Chapter 5 : Ken, jatuh hati?

951 87 18
                                    

"Baiklah, macam yang kamu sedia maklum tentang lawatan tahunan kali ni akan dibuat di Taman negara, lepas tu kita akan pergi ke Zoo.. Kelas kamu akan bercampur dengan kelas yang lain jadi cikgu mahu kamu bentuk satu kumpulan terdiri daripada lima orang. Faham? " terang guru kelas mereka sambil menyelak beberapa helaian kertas ditangan.

"Cikgu? " salah seorang daripada pelajar mengangkat tangannya untuk bertanya.

"Ya? " soal guru kelas.

"Boleh campur dengan pelajar lain ke untuk kumpulan tu? " soal pelajar tadi.

"Boleh. Tak ada larangan untuk tu. Yang pastinya sila serahkan borang setiap ahli kumpulan sebelum hari Jumaat. Lawatan akan diadakan pada hari sabtu ni. " terang guru kelas.

Pelajar yang lain mula bersorak.

"Ehh?? Kita nak buat kumpulan dengan siapa ni Aya? " Yui dah mula kelam kabut.

Rambut ikat dua Aya tu ditarik-tarik oleh Yui secara bergurau dari belakang.

"Erm... Ken, kelas sebelah kan? " soal Aya.

"Ehh?? Aya nak ajak Ken dalam kumpulan kita?! " Yui buat muka tak puas hati sambil kembungkan pipi.

"Kenapa pula? " soal Aya, tak faham kenapa Yui tak suka sangat dengan Ken.

"Kalau Aya nak ajak Ken, lebih baik ajak sekali Lui kalau macam tu.. Dengan.. Siapa lagi seorang ya? " Yui berfikir.

Aya sengetkan sikit kepalanya. Pelik. Yui macam nak buat kumpulan yang terdiri dari penghuni MOX je gayanya.

Tapi..

Kalau Lui ada pun ok juga. Fikir Aya.

"Nanti masa rehat kita pergi tanya. " cadang Yui sambil tersenyum.

Aya mengangguk.

※※※※※

Ken yang sedang berbual dengan kawan-kawannya terhenti apabila salah seorang pelajar kelasnya memanggil.

"Ken, ada orang nak jumpa.. "

Ken mengangguk lalu bangun dari tempatnya untuk ke pintu depan. Apabila dia keluar saja, muka Aya dah ada depan tu. Terkejut Ken.

"Aya? " tanyanya pelik.

Aya mengeluarkan kertas dari poketnya lalu ditunjukkan pada Ken.

"Lawatan tahunan.. Kau dah ada kumpulan? " soal Aya.

Entah kenapa, soalan Aya tu betul-betul buat Ken gembira. Dia tersengih.

"Kau nak ajak aku masuk kumpulan kau ke? Nak! Nak! " Ken pantas saja memberi jawapan.

Aya mengangguk lalu diberikan borang tersebut pada Ken untuk mengisi namanya. Ken menulis namanya lalu borang tadi diberikan semula pada Aya.

"Siapa lagi dalam kumpulan ni? " Ken bertanya, ingin tahu.

"Aku.. Yui, kau dan Lui.. Yui cakap lagi seorang nanti dia cari. " jawab Aya.

Senyuman Ken hampir saja mati tapi dia terus tenangkan diri dan buat muka selamba. Lui? Kenapa lelaki tu pun perlu ada sekali?

Eh?

Nanti.. Kenapa Ken perlu rasa risau?

"Oh.. Okay! " Ken mengangguk. Dia masih tersenyum pada Aya.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now