Chapter 12 : Musuh atau mungkin..

814 71 26
                                    

Ken berbual dengan rakan-rakan lelakinya dalam kelas. Kumpulan mereka yang paling bising tapi tak ada siapa yang tegur, sebab mereka dah biasa dengan suasana tu. Nak buat macam mana.. Cikgu pun tak ada saat tu sebab ada meeting.

Kebanyakan kelas di bahagian blok pelajar tahun 2 tu boleh dikatakan agak bising la juga. Walaupun sepatutnya mereka adakan sesi belajar sendiri, siapa je yang baik nak buat?

Hmm..

Eh?

"Kau boleh diam tak?! " jeritan seorang lelaki buat satu kelas 2-C tu sunyi sepi.

Semua pelajar memandang ke arah pelajar lelaki yang dah bangun dari kerusi dia tu. Matanya tajam dihala ke arah Ken.

"Ala.. Relax la.. Jangan la marah. " Ken tersengih.

"Masalahnya kau bising macam nak bagi satu dunia dengar! Orang lain nak belajar la! " marah pelajar lelaki tersebut lalu buku kerja diatas mejanya itu diangkat dan dia berjalan keluar dari kelas.

"Fiu.. Jade.. Tak pernah berhenti belajar.. " salah seorang kawan Ken mengejek.

Mereka yang lain turut ketawa mendengar ejekan tersebut. Suasana sunyi tadi kembali bising.

Ken terus berhenti tersenyum. Dia menoleh ke arah pintu kelas yang mana dah ditutup bila Jade keluar. Jade.. Pelajar tu pelajar pertukaran yang datang ke sekolah mereka tahun lepas. Dengar cerita dia asal dari Canada. Entah la.. Ken tak ambil tahu.

Tapi kenapa dia marah sangat?

Yang buat bising bukannya Ken seorang.

Ken sedar sesuatu sebenarnya. Jade selalu pandang Ken tak puas hati. Kalau berselisih pun Jade akan lihat ke arah lain, macam tak mahu tengok muka Ken. Ken ada buat salah dengan dia ke sebelum ni? Entah.. Ken tak ingat pula. Bercakap dengan Jade pun jarang.. Atau mungkin tak pernah? Tadi tu pun.. Pertama kali?

Apa yang Jade tak puas hati sangat?

※※※※※※

Jade duduk pada bangku disebelah belakang blok bangunan kelas mereka. Buku yang dibawa bersamanya tadi dibuka dan dia sambung semula belajar.

Puk! Puk!

Bunyi pemadam papan hitam diketuk pada dinding membuatkan Jade menoleh ke arah tersebut. Seorang pelajar perempuan sedang membersihkan pemadam kapur kelasnya. Jade cuma nampak separuh badannya saja melalui tingkap.

"Aya! Yui nak buat juga! " seorang lagi pelajar perempuan datang dari belakang dan memeluk pelajar yang dipanggil Aya tu.

"Hmm.. Ambil la. " Aya menyerahkan pemadam papan hitam tu pada Yui.

"Yay! Yay! " Yui yang teruja mula mengetuk-ngetuk pemadam tu pada dinding dengan semangatnya.

Kapur yang keluar macam asap tu buat dia makin teruja dan Yui ketuk lagi laju dari tadi sebelum akhirnya tangannya terlepas dari pemadam papan hitam tu.

"Huwargh!! " Yui mula buat muka macam nak menangis bila pemadam papan hitam tu terjatuh ke bawah.

"Aya.. Maaf.. " dia memeluk pinggang Aya dan air mata Yui mula bergenang.

"Alaa.. Tak apa.. Kejap aku turun ambil. " pujuk Aya.

Jade melihat pemadam papan hitam yang terjatuh tidak jauh darinya tu. Dia bangun dari bangku lalu mengambilnya. Tak lama lepas tu, Aya turun ke bahagian belakang bangunan. Matanya meliar, mencari akan pemadam yang berbentuk segi empat sama itu.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now