Chapter 48: Takdir

433 41 46
                                    

Vee berjalan berulang-alik dihadapan katil Rui namun sedikit pun Rui tidak menghiraukannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vee berjalan berulang-alik dihadapan katil Rui namun sedikit pun Rui tidak menghiraukannya. Lelaki itu masih sibuk membaca bukunya. Vee menghentak kakinya seperti budak kecil.

Krikk.. krik..

Vee melihat sekeliling dan bantal di atas sofa diambil lalu dibaling ke arah Rui. Dengan bergayanya, Rui menyambut bantal tadi dengan sebelah tangan lalu diletakkan disisinya tanpa sedikit pun mengalihkan pandangan dari buku. Laju saja helaian seterusnya diselak.

Vee mendengus geram. Kakinya dihentak-hentak ke lantai. Rui masih lagi menyelak helaian buku yang seterusnya. Melihatkan reaksi abangnya itu buat Vee naik angin. Dia mencari benda lain pula dan sebuah buku berkulit hitam di atas meja pendek dicapai oleh Vee.

Dia kemudiannya berfikir berulang kali untuk mencampakkan buku tersebut ke arah Rui. Tentu sakit kalau terkena kepala. Vee tak mahu sakiti Rui. Bibirnya digigit perlahan. Akhirnya Vee mengalah dan buku ditangannya itu diperhati.

Buku berkulit tebal bewarna hitam itu menarik minatnya. Dengan berhati-hati dia menyelak helaian pertama. Kosong. Vee menyelak helaian seterusnya. Juga kosong.

"Huh?" Vee kembali menutup buku tersebut dan dilihat kulit depannya.

Dihujung bawah sebelah kanan kulit buku tersebut, ada satu tulisan kecil.

Aya

Lama Vee memerhati nama tersebut. Setelah itu Vee kembali menyelak helaian kertas muka buku tersebut sehingga ke helaian di tengah. Tangannya terhenti.

Because I love you and I don't want to lose you so I won't tell you anything.

Tulisan malas itu diusap dengan jari oleh Vee. Sudah semestinya dia kenal tulisan berangkai dan senget mencondong ke kiri itu. Tulisan malas abangnya.

Vee menoleh ke arah Rui yang masih sibuk membaca. Lelaki itu langsung tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Vee dan kini dengan mudah rahsia miliknya telah terbongkar.

Vee menyelak lagi helaian seterusnya dan kesemuanya masih kosong kecuali helaian kedua terakhir.

And since you love someone else, I'll forget you. Good bye my almost first love.

Vee menutup buku tersebut dengan kasar dan entah kenapa dia terasa geram pula lalu buku tersebut dicampak ke arah Rui.

Duk!

Tepat mengenai buku yang sedang dibaca oleh Rui dan keduanya terlepas dari tangan dan jatuh ke lantai. Rui memandang bukunya yang telah terbalik. Semestinya helaian yang dibaca tadi telah hilang. Wajah Rui betul-betul nampak terkejut membuatkan Vee terkaku.

Rui betul-betul tak sedar ke tentang apa yang berlaku disekelilingnya? Vee sendiri pelik. Elok pula dia sambut bantal yang Vee baling tadi. Dengan malas, Rui bangun dari atas katil dan mengangkat buku yang berada diatas lantai. Saat itu matanya terpaku pada buku berkulit hitam.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now