Chapter 49: Kejam

429 43 26
                                    

Aya berguling di atas katilnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aya berguling di atas katilnya. Bila fikir yang Rui tak mahu ikut bersama ke trip percutian yang dia rancang buat Aya rasa tak langkap. Walau apa pun dia mahu Rui turut serta. Saat itu dia memberanikan diri dan mengumpul segala kekuatan yang ada untuk mendail nombor telefon Rui.

Lama bunyi talian sebelum disambungkan. Suara malas Rui buat Aya menghela nafas lega. Dia takut juga kalau-kalau Rui tak mahu menjawab panggilannya.

"Rui.. " panggil Aya.

"Hmm.. kenapa ni?" soal Rui dengan prihatin. Risau juga dia mendengar suara Aya yang tak bersemangat. Sekarang ni dia tak mampu untuk bersemuka dengan Aya kerana jarak yang jauh.

"Kau sebenarnya tak busy pun cuti nanti.. aku dah minta Puan Teressa tanya mama kau.. kenapa kau tipu?" Aya bertanya dengan nada yang lirih. Entah kenapa dia rasa sedih bila dapat tahu perkara tersebut.

"Maaf. " cuma itu saja yang mampu Rui balas sebelum talian kembali sunyi.

"Jom la ikut. " ajak Aya beberapa saat selepas itu.

"Kenapa.. pergi la dengan Ken. Berdua. " cadang Rui.

"Aku nak kau ikut sekali. Jom pergi sekali dengan Ken." rayu Aya sekali lagi.

"Pergi la sendiri dengan Ken. Kau suka dia kan? Dia pun suka kau.. ni la masa kau nak beritahu dia perasaan kau." terang Rui apabila Aya seperti tidak memahami maksudnya.

"Tapi kalau kau tak ada nanti.. " Aya terhenti disitu. Dia terdiam. Apa yang akan dia cakap? Kalau Rui tak ada.. apa? Apa yang dia fikirkan? Aya sendiri tak pasti. Saat itu perasaannya terlebih dahulu berbicara sebelum fikirannya dapat memproses. Aya tak pernah berfikir tentang saat Rui meninggalkan dirinya. Saat itu.. apa akan berlaku padanya? Aya tak tahu.

Kosong.

Dia rasa kosong. Apa perasaan ni? Sesiapa.. apa maksud perasaan ni?

"Aya? Kenapa?" tanya Rui dihujung talian. Pelik kerana Aya tiba-tiba mendiamkan diri.

"Aku nak kau ikut juga." Aya menjawab sedikit pun tidak memikirkan perasaan Rui.

"Kejam. Kau tahu tak kau ni kejam?" tanya Rui.

"Un.. dan aku tetap nak kau ikut." Aya mengangguk walaupun dia tahu Rui tidak mampu melihatnya.

"Kau ni pentingkan diri sendiri." sambung Rui lagi.

"Un.. aku masih nak kau ikut aku pergi sekali trip tu. " Aya masih dengan degilnya.

"Haahhh~ " dari hujung talian, kedengaran lelaki itu mengeluh.

"Kenapa aku?" soalan cepu emas yang tidak mampu dijawab oleh Aya sebelum ini disoal lagi.

"Sebab kau adalah kau.. dan aku nak kau ada sekali dengan aku.. kalau kau tak ada, aku tak rasa dia akan jadi percutian yang seronok. " jawab Aya kali ini dengan lancar. Lama dia berfikir sebelum ni tentang soalan Rui dan akhirnya dia berjaya mendapatkan jawapannya.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now