Chapter 35: Suara Hati

465 50 24
                                    

10 Tahun Lalu

Melihat ruang tamu yang sunyi, langkah kakinya semakin perlahan. Lui baru saja pulang dari perpustakaan pada petang itu. Dia melihat sekeliling, cuba untuk mencari abangnya, Rui. Tanpa disedari anak kecil itu, seorang dewasa mendekatinya dari belakang.

"Hargh!" Lui menjerit apabila belakangnya disentuh, terkejut.

Laju Lui menoleh untuk melihat gerangan orang yang mengejutkannya.

"Papa.." Lui menghela nafas lega.

Dia memandang papanya dengan senyuman namun lelaki di hadapan Lui itu langsung tidak membalas senyumannya. Bahkan, lelaki yang dipanggil papa itu juga hanya memberi pandangan tajam kepada Lui.

"Pa..papa.." Lui memanggil sekali lagi namun kali ini suaranya semakin perlahan kerana takut.

Lelaki di hadapan Lui itu mendekatinya sambil tangannya dihulurkan sebelum mencapai bahu Lui lalu dipegang kejap.

"Argh!"

Anak itu menjerit kesakitan. Lui meronta supaya dirinya dilepaskan.

"Kau! Semuanya sebab kau! Kalau la kau tak dilahirkan dalam dunia ni! Kenapa?! Kenapa kau lahir?! Kau bukan anak aku!! Bukan!! " lelaki itu menjerit bagai hilang waras.

"Papa.. sakit. Maafkan Lui.. sakit papa, papa.. lepaskan Lui. " Lui merayu. Apalah sangat kudratnya sebagai anak kecil untuk melawan lelaki dewasa.

"Jangan panggil aku papa! Aku bukan ayah kau dan kau bukan anak aku!!" lelaki tadi bersuara lagi lalu menampar Lui dengan kasar sehingga tubuh kecil itu terjatuh ke lantai.

Pening. Kepala Lui rasa berpinar. Segala dunianya berpusing. Kenapa ayahnya bersikap sedemikian? Lui sendiri tak pasti. Dia masih belum dapat memahami apa yang berlaku. Saat itu Lui cuma mampu berdoa yang sesiapa sahaja akan selamatkan dirinya. Rui, nama itu berulang-ulang kali dipanggil dalam fikirannya.

"Kau, tak layak hidup! "

Lui memandang lelaki yang selama ini dipanggil papa itu. Lelaki itu menarik kolar baju milik Lui lalu dengan senangnya dia mengangkat Lui. Kaki Lui yang tergantung menendang udara, meronta supaya dilepaskan. Tanpa belas kasihan, tubuh Lui dicampak ke dinding.

"Ahargh!" Lui meludah darah yang penuh didalam mulutnya.

Sebelum sempat Lui bangun, satu tangan menarik rambut Lui sehingga terangkat kepalanya. Dengan sekali hayunan, kepalanya dihantuk ke dinding. Sekali lagi. Sekali lagi.. dan sekali lagi.

"Pa..Pa.." suara Lui memanggil dengan lemah. Hampir langsung suaranya tidak dapat didengari sesiapa.

"Arghh!!!" suara seseorang menjerit membuatkan mata Lui yang hampir tertutup, terbuka semula.

Kelibat seorang anak kecil serupa dengan Lui, berlari dari pintu rumah ke ruang tamu tempat Lui dan lelaki tadi berada. Sebatang kayu dihayun ke arah lelaki tadi oleh anak kecil itu. Suara nyaringnya menjerit supaya lelaki itu melepaskan Lui.

"Tak guna!! Jauhkan diri kau dari Lui! "

Lelaki tadi tersenyum sinis sambil mengelak kayu yang dihayun oleh anak itu.

"Rui, kalau kau cuba pukul aku dengan kayu tu mungkin kau perlu usaha dengan lebih lagi. " lelaki itu bersuara sambil ketawa sinis. Seolah-olah baginya semua itu hanyalah permainan.

"Hiyargh!" Rui mencampakkan kayu tadi kepada ayahnya namun sekali lagi lelaki itu dapat mengelak.

Dengan peluang yang ada, Rui berlari mendapatkan adiknya, Lui yang kini terbaring lemah pada lantai. Matanya sempat menangkap percikan darah yang menghiasi dinding putih rumahya. Rui menggigit bibirnya dengan geram sehingga luka sedikit.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now