Chapter 22 : Lui

663 56 23
                                    

Prang!!

Bum!!

Kreakk~

Bam!!

".........."

Si kecil Lui menolehkan pandangan ke arah pintu biliknya yang tertutup rapat. Jeritan demi jeritan akhirnya telah berakhir dengan bunyi kaca pecah dan pintu yang dibuka dan dihempaskan.

Sunyi.

Lui kembali menyambung bacaan buku ditangan. Dia dah biasa kini. Dah lali. Dia cuma akan berkurung di dalam biliknya jika perkara seperti itu berlaku.

Lui tak faham. Mereka mencintai antara satu sama lain tetapi mereka bergaduh. Mereka suka antara satu sama lain dan berkahwin.. Tetapi akhirnya meninggalkan antara mereka.

Macam tu ke orang dewasa bercinta dan tunjukkan kasih sayang mereka?

Adakah kalau kita sayang antara satu sama lain, kita perlu berkasar?

Lui tak faham.

Jadi dia terus membaca. Buku tak complicated. Buku lebih mudah difahami. Lui tak sukakan perkara yang dia tak boleh faham. Dia tak suka akan perkara yang menyusahkan dirinya.

Tuk! Tuk!

Pintu biliknya diketuk dari luar. Lui bangun dengan malasnya dan membuka pintu bilik yang telah dia kunci sebelum ni. Wajah mamanya yang memandang dia sayu ditatap oleh Lui.

"Lui.. Maaf.. Kamu okay? " soal mamanya dengan senyuman plastik.

Lui mengangguk, wajahnya tak ada riak perasaan sedikit pun. Tak perlu.. Sebab bagi Lui dia tak perlu tunjukkan perasaannya pada sesiapa. Tak akan ada yang faham.

"Baguslah.. Mama.. Sebenarnya nak bagi tahu kamu sesuatu. " ujar mama Lui sambil mengusap wajah Lui dengan lembut.

Lui terkebil-kebil.

"Nanti lepas ni, kemaskan barang kamu ya. Mama akan hantar kamu ke asrama. Boarding house MOX tu.. Warden yang jaga asrama tu kawan mama. Lui akan duduk situ sampai habis belajar. " beritahu mamanya.

Lui menyentuh tangan yang mengusap wajahnya itu. Air mata di tubir mata mamanya itu dilap dengan jari tangan yang satu lagi apabila ia mengalir.

Mamanya terpejam, membiarkan perasaannya menang. Dia sedih. Baginya si kecil Lui tak perlu faham dan tahu apa yang berlaku. Kalau boleh dia tidak mahu anaknya itu terbabit sama dalam masalah hidupnya. Dia tahu dia cuma melepaskan tanggungjawab tapi itu yang terbaik untuk Lui. Lui tak perlu membesar dalam suasana kehidupan macam ni.

"Lui fahamkan? Mama.. Mama sayangkan Lui. Mama sentiasa sayangkan anak mama. Kamu kena membesar jadi anak yang baik tau sayang? " mamanya menangis.

Lui mengangguk. Dalam hatinya.. Lui masih tertanya-tanya.. Kenapa mama menangis kalau mama sayangkan dia? Senyum.. Lui mahu mamanya itu tersenyum.

※※※※※※※

Lui memandang dengan pandangan yang kosong akan kereta yang baru saja dipandu pergi oleh mamanya. Dia ditinggalkan.

Lui ditinggalkan. Kenapa? Kenapa kalau sayang dia mesti ditinggalkan?

"Lui.. Masuklah dulu. " panggil Puan Teresa dengan senyuman manis di bibir.

Lui menoleh dan melihat wanita yang mamanya suruh panggil ibu itu. Dia akan tinggal disini mulai hari ni. Lui berfikir. Ini akan jadi rumahnya mulai hari ni. Sehingga dia tamat belajar.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now