Bab 12: Adam

345 58 67
                                    


Para pelatih yang berada di kem latihan Dzhamaat Halifat diminta berkumpul di perkarangan kem. Pagi itu mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagian pelatih lain. Pelatih-pelatih yang telah cukup sebulan latihan di kem akan dipindahkan ke markas jamaat. Sebentar lagi, empat buah pacuan empat roda akan tiba dan mengambil mereka untuk dibawa ke markas.

Abu Bakar dan Abu Usman berpelukan dengan Abu Muhammad. Berat hati mereka membiarkan Abu Muhammad pergi ke markas. Terutama sekali Abu Bakar. Dia sudah menganggap Abu Muhammad seperti adiknya sendiri.

Abu Muhammad memeluk erat tubuh Abu Bakar. Perpisahan kali ini dirasakannya lebih menyedihkan berbanding ketika teman wanitanya memutuskan hubungan mereka tidak lama dahulu. Adakah ini bermakna Abu Bakar lebih penting daripada apa-apa yang pernah dia miliki sepanjang hidupnya?

Abu Bakar menepuk-nepuk tubuh Abu Muhammad untuk memberinya semangat. "Jangan takut, Magomed," bisiknya pada anak muda itu. Abu Muhammad menitiskan air mata.

'Kuatkan hatimu, Magomed! Tak lama lagi abang juga akan berada di markas bersamamu!'

Perlahan, Abu Muhammad merenggangkan pelukan. Air mata dikesat. Dia kemudian menatap wajah Abu Bakar. Lelaki itu tersenyum.

"Jangan nakal-nakal di sana." Abu Bakar mengingatkan.

Abu Muhammad mengangguk.

"Takut pula rasanya."

"Jangan takut," tutur Abu Usman. "Allah ada bersama kamu."

"Ya. Kami akan tiba di sana tak lama lagi," kata Abu Bakar, seakan memahami apa yang ingin didengari Abu Muhammad.

"Jumpa seminggu lagi, abang."

*****

Abu Muhammad melompat turun dari bahagian muatan pacuan empat roda yang berhenti di hadapan sebuah banglo tiga tingkat. Cepat-cepat dia merapati Abu Hurairah yang tiba di markas beberapa minit lalu. Pelatih-pelatih yang baru tiba dari kem latihan dikumpulkan bersama di perkarangan banglo yang menjadi markas jamaat mereka. Di hadapan mereka berdiri beberapa orang lelaki dalam lingkungan usia 30 dan 40-an. Salah seorang daripada lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Abu Hamza, naib amir jamaat.

Memandangkan amir Dzhamaat Halifat iaitu Abdul Azim ada perjumpaan dengan jamaat lain, Abu Hamza menggantikannya untuk menyambut ketibaan mereka. Abu Hamza memberi penerangan ringkas berkenaan jadual dan tugasan harian seperti latihan menembak, latihan fizikal dan tugasan membersih. Selebihnya akan dimaklumkan oleh Abdul Azim.

Seorang pemuda berambut coklat gelap dengan anak mata biru laut sedang ralit memerhatikan pelatih yang baru tiba dari kedudukannya di bawah sebatang pokok berhampiran stor senjata. Pemuda tersebut kemudian tersenyum lebar saat mendengar derapan tapak kaki yang cukup dikenalinya menghampiri dari arah belakang.

"Awak suka saya ke?" Pemuda itu menyoal setelah bunyi derapan berhenti.

"Memang hobi awak memerhatikan orang lain, kan?" Suara di belakangnya membalas.

"Ya. Memang itu hobi saya, Rashid." Pemuda bermata biru itu berpusing. Wajah tegang pemuda berambut perang di belakangnya tadi kini menjadi tatapan.

"Saya dah beritahu awak sebelum ni, jangan panggil saya guna nama sebenar!"

Si pemuda mata biru menjungkit bahu, buat-buat tidak bersalah. "Apa salahnya? Cuma kita berdua di sini. Semua yang masuk Syria bersama kita dua bulan lalu tahu nama sebenar kita. Kalau awak nak, awak pun boleh panggil saya Adam. Saya tak kisah."

FREESIAWhere stories live. Discover now