Extra!!

608 43 60
                                    

The story so far~

Aya

Seorang yang selamba.. Bluurr..
Pada mulanya dia macam tak ambil kisah tentang perasaan suka dan cinta ni sebab dia tak pernah bercinta. Tapi bila Ken luahkan perasaan dia pada Aya, dan Lui yang asyik ingatkan pasal Ken pada Aya..
Dia mula terfikir dan perhatikan Ken. Aya mula rasa tunjuk minat pada cinta.

Hubungan Aya dengan Lui rapat, sebab bagi Aya Lui orang yang menyeronokkan kalau berbual. Lui tahu banyak perkara dan Aya kagum dengan dia.

Hubungan Aya dengan Ken pun rapat juga. Ken peramah dan sangat baik pada Aya. Aya perasan yang sejak dua menjak ni dia asyik perhatikan Ken dan dia juga perasan yang kadang-kadang Ken nampak comel. Hurm..

Ken

Peramah dan rapat dengan semua orang. Baik hati dan perangai dia selalu buat orang salah faham..
Sangat sukakan Aya dan dia cemburu setiap kali nampak Aya rapat dengan Lui. Dia cepat rasa malu kalau Aya tenung dia.

Hubungan dia dengan Aya setakat ni sekadar kawan walaupun Aya tahu dia sukakan Aya.

Hubungan Ken dengan Lui pula.. Hurm.. Dia terkejut bila dapat tahu Lui anggap dia sebagai kawan sebab sebelum ni apa yang Ken buat Lui tak pernah ambil kisah dan asyik buat hal sendiri. Tapi dalam hati sebenarnya Ken sangat gembira bila dapat tahu perkara tersebut.

Lui

Seorang yang pendiam, suka baca buku. Dia pada mulanya tak ambil kisah tentang orang lain. Tapi bila Nagi nasihatkan dia, Lui terasa sangat jadi dia cuba untuk rapat dengan orang lain. Lui sangat sayangkan Ken dan Aya sebab mereka berdua adalah orang yang selalu berbual dan ambil tahu tentang Lui.

Hubungan Lui dengan Aya sangat baik. Lui suka berbual dengan Aya dan dia rasa dia boleh berusaha dengan bersungguh-sungguh kalau sesuatu perkara tu untuk Aya.

Bagi Lui, dia kalau boleh nak jadi kawan baik kepada Ken. Sejak kali pertama mereka jumpa di bh MOX, Ken selalu tegur Lui walaupun Lui buat tak kisah. Ken juga adalah orang yang selalu risaukan Lui sebelum ni. Bila Lui fikir balik, dia nak balas kebaikan Ken pada dia selama ni.

Apa saja tentang Ken, benda tu buat Lui rasa teruja.. Dia.. Suka dan sayangkan Ken?

Kyo

Setakat ni dia cuma menaruh hati pada Nagi. Seorang yang suka tersenyum dan ketawa. Nagi tak tahu pun yang Kyo sukakan dia. Mereka berdua ni satu sekolah.

Nagi

Sukakan Lui pada mulanya tapi dah putus asa bila Lui tak pernah sedar akan perasaan Nagi. Seorang yang cool dan tenang je. Cantik dan sebenarnya dia ni ramai peminat kat sekolah.

Yui

Kawan baik Aya yang sentiasa teruja dan gembira. Tapi bila cakap pasal Ken, dia akan masam dan tarik muncung. Tak suka pada lelaki yang dia rasakan buaya tu.

Takaki

Satu-satunya kawan Lui di sekolah. Dia jenis yang suka ambil berat terutama pasal Lui sebab dia risau. Lui tu bukan boleh percaya sangat, dekat mana-mana pun boleh terlelap. Kalau Takaki tak ada, siapa nak jaga Lui yang tak pandai jaga diri dia sendiri tu?

※※※※※※※

Lui ni tak pandai nak jujur dengan perasaan dia. Tapi kalau dia betul-betul rasa dia nak buat sesuatu perkara tu, dia akan buat. Pemalu tapi muka dia selalu macam tak ambil kisah pasal semua perkara. Orang sekeliling Lui selalunya akan cakap yang Lui ni tak ada perasaan.

Tapi..

Disebalik sikap yang dia tunjukkan pada orang ramai tu, Lui sangat lain bila dengan keluarga. Dia jadi kasar dan muram. Bukannya apa.. Tapi kisah hidup sejak kecil buatkan Lui jadi macam tu. Bukan dia tak sayang dengan keluarga dia tapi dia malu nak berbaik-baik atau bermesra.. Sebab Lui tak mahu simpan harapan. Dia sayangkan keluarga dia.

Walaupun macam tu, Lui tak mampu nak tunjukkan yang dia sayang. Jadi Lui selalu berdiam diri dan simpan semuanya dalam hati.

Aya? Dia selamba.. Dia sangat-sangat ceria dan memang neutral dengan semua perkara. Tapi kalau tak suka, dia akan marah. Kalau dia tak puas hati, dia akan cakap. Senang menunjukkan rasa hati kalau teruja. Walaupun dia bluur dan lembab dalam hal hati dan perasaan, dia sebenarnya okay je. Cuma tak ada common senses.

Dia kadang-kadang tak faham dengan sesuatu perkara tapi kalau diterangkan dia akan faham. Lambat nak pick up benda yang berlaku.

Perangai dia memang macam ni.. Tak boleh nak ubah..

Ken pula memang peramah dan baik dengan semua orang. Adik beradik dia semua perempuan dan sebab tu juga dia layan perempuan dengan sangat baik. Ramai peminat dan sangat popular dekat sekolah sebab rupanya yang hensem.

Ken sukakan Aya buat pertama kali. Sebelum ni dia tak pernah jatuh hati. Dia betul-betul sukakan Aya, bukan macam dia baik dengan perempuan sebelum ni. Ken bukannya player. Dia setia pada yang satu.

Tapi kehadiran Lui yang rapat dengan Aya tiba-tiba tu buat Ken sakit hati dan geram. Dia cemburu tapi dalam masa yang sama tak boleh nak buat apa.. Sebab Aya dah tolak luahan perasaan dia.

Ken sejak dulu lagi sebenarnya teringin nak jadi kawan dengan Lui. Tapi Lui tak pernah layan dia.. Buat Ken rasa macam nak putus asa dengan lelaki tu. Hurm...

Tapi tiba-tiba pula kali ni Lui cakap dia anggap Ken sebagai kawan. Apa yang Ken nak buat? Sebab Ken dah anggap Lui sebagai rival dia. Cis..

※※※※※※※

Author's note :

Maaf la tak pandai nak buat cerita cinta yang sweet.. First time buat cerita genre yang tak ada watak mati atau kena bunuh.. Hurm.. Nak buat salah satu watak mati~ boleh tak?

Tapi kalau buat macam tu nanti mesti ada orang marah! 😫😫

I dont want her to be mad at me.. Since she loves this story so much..

But i really want someone to die..

To that someone.. Please forgive me.. I dont want to mention who.. Youre my sweet girlfriend after all~

Okay.. Dah cukup la penerangan ni.. Mungkin chapter lepas ni tentang kisah hidup setiap watak tu.. Tu pun lepas aku baca buku yang tak habis lagi ni dari pagi tadi.. 😑 final exam bhai...

#p/s aku betul-betul nak buat dia jadi cerita sedih menyayat hati... 😗😗

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now