Chapter 52: Suara

475 39 22
                                    

Tahun baru.

Kelas baru.

Semester baru.

Selepas cuti, Aya tidak bertemu sesiapa dari bh mox. Sekolah sudah buka dan mahu tidak mahu, dia kembali semula ke bh mox. Kini dia adalah senior. Dia telah menjadi pelajar tahun terakhir. Dengar cerita dari Puan Teressa, beberapa pelajar baru akan masuk ke bh mox.

Aya menyeret bagasi miliknya masuk ke dalam boarding house yang ditinggalkan semasa cuti. Semuanya kelihatan sama.

"Aya!!" jeritan milik Yui membuatkan Aya tersenyum. Masih sama macam sebelum ni.

Ya.. masih sama.

"Kau masih awal macam biasa." ujar Aya.

"Tahu tak, ada empat orang pelajar tahun 1 masuk. Tiga orang pelajar tahun 2. Wahh.. tak sangka kita dah jadi senior." Yui bersuara teruja. Dia nampak benar-benar gembira.

"Oh.. makin ramai." jawab Aya sambil tersenyum.

"Hehe.. Aya dah tahu kelas?" soal Yui sambil mengenyit matanya beberapa kali.

"Tahu.. kelas 3-A." balas Aya, pendek saja sebab dia tak faham motif Yui.

"Wah, wah.. dah naik kelas. Yui kelas 3-B. Tak berubah. Sedihnya.. tak dapat bersama dengan Takaki." Yui sengaja buat muka sedih.

"Siapa suruh tak belajar betul-betul." perli Aya lalu ketawa.

"Eleh.. Aya sama kelas dengan Rui la ni? Wah wah.." Yui memeluk lengan Aya.

Rui?

Terasa lama dia tidak mendengar nama itu. Tapi nama itu juga sering kali bermain dalam fikirannya sejak pulang dari percutian tahun lepas. Dia tidak berhubung dengan Rui atau Ken sejak pulang. Apa khabar mereka juga Aya tidak tahu.

"Ken?" soal Aya.

"Dia naik kelas juga. Kelas 3-B." Yui membuat muka menyampah.

Aya tersenyum lagi. Yui memang jujur dengan perasaannya. Semuanya kelihatan pada wajah. Alangkah senang jika dia juga begitu?

Tapi Aya tahu dia tak mungkin jadi seperti Yui.

"Oh.." cuma itu yang mampu Aya balas.

Setelah itu, mereka berkenalan dengan pelajar baru yang masuk ke bh mox. Petang itu, Nagi pula yang baru balik. Aya dan Yui menyambutnya dengan mesra.

"Senior Kyo macam mana?" soal Aya ingin tahu.

"Dia dapat masuk ke University K. Dia ambil medical science." beritahu Nagi.

"Wah!!! Jadi doktor la nanti.. bertuahnya Nagi.." sakat Yui.

Wajah Nagi bertukar merah.

"Siapa bertuah?! Lelaki lembut macam tu.." ejek Nagi lalu berlari masuk ke dalam bilik.

Aya ketawa kecil.

"Nagisa.. mulut cakap lain tapi tindakan dia lain.. tak jujur betul.. Tsundere?" Yui mengomel.

Selepas itu Yui dan Aya kembali berborak. Banyak yang mereka bualkan. Kebanyakannya tentang apa yang mereka buat semasa cuti. Aya memandang jam.

Pukul 6.

Mana Rui? Semua ahli bh mox dah balik termasuk la Ken. Walaupun mereka tak bersuara tapi senyuman Ken padanya cukup untuk Aya tahu yang sebelum ni.. semuanya perkara lepas.

"Yui, aku keluar sekejap." ujar Aya.

Yui mengangguk. Aya terus bangun dari sofa lalu keluar untuk berjumpa dengan Puan Teressa.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now