Chapter 34: Sesalan

460 48 26
                                    

Wajah yang pucat dan tubuh yang tidak bermaya itu dipandang lama oleh Nagi. Bibirnya digigit perlahan. Lelaki itu terbaring di atas katil hospital seperti sedang tidur nyenyak bersama mimpi indah.

Tangan yang sejuk diambil oleh Nagi sebelum digenggam erat. Mujurlah dia terjaga awal pagi tadi. Kalau dia terlewat, entah apa yang akan jadi pada Lui. Tanpa disedari, air mata Nagisa mengalir.

"Eh? "

Nagi mengelap air matanya dengan sebelah tangan. Walau macam mana dia lawan sekali pun, air matanya masih mengalir tanpa menunjukkan tanda untuk berhenti.

"Lui! Lui! "

Satu suara cemas mengejutkan Nagi dari lamunannya. Dia menoleh ke arah pintu bilik rawatan Lui. Seorang wanita yang kelihatan resah masuk mendekati Lui bersama seorang lelaki separuh umur. Mata wanita itu basah dengan sisa air mata namun dia tetap nampak anggun.

"Hmm.. dia nampak ok je.. " lelaki separuh umur itu bersuara sebelum mengeluarkan sekotak rokok.

Nagisa menjeling lelaki itu dengan pandangan tajam.

"Sini kawasan larangan merokok. " tegur Nagisa dengan berani.

Lelaki tadi menoleh ke arah Nagi. Dia tersenyum sinis sebelum berpusing untuk keluar dari bilik rawatan tersebut.

"Kalau awak dah sudah, saya ada kat luar. " sebelum keluar, lelaki itu sempat lagi berpesan kepada wanita yang berdiri di sebelah Lui.

"Ohh.. Lui.. kenapa jadi macam ni.. " wanita itu terduduk di atas kerusi yang sememangnya tersedia di tepi katil Lui.

Seolah memahami dengan situasi tersebut, Nagisa bangun dari duduknya untuk keluar dari bilik tersebut. Dia mahu memberi ruang kepada wanita itu untuk bersendirian dengan Lui.

Setelah dia menutup pintu bilik rawatan tersebut, Nagi bersandar pada pintu.

"Lui.. kenapa kamu tak mahu bangun? Doktor beritahu yang keadaan kamu dah stabil.. tapi kenapa kamu tak sedar lagi? " dari belakang pintu, Nagi dapat mendengar tangisan lembut wanita tadi.

"Mama yang salah ke.. maafkan mama.. " ujar wanita itu lagi.

"Mama sedar.. sejak mama bawa lelaki tu dalam keluarga kita, Lui dah tak banyak bercakap dengan mama.. kamu makin jauh dan kasar.. tapi.. tapi mama buat pun untuk kita.. kalau lelaki tu tak ada, mama seorang tak mampu untuk sara hidup kita berdua.. tolonglah.. jangan tinggalkan mama.."

※※※※※※※※※※※※※※

Ken tercungap-cungap bernafas saat dia tiba di wad dimana Lui ditempatkan. Lelah dan penat yang dirasakan kini seperti berbaloi apabila matanya ternampak sesusuk tubuh.

"Nagi.. macam mana.. dengan Lui? " soal Ken.

Nagi yang baru perasan akan kehadiran Ken terus berdiri tegak dari bersandar pada pintu.

"Ken.. bila kau sampai? " tanya Nagi tanpa menghiraukan soalan Ken.

"Tadi.. jadi, Lui macam mana? " Ken tidak sabar untuk mengetahui tentang keadaan Lui.

"Doktor cakap keadaan dia dah stabil.. dia kurang darah sebelum ni dan tekanan darah dia sangat rendah.. tapi dia dah ok.. cuma Lui masih belum sedarkan diri. " ujar Nagi.

"Tak sedarkan diri? " nada suara Ken berbaur hairan.

"Kalau dia ok kenapa masih belum sedar? " sambung Ken lagi.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now