandang Ziqri pula. "Is this really your friend? Or you accomplice?" Balas pegawai itu tegas.

"Dude!" Pegawai itu berpaling dan melihat dia yang memanggilnya. Terus tangan diturunkan dari menghalang aku dan cepat cepat bergerak ke arah dia.

"Yes sir?" Soalnya.

Dia memandang tajam pegawai tersebut.

"Why did you stop my girl from seeing his friend?" Tegas dia bersuara. Pegawai tersebut tergagap gagap menjawab.

"You-your wife? Sorry! I didn't mean to stop her. Mrs!" Dia menjerit sambil memandang aku. Aku hanya membalas dengan pandangan kosong.

"You can see your friend" katanya. Aku mengangguk dan duduk di hadapan Ziqri. Aku berpaling lagi memandang dia dan pegawai tadi.

"Boleh tinggalkan kami sekejap?" Dia sepertinya tidak suka dengan permintaan aku. Tapi entah kenapa dia hanya mengangguk dan menarik pegawai tadi keluar bersamanya.

"Nah!" Aku menghulurkan bekas makanan kepadanya. Tapi dia tidak mengambil malah menunjukkan tangannya yang sudah bergari.

Aku menggaru kepala aku.

'Lupa pulak tangan dia bergari'

Aku meletakkan bekal tersebut di atas meja.

"Saya suapkan awak, awak cerita saja okay" aku membuka penutup bekal makanan tadi. Sudu yang berada di atas meja aku ambil dan suapkan Ziqri.

"Nama penuh dia Alexander Zackary. Zackary tu nama bapa dia itu sahaja yang aku dapat pasal dia. Kenapa aku cakap kau kena berhati hati dengan dia? Sebab dia nak kau. I don't know the motive tapi tolong berhati hati" katanya. Aku mengangguk dan menyuapnya lagi.

"Dia sekarang makin teruk dari dulu Mai. Even worse. Tapi penyiasat aku tak dapat korek maklumat pasal pekerjaan dia sekarang. Aku nak, kau jangan keluar dari rumah. Duduk saja dengan Tuan. Sebab aku kenal dia dan aku nak kau percaya pada dia 100%" sambungnya lagi.

Aku menguis nasi tersebut.

"Perlu ke percaya?" Soal aku perlahan. Dia mengangguk.

"Perlu Mai, aku berharap kau percaya pada dia. Jangan sesekali kau ragu pada dia. Aku nak kau ingat Alexander ada di mana mana saja. Apa yang aku dapat dari penyiasat aku, cukup buat aku meremang sekejap" jelasnya.

Apabila tersedar aku menguis nasi tersebut terlalu lama, aku mencedokkan nasi dengan sudu lalu menyuap Ziqri.

"Saya tak boleh percaya kan dia sekarang" kata aku lagi.

"Kenapa?" Soal Ziqri pula.

"Dia tak sayang saya" balas aku perlahan. Ziqri mengeluh dan meletakkan kepalanya di atas meja. Beberapa saat kemudian, dia mengangkat semula kepalanya.

"Sayang atau tidak, itu kau fikir nanti. Sekarang, kau kena fikir macam mana nak sorok dari Alexander" jelasnya lagi.

"Okay" balas aku dan menyuapkan Ziqri.

Terdengar bunyi pintu terbuka. Kami sama sama menoleh memandang ke arah bunyi tersebut.

"Done?" Soal dia.

Aku mengangguk dan berdiri. Aku meletakkan bekal makanan di hadapan Ziqri dan berjalan menuju ke pegawai tadi. Dia kelihatan pucat apabila aku mendekatinya.

"He wants to eat. Take it off" kata aku. Dia cepat cepat mengangguk dan pergi kepada Ziqri. Aku tersenyum apabila tangan Ziqri yang tadinya bergari, sekarang sudah bebas. Dia mencapai sudu di dalam bekal makanan tadi lalu menyuapkan nasi tersebut.

Aku terus beredar bersama dia. Balik ke rumah semula.

Vote dah 400 baru saya update chapter baru. Sorry sebab tak update, saya tak sihat sangat hm

BAD Where stories live. Discover now