Chapter 37: Nagi dan Kyo

487 41 48
                                    

Nagi mengetap bibirnya sambil menahan tangisan

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Nagi mengetap bibirnya sambil menahan tangisan. Rasa hatinya saat itu sangat sukar digambarkan. Selepas tamat saja kelasnya tadi, dia bergegas ke hospital semata-mata mahu berjumpa dengan lelaki yang selama ini memiliki hatinya. Namun kini semuanya telah hancur berkecai. Saat dia melihat Aya dan lelaki itu berpelukan, Nagi merasakan yang dia tidak lagi punya peluang untuk mencelah. Ya, lelaki itu.. Nagi tidak mahu menuturkan namanya. Hatinya terasa sakit.

Dia hanya duduk di atas bangku di taman dalam bangunan hospital itu tanpa mempedulikan sekitarnya. Kali ini hanya dia dan dunianya sahaja.

"Kenapa.." tanpa dia sedar, bibirnya menuturkan persoalan.

Air mata yang ditahan mengalir juga.

"Hik..tsk.."

Nagi cuba menahan tangisannya sekali lagi namun air matanya masih degil mahu mengalir. Tangannya laju mengelap air mata di pipi dan tubir matanya.

"Berhenti.. jangan menangis.." Nagi berpesan pada dirinya sendiri.

Saat dia sedang sibuk merawat hatinya yang luka, tanpa disedari ada sepasang mata yang memerhati. Pemilik sepasang mata itu mengeluh sebelum menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aahh.. susah la kalau macam ni.. Tch!" dia mengomel sendiri sebelum berjalan mendekati Nagisa yang masih lagi tidak menyedari kewujudan dirinya disitu. Dalam fikirannya dia dapat meneka apa sebenarnya yang telah berlaku kerana dia juga baru saja balik dari bilik rawatan yang sama.

"Jangan la menangis. " dari belakang bangku kayu tempat Nagi duduk, dia bersuara lalu mengusap kepala Nagisa dengan lembut.

Nagi yang dari tadi dalam dunianya sendiri agak terkejut apabila tiba-tiba ditegur sebegitu. Dia menoleh untuk melihat gerangan yang menegurnya.

"Kyo?" 

Kyo tersenyum namun pada pandangan Nagi dia mengerti bahawa lelaki itu hanya berpura-pura tersenyum. Lantas tangannya laju mengeset sisa air mata.

"Mana ada menangis! " Nagi menafikan hakikat yang jelas di depan mata.

Saat mendengar penafian itu, terus riak wajah Kyo berubah serius. Dia pantas mengambil tempat disebelah Nagi.

"Apa?! " kasar saja Nagi bertanya apabila Kyo memandangnya.

"Nagisa, pandang saya! " ujar Kyo sambil kedua belah tangannya memegang kedua belah bahu Nagi.

Nagi terdiam. Tidak faham apa yang Kyo cuba sampaikan.

"Aku tengah pandang kau la ni. " jawabnya selamba.

"Bukan! " Kyo memotong percakapan Nagi. Dia menggeleng kepalanya, masih lagi memegang kedua belah bahu Nagi. Dengan sedikit tenaga, dia menggenggam bahu itu.

"Pandang saya. Pandang saya je, Nagi. Jangan pedulikan orang lain. Saya janji yang saya tak akan buat awak menangis. Saya akan jaga awak. Saya akan lindungi awak. Jadi, tengok la sini. Pandang sini. Pandang lelaki di depan awak ni. " ujar Kyo, kali ini tulus dari hatinya.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt