Bungai Iput.

1.4K 67 18
                                    

Riuh rendah bunyi alat muzik berkumandang menyambut pesta Gawai yang muncul tiba,nun di hujung barisan anak gadis Bungai Iput bersimpuh sopan bersama yang lain. Menunggu isyarat dari ketua mereka untuk melangkah tari. Iput tersenyum manis. Bibir yang merah delima dengan bulu mata lebat melentik cukup untuk membuatkan si bujang bangga memilikinya. Namun ada satu yang menghalang. Bungai Iput seorang anak gadis yang buta! Matanya terkena racun pokok semasa bermain di hutan bersama kawannya. Namun Iput bukanlah seorang yang mudah mengalah. Dia boleh menari. Bahkan lebih mahir daripada yang lain. Dia boleh menyanyi. Suaranya merdu. Dia juga cantik. Kulitnya putih dan bersih dari sebarang parut. Iput seorang gadis yang sempurna di mata si bujang yang menjeling. Namun kerana kecacatannya membuatkan niat ingin memiliki Iput terbatas.

Bungai Iput tidak bersedih. Usianya masih muda baginya. Baru tujuh belas tahun. Namun bagi kaumnya Iput seorang gadis yang tidak laku. Anak dara tua. Mereka yang selalu memperlinya bangga bercerita tentang anak dara mereka yang sudah di sunting ketika usia lima belas tahun. Bahkan ada juga yang tanpa segan silu mengaku anak dara mereka baru datang bulan pertama kali sudah pun di pinang si bujang. Iput membalas dengan senyuman. Dia tidak kisah dengan semua itu. Orang tuanya juga tidak peduli. Ibunya Ranti sentiasa memberi semangat,akan ada seorang yang menerimamu dengan kekuranganmu nanti,sayang. Indai percaya semua yang terjadi akan kebaikannya. Abaikan mereka yang iri hati. Anak ibu yang cantik. Dahinya di kucup lembut oleh Ranti.

"Mari,Iput. Giliran kita." Bahunya di tepuk lembut. Iput bangun dengan segala perhiasan di tubuhnya. Bunyi gemencing gelang kaki dan bulu kenyalang di tangannya. Iput begitu cantik sekali. Telinga di picingkan supaya langkah selari dengan bunyi paluan. Iput dan yang lain mula bergerak stelah paluan untuk masuk berbunyi. Gawai kali ini terasa sedikit kelainan. Hanya Iput yang belum bersuami. Iput terus mempamerkan senyuman manisnya.

⚘⚘⚘

"Kak Iput!" Satu tepukan hinggap di bahunya. Iput terkejut. Terlepas anyaman bakul di tangannya.

"Owh,Senia! Janganlah begini. Terkejut Kak Iput." Pergelangan tangan Senia di pegang kejap lalu di tarik agar kanak-kanak itu duduk di ribanya. Rambut Senia di belai lembut.

"Kak Iput..tadi ada orang yang mengirim pesan." Kata Senia.

Iput mengangkat kening. Dia sudah dapat mengagak siapa orang itu.

"Dia kata..kakak semakin cantik bila dewasa." Sambung Senia.

"Lagi?"

"Dia kata..mata kakak cantik."

"Lagi?"

"Kakak tidak mahu tahu siapa dia?" Senia melangut.

"Siapa?" Iput membuat muka ingin tahunya.

"Bujang Sibat.!" Senia tersenyum nakal.

"Eh?! Eee....Senia!" Iput pura-pura terkejut dan geram.

Senia menghilang selepas mengenakan kakaknya. Bujang Sibat lelaki yang tidak berapa betul di rumah panjang itu. Adakala bila angin putusnya datang Bujang Sibat di lihat mengejar anak-anak gadis di sungai. Adakala angin betulnya datang dia di lihat menolong orang memetik lada. Iput selalu mendengar suara jeritan anak gadis kerana di kejar Bujang Sibat. Dan bila keadaan itu berlaku,Iput cepat-cepat menyembunyikan dirinya. Takut dirinya di apa-apakan oleh Bujang Sibat. Entah bagaimana rupa Bujang Sibat ketika ini fikirnya. Sudah lama dia tidak melihat wajah itu. Kali terakhir dia melihat Bujang Sibat ketika dia hendak masuk ke hutan. Bujang Sibat sedang memanjat pokok rambutan milik Apainya. Iput cepat-cepat melarikan diri ke belakang apainya pabila Bujang Sibat melompat turun. Nasib baik anginnya elok ketika itu. Bujang Sibat berlalu pergi tanpa membuat kacau.

Iput tersenyum seorang diri. Kini sudah lima tahun dia tidak melihatnya semenjak tragedi getah pokok itu.

DRUUUUMMMM!!

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now