Chapter 11 : Puisi dan Mimpi

844 72 17
                                    

Nagi merenung ke arah langit yang biru dengan awan putih yang berarak ditiup angin pada tengah hari itu. Pelajar lain dalam kelasnya dah lama keluar untuk makan tengah hari. Cuma dia.. Cuma dia saja yang masih disitu, melayan perasaannya.

"Nagisa~ kenapa kau ada kat sini lagi? Jom la turun makan.. " suara manja kawan baiknya itu memecah sunyi suasana.

Nagi memandang ke sisinya dimana Momo sedang menarik kerusi lalu duduk disebelah Nagi. Pandangan Nagi kemudiannya beralih semula ke arah luar tingkap. Tangannya sebelah menongkat dagu manakala sebelah lagi diletakkan di atas meja.

"Nagisa.. " panggil Momo namun gadis itu diabaikan oleh Nagi.

Malas nak layan. Nagi tak ada mood. Dia sedang kecewa saat itu. Rambut panjangnya dilepas mencecah bawah bahu.

"Apa yang kau pandang? " Momo bertanya akhirnya, berminat pula nak tahu.

Momo melihat ke arah langit biru yang nampak tenang. Ada apa dekat langit?

"Momo.. Kau suka buah peach kan? " soal Nagi secara tiba-tiba.

"Eh? Kenapa? " Momo beralih memandang ke arah Nagi.

"Saja tanya. " jawab Nagi, pendek.

"Hurm.. Mestilah suka. Sebab nama aku pun maksudnya buah peach? Dan sebab lagi satu.. Kau tak rasa ke buah peach tu macam buah cinta? Bentuk buah peach macam bentuk hati. " Momo tersengih.

Cinta? Hmm..

Nagi mengeluh apabila perkataan itu disebut. Ahh.. Cinta.. Dia baru saja putus cinta..

Langit yang luas terbentang dihadapan mata dilihat penuh asyik. Tapi Nagi bukan pandang setakat langit. Dia memandang jauh dari tu. Lebih jauh dari langit dan awan, keluar ke angkasa.. Pada bintang-bintang dan galaksi yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Pada alam yang luas. Sangat luas dan sentiasa berkembang.Nagi memandang alam yang tak akan pernah berhenti melebarkan sayap jajahannya.

Setiap saat..

Setiap minit..

Setiap jam..

Alam ini bergerak. Alam ini berkembang.

"Momo.. Kalau kau mati dan dilahirkan semula, apa yang kau berharap nak jadi? " tanya Nagi setelah lama dia mendiamkan diri.

Momo berfikir sejenak. Soalan Nagi tak pula dia sangka akan ditanya. Momo tak pernah fikir pasal tu.

"Hurm.. Mungkin pokok? Sebab pokok ada banyak manfaat.. " beritahu Momo akhirnya.

"Pokok.. Hmm.. Pokok ke.. " Nagi mengeluh lagi.

Momo yang dari tadi melihat Nagi dah mula berkerut dahi. Kenapa dengan kawan baik dia yang seorang ni hari ni?

"Kalau kau.. Nak jadi apa Nagisa? " soal Momo pula. Dia pun nak tahu juga.

"Aku? Mungkin.. Aku nak jadi awan.. " jawab Nagi.

"Awan? Kenapa? "

"Sebab.. Aku nak merantau dengan angin.. Dan lihat dari atas, orang-orang yang aku sayang.. Bila orang yang aku sayang bersedih dan menangis, aku pun nak menangis sekali dengan dia.. Dan bila orang yang aku sayang pandang langit, dia akan nampak aku.. Supaya dia tahu yang aku sentiasa ada disitu, disisinya.. "

Momo sengetkan sikit kepala dia ke kanan. Nagi ni kalau bercakap.. Macam baca puisi?

"Maksud Nagisa.. Macam hujan? Bila orang yang kau sayang menangis.. Kau pun nangis sekali. " soal Momo.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now