Epilogue

864 48 23
                                    

Aya menghela nafas berat. Tangan yang berpeluh dilap. Sungguh dia nervous saat itu. Dia memandang syarikat besar di hadapannya. Bangunan setinggi lima tingkat itu nampak megah. Apabila dia dipanggil untuk diterima bekerja di syarikat itu tanpa temuduga, Aya sangat terkejut.

Tambah lagi kerana dirinya yang tidak mampu untuk berbicara. Sangat sukar untuk dia mencari pekerjaan. Terutama sekali tak banyak syarikat yang mahu menerima orang yang sepertinya. Tapi syarikat besar ini telah menerimanya tanpa temuduga.

Tenang.. tenang..

Berulang kali dia mengingatkan diri sendiri. Aya telah diterima sebagai personal assistant CEO syarikat tersebut. Satu jawatan yang Aya tak duga. Paling dia pelik, siapa pula CEO syarikat ni sampai nak ambil orang bisu macam dia jadi PA?

Selepas tamat belajar, dia telah menghantar resume ke banyak syarikat dan cuma syarikat ini yang menerimanya. Sejujurnya dia bersyukur. Sekurang-kurangnya dia punya kerja untuk menyara hidup. Walaupun Yui ada mengatakan dia mahu Aya membantu menguruskan kafe keluarganya, tapi Aya tak mahu menyusahkan Yui.

Aya melangkah masuk ke dalam syarikat itu. Dia mendekati kaunter di hadapan. Wanita yang menjaga kaunter itu tersenyum padanya.

"Ada apa yang boleh saya bantu?" soalnya.

Aya menghulurkan satu kertas A4.

"Oh, Cik Aya. Sila ikut saya." wanita itu terus bangun dari tempat duduknya lalu meminta Aya ikut dirinya.

Aya dibawa ke tingkat 3. Setelah itu dia dibawa pula ke sebuah bilik yang mana di pintu hadapan, tergantung papan CEO.

"Masuklah." ujar wanita itu sebelum mengenyitkan sebelah mata.

Dahi Aya berkerut melihat wanita itu yang telah pun berlalu pergi dari situ meninggalkan dia seorang diri. Eh? Macam mana dia nak terangkan dekat CEO ni tanpa orang yang boleh bercakap? Lupakah yang dia bisu?

Aya rasa mahu menepuk dahi sendiri. Namun dia masuk juga. Dia mengetuk dahulu pintu sebelum masuk ke dalam. Bilik itu agak besar dan kemas. Seorang lelaki sedang menundukkan wajahnya sambil menyelak dokumen di atas meja.

Aya tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas. Lelaki itu nampak sibuk dan.. muda? Aya fikir majikannya lelaki tua. Sekarang dia rasa seperti mahu ketawa. Perlahan saja dia berjalan mendekati majikannya itu. Sedikit pun lelaki itu tidak sedar.

Tuk! Tuk!

Aya mengetuk atas meja kerja milik lelaki itu. Saat itu barulah lelaki itu mendongakkan wajahnya. Mata mereka bertentang. Masing-masing terdiam dan kaku. Tak berkelip mata Aya memandang lelaki di hadapannya itu.

"Ah.. dah tengah hari ke?" soal lelaki itu sambil melihat jam. Dia kemudian bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah Aya.

Aya hanya memerhati lelaki tadi. Mereka berdiri berhadapan. Saat itu Aya menyentuh dadanya yang terasa sesak. Sukarnya untuk bernafas. Sakit. Tapi dalam masa yang sama ada satu perasaan yang sukar digambarkan.

Wajah itu..

Suara itu..

Kesemuanya..

Tak mungkin Aya lupa walau sesaat.

Dia nampak kacak terutama dengan wajah berdarah kacukan miliknya. Dia nampak matang, bukan lagi budak-budak seperti sebelum ini. Kali terakhir mereka berjumpa adalah tujuh tahun lepas, tanpa sebarang ucapan selamat tinggal, mereka berpisah.

"Hmm.." lelaki itu memandang Aya lama. Tangannya dihulur lalu menyentuh pipi Aya dengan belakang tangannya. Diusap perlahan lalu dia menguis pula rambut Aya yang panjang.

Rambut itu dimain dengan jari-jemarinya.

"Aku rindu kau." ujar lelaki itu.

"Maafkan aku." sambungnya lagi apabila Aya hanya diam tanpa reaksi.

Aya mengetap bibirnya. Saat itu air matanya mengalir. Dia faham sekarang. Sebab utama dia diterima di syarikat itu. Tak. Dia menangis kerana lelaki dihadapannya itu. Dia sudah dewasa. Dia lebih tinggi dari sebelum ini. Suaranya namun, tidak berubah.

Rui.. Rui..

Panggil hati Aya berulang kali. Dia mahu menjerit. Dia mahu beritahu yang dia juga rindu. Dia mahu beritahu yang dia cinta. Namun semua itu tidak lagi dapat dilakukan. Kerana kebodohannya, dia tidak lagi berpeluang melakukannya. Tujuh tahun. Tujuh tahun dia menunggu.

"Kenapa kau diam?" soal Rui. Kerutan di dahinya hilang setelah beberapa saat.

"Kau.. betul-betul tak boleh bercakap?" soalnya sekali lagi.

Aya mengangguk.

Saat itu Rui terdiam. Dia pada mulanya tidak percaya namun apabila melihat dengan sendirinya, dia menjadi serba salah. Dia tidak patut pergi begitu saja sebelum ini. Dia patut beri peluang pada mereka untuk mengucapkan selamat tinggal.

Tapi dia tahu dia akan kembali. Sebab tu dia pergi tanpa beritahu sesiapa. Tak sangka akan jadi begini. Dia memandang Aya dengan rasa pilu. Sejak dulu, perasaannya tak pernah berkurang. Dia rindu. Tapi kali ini dia tak mungkin lagi dapat mendengar suara yang dia rindui itu.

Mereka sama-sama bodoh dalam soal hati dan perasaan.

Mereka sama-sama lembab.

Tapi mereka juga sama-sama tak mahu melepaskan perasaan itu dan bergantung pada harapan senipis benang.

Akhirnya mereka bertemu semula. Selepas tujuh tahun merindui.

Rui menarik Aya ke dalam dakapannya.

"Maafkan aku. Semuanya salah aku. Maafkan aku." bisiknya.

Aya membalas pelukan Rui. Dia mengusap belakang lelaki itu penuh kasih. Perasaannya bercampur baur. Air matanya masih mengalir. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia gembira saat itu.

Mereka tenggelam dalam perasaan sendiri. Entah berapa lama, barulah Rui melepaskan pelukan. Dia memandang Aya dengan senyuman.

"Aku dah balik.." beritahu Rui.

Aya mengangguk. Dia dapat lihat tu. Rui dah pulang semula.

"Rawatan aku berjaya. Kau tahu.. aku cuma fikir aku nak jumpa kau semula." sambung Rui lagi.

Sekali lagi Aya mengangguk.

"Aku cintakan kau." ujar Rui dengan senyuman.

Aya mengangguk lagi.

Akhirnya.. cinta pertamanya berbalas.

Semuanya bermula di satu tempat.

Di tempat permulaan itu, mereka berkongsi pelbagai memori. Mereka mula menyemai benih perasaan indah itu. Tanpa mereka sedar, benih itu bercambah. Barangkali telah menjadi pohon besar yang berbunga sekarang. Siapa sangka?

Mereka pasangan yang sama-sama lembab.  Seorang tak sedar akan perasaan sendiri dan seorang lagi tak mahu mengaku perasaan sendiri. Sudah dewasa barulah mereka berpeluang tapi terlambat. Sebab kini seorang tak lagi mampu bersuara dan seorang lagi tak lagi berpeluang mendengar suara itu.

Tapi mereka boleh belajar. Semua orang boleh belajar dari kesilapan mereka.

Mereka masih ada antara satu sama lain. Kali ni, mereka tak akan lepaskan harapan itu. Walau senipis benang atau senipis sarang labah-labah sekali pun. Mereka akan memegangnya. Kerana benang atau sarang labah-labah itu, kalau bersimpul..

Akan menjadi sekuat besi.

Masa depan tiada siapa yang tahu. Penghujungnya tiada siapa yang tahu. Tapi satu kepastian adalah semua perkara ada permulaannya.

Semuanya ada titik permulaan.

Seperti mereka,

Kisah mereka bermula di sebuah rumah asrama.

The Boarding House..

Full of love..


-----End of Epilogue-----

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu