Chapter 39: Klein lloyd

436 45 37
                                    

Aya menguap sambil itu tangannya menutup mulut. Dari tubir matanya, ada sedikit air yang mengalir.

"Mengantuk?" soal Ken.

Aya mengangguk lalu menggosok matanya yang terasa letih. Lambat betul terasa masa berlalu.

"Sekolah dah habis dah pun. Masih mengantuk juga ke?" Ken ketawa kecil.

Mereka berjalan ke pagar sekolah namun secara tiba-tiba Ken menarik Aya supaya berhenti.

"Kenapa?"

"Aku tinggal buku bawah meja. Tunggu sekejap. "

Ken pantas berlari semula ke bangunan kelasnya. Aya sempat membuat muka apabila melihat kelibat Ken yang kemudiannya hilang ke dalam bangunan sekolah.

"Hahh.." Aya mengeluh.

Dia mengambil tempat di sebelah pagar sekolah lalu bersandar pada tembok batu sambil menanti Ken untuk datang semula. Sempat juga dia bermain-main dengan rambut panjangnya. Hujung rambutnya disimpul pada jari.

3 minit berlalu dan Ken masih belum kelihatan kelibatnya. Aya mencebik. Geram kerana dia yang pada mulanya mahu balik awal terpaksa menunggu Ken. Mata Aya melilau melihat sekeliling dan saat itu matanya terpaku pada seseorang.

Tidak jauh dari tempat Aya berdiri, seorang lelaki berpakaian jaket dengan t-shirt hitam didalam sedang bersandar pada tembok pagar sekolah mereka. Penampilan lelaki itu lantas mengingatkan Aya pada seseorang. Lelaki di hospital sebelum ini.

Perasan akan mata yang memerhati, Klein menoleh ke arah seorang gadis tidak jauh darinya. Dia memberikan senyuman sebelum berjalan mendekati Aya.

"Kalau adik pandang pakcik macam tu, adik buat pakcik fikir yang pakcik ni orang pelik. " tegur Klein sambil mengambil sebatang rokok dari dalam kotak yang sememangnya dipegang dari tadi.

Aya tersentak sebelum berundur beberapa langkah. Tertunduk-tunduk Aya memohon maaf kerana dia tahu salahnya.

"Maaf.. pakcik nampak macam orang yang saya kenal jadi.. saya tak dapat nak halang dari terus pandang pakcik. " Aya jujur memberitahu. Matanya masih tidak lepas dari merenung lelaki di hadapannya yang menggelarkan dirinya pakcik.

Bagi Aya lelaki itu nampak muda. Tetapi gelaran pakcik membuatkan dia kelihatan lebih tua dari penampilannya.

"Orang yang kamu kenal? " lelaki itu bertanya sambil meletakkan rokok di antara bibirnya. Tangannya bersedia mahu menyalakan lighter.

"Ahh.. un.. kawan saya.. tapi maksud saya dia kalau dah dewasa saya rasa dia akan nampak serupa macam pakcik. " kelam-kabut Aya cuba untuk menerangkan maksudnya.

Lelaki tadi ketawa melihat Aya yang sedikit merah rona pipinya. Gadis itu barangkali malu. Aya pula hanya tertunduk. Entah kenapa dia asyik terfikir tentang Rui kalau sudah dewasa nanti.

"Malangnya.. dia bukan anak pakcik. Walaupun rupa kami serupa. " lelaki itu memberitahu membuatkan Aya kembali mendongak sedikit untuk melihat lelaki yang lebih tinggi darinya itu.

Membulat mata Aya apabila senyuman sinis lelaki itu menjengah pandangan mata sebelum lelaki itu mengusap kepala Aya lalu berpaling dan berjalan pergi dari situ. Aya hanya memandang kelibat lelaki itu hilang di persimpangan jalan.

"Aya, maaf lambat. Siapa lelaki tadi tu? " soal Ken yang baru muncul disisi Aya. Dari jauh tadi dia sempat melihat Aya berbual dengan seseorang sebelum lelaki itu mengusap kepala Aya dan berlalu pergi.

"Entah." jawab Aya jujur sambil menggeleng kepala.

"Eh? Kau tak kenal? Tapi dia usap kepala kau! Pervert ke apa?"

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now