Chapter 6 : First Trip

964 90 14
                                    

Aya dapat rasakan yang Yui sangat-sangat teruja sebab dia asyik menjerit tak berhenti dari bh MOX tadi sampailah mereka dah nak naik bas dah pun. Rambut pendek Yui tu diusap oleh Aya.

"Baiklah.. Ikut kumpulan masing-masing ya.. " arah guru kelas mereka.

"Cepat Aya!! " Yui menarik Aya dan menaiki bas sekolah mereka sebagai orang pertama.

Yui pilih tempat belakang sekali sebelah tingkap. Yui menekap mukanya pada cermin, melihat ke luar.

"Budak lelaki nak naik dah.. " beritahu Yui kepada Aya.

Aya hanya mengangguk.

Ken yang baru naik, mencari kelibat Aya. Dia terus menyusun langkah ke arah Aya dan Yui dibelakang sekali.

"Hai.. " tegur Ken sambil duduk disebelah Aya.

Aya hanya membalas dengan anggukan. Lui dan Takaki yang naik selepas tu duduk disebelah Ken. Takaki melihat keluar tingkap. Wajahnya lebih kurang sama excited macam Yui.

"Bas nak jalan, bas nak jalan! " Yui menjerit gembira apabila bas mereka yang telah penuh, bersedia untuk bergerak.

Aya mengangguk lagi. Dia menoleh untuk melihat yang lain. Ken dah tekup mulut. Lui? Buku ditangan dah lama dia buka untuk dibaca. Takaki pula sibuk melihat ke luar tingkap.

"Kau ok ke tak? " soal Aya pada Ken.

"Sorry.. Aku.. Tak boleh naik kenderaan. Nak muntah! " beritahu Ken.

Terkejut Aya.

"Yui, ada plastik? " Aya menoleh ke arah Yui.

Yui menggeleng. "Maaf! " dia menepuk kedua belah tapak tangan didepan muka.

"Nah.. " Lui yang disebelah Ken menghulur sebotol minyak aroma terapi. Dia tak angkat muka dari membaca buku. Cuma tangannya yang dihulur.

"Huh? " Ken berkerut.

Tapi dia ambil juga. Botol itu dibukanya. Lui masih membaca. Gaya macam tak ambil kisah, tapi dia ambil tahu juga rupanya. Entah kenapa perangai Lui tu buat Aya tersenyum.

Ken menghidu bau aroma terapi lavender milik Lui. Dia menghela nafas lega. Hilang sedikit rasa sakit kepala yang mengganggunya sejak bas bergerak tadi.

"Rasa nak muntah lagi ke? " Aya bertanya.

Ken menggeleng.

Entah bila, akhirnya Ken terlelap. Aya hanya melihat Ken yang sekejap kepalanya ke kanan, lepas tu ke kiri pula. Akhirnya Aya menarik kepala Ken, supaya bersandar pada bahunya. Kesian pula dia dengan Ken.

Yui buat muka tak puas hati bila Aya layan Ken macam tu.

"Macam mana kalau buaya tu makan Aya?! " Yui bertanya dengan suara yang sedih dan riak wajah yang terkejut. Tak kena betul gaya dengan wajahnya tu.

Lui pula hanya membaca buku sepanjang perjalanan. Langsung tak ingat dunia realiti dah kalau dia membaca. Bas terlanggar bonggol jalan dan bergegar pun tak dirasa olehnya. Aya pelik macam mana lelaki tu boleh bertahan. Tapi..

Kadang-kadang bila Aya membaca buku yang menarik pun dia akan buat benda yang sama macam Lui. Tak peduli keadaan sekeliling.

"Baiklah.. Kita dah sampai. " guru kelas mereka mengumumkan.

Semua pelajar mula buat bising, bersorak pun ada. Suka sangat agaknya.

Bas berhenti.

Semua orang mula bangun dari kerusi masing-masing untuk keluar. Ken baru tersedar. Dia melihat wajah Aya yang begitu hampir dengannya. Cepat-cepat Ken larikan pandangan.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Onde histórias criam vida. Descubra agora