Bab 6: Sahabat

404 60 59
                                    

                                          

"Aduh!" Abu Usman yang sedang meniarap, mengerang kesakitan. Terjegil matanya memandang Abu Bakar. Rakannya itu membuat muka tidak bersalah.

"Kali ni buat elok-elok!" Abu Usman mengarahkan. Abu Bakar tersengih-sengih. Tangannya memicit betis Abu Usman dengan kuat.

"Aduh! Awak memang sengaja, kan?" tuduh Abu Usman.

"Ya." Muncul senyuman senget di bibir Abu Bakar. "Bangunlah! Jangan jadi pondan!" ujarnya seraya memukul kaki Abu Usman.

Terkumat-kamit mulut Abu Usman melepas rungutan. Akhirnya dia bangun juga lalu menggosok-gosok kaki kiri yang sakit.

Abu Hurairah, anak muda berambut hitam yang turut berada di situ tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

"Tak lama lagi abang akan biasa," ujar si anak muda. Spontan Abu Bakar dan Abu Usman berpaling ke arahnya.

"Berapa lama agaknya baru akan biasa?" soal Abu Usman. Dia tidak sanggup menahan sakit kaki yang sama setiap hari.

"Dalam seminggu macam tu ... bergantung pada abang juga." Remaja 18 tahun kelahiran Kazakhstan itu menjawab.

"Oh ... seminggu ...."

"Padan muka. Bila saya ajak pergi gim dulu awak tak nak ikut. Rasakanlah sekarang," sindir Abu Bakar.

"Saya ada asma." Abu Usman membela diri.

"Apa kaitan paru-paru awak dengan kaki awak yang sakit sekarang ni?"

"Sebab saya ada asma jadi saya tak sesuai lakukan aktiviti berat. Sebab itulah bila saya lakukan aktiviti fizikal, badan saya cepat sakit."

"Itu semua alasan! Awak ada Ventolin sepanjang masa. Dan awak bukannya budak-budak lagi," tempelak Abu Bakar.

"Saya akan nampak noob jika saya sedut Ventolin di gim!"

"Alasan, alasan! Awak sepatutnya lebih cergas sebab berlatih judo selama enam tahun di Grozny."

"Saya jarang berlatih sejak masuk universiti!"

"Apa? Itu lagi teruk." Sengaja Abu Bakar menuding jari pada Abu Usman untuk efek yang lebih dramatik. "Awak dah menghampakan tok guru awak."

Abu Usman mencebik geram. Habis sudah ideanya mahu membidas kata-kata Abu Bakar. Tapi dia tidak mahu menyerah kalah. 'Tak ada pilihan lain,' fikirnya. Tidak semena-mena, dia menanduk perut Abu Bakar. Kedua-dua pemuda itu sama-sama tergolek di atas permaidani. Kemudian mereka berdua mula bergusti. Masing-masing cuba mengunci sesama sendiri agar pihak yang satu lagi tidak dapat bergerak. Abu Hurairah yang berada di situ ketawa melihat kelakuan mereka. Dia sungguh berharap telefon pintarnya ada bersama sekarang agar dia boleh mengambil gambar 'gusti' mereka berdua sebagai kenang-kenangan.

Sedang Abu Bakar dan Abu Usman sibuk beradu tenaga, pintu bilik mereka dikuak perlahan. Abu Muhammad menjenguk kepala ke dalam. Sebaik terlihat Abu Bakar dan Abu Usman yang sedang bergusti, Abu Muhammad terus meluru masuk.

Abu Bakar cuba menghalang Abu Usman daripada bangun dengan mengunci kaki kiri Abu Usman.

Teruja, Abu Muhammad mula mengira. "Satu, dua!" Lagaknya persis seorang pengadil.

Abu Usman berjaya meleraikan kakinya daripada kuncian Abu Bakar. Dengan pantas dia bangun lalu menerkam sahabatnya sehingga mereka berdua sama-sama jatuh di atas tilam. Abu Usman cepat-cepat menghentikan pergerakan Abu Bakar dengan menghempap tubuh sambil mengunci kedua-dua tangan pemuda tersebut agar tidak dapat bergerak. Abu Bakar meronta-ronta cuba melepaskan diri. Tubuh dan kakinya digerak-gerakkan namun usahanya untuk meloloskan diri tidak berjaya kerana tubuh Abu Usman jauh lebih berat.

FREESIAWhere stories live. Discover now