Bab 80

4.6K 118 11
                                    

Camellia melemparkan senyuman pada suaminya. Danny membalas walau tak seceria mana.

"Abang kena redha" Camellia memeluk suaminya erat.

"Abang cuma rindukan Afeef" Bagaikan tak terkeluar suara Danny.

Camellia tak mampu berkata apa. Dia hanya memeluk suaminya bersama air mata yang menitis tanpa hentinya.

Sampai saja di restoran, Razif masih belum muncul. Kenapa dia lambat hari ni? Dia tak jadi datang k? Atau ada apa-apa terjadi? Soalan itu tak lepas mengasak kepala.

Kepala yang menyengat tiba-tiba dipicit perlahan. Baru saja hendak disembamkan wajah ke meja, Razif muncul di depan mata. Terus dia panggung kepala.

"Sorry lambat. Kenape nak jumpa?" Soal Razif.

"Bila awak nak pergi Penang lagi?"

"Entah. Kenape?"

"Kalau awak pergi Penang, saye nak ikut sekali"

"Awak nak pergi Penang sebab nak jumpa dengan abang saye kan? Rugi sangat k kalau awak tak sempat jumpa dia?" Kata Razif.

"Kenape awak nak sangat jumpe dengan abang saye? Awak cuba nak bandingkan saye dengan abang saye k?" Soal Razif dengan nada yang serius.

"Takkan dengan abang sendiri pun awak nak cemburu"

"Memanglah! Saye tak suka" Razif meluahkan rasa geram.

Esyana hanya memandang makanan di hadapannya dengan wajah yang muram.

Sheefa perasan lalu menegur, "Makanlah. Takkan nak pandang je"

"Akak takde selera"

"Kenape? Ada masalah dengan bakal suami k?" Usik Sheefa.

"Takdelah. Jangan nak merepek eh"

"Akak ada baca berita viral tu?" Soal Sheefa

"Berita viral kat mana? Tak tahu pun"

"Berita tu tengah viral, sampai masuk news paper."

"Berita pasal apa?" Tanya Esyana yang juga ingin tahu.

"3 hari lepas, ada 4 orang asing datang malaysia. Diorang nak culik orang kak"

"Ada-ada saja lah diorang ni. Lepas culik lepastu ugut dengan duit"

"Yang ni lain sikit, sebab tu berita tu tengah viral. Diorang culik tapi tak ugut dengan duit, tapi diorang nak ambik isi dalam badan si mangsa tu. Lepastu isi dalam badan tu akan di jual, dapatlah untung besar" Sheefa mula bercerita

"Kejamnya sampai macam tu sekali. Jadi maksud Sheefa, 4 orang ni bukan sahaja menculik, tapi membunuh?" Tanya Esyana.

"Ye betul! Bahaya kak, Sheefa pun takut. Tak berani pulak nak keluar rumah. Sebab diorang culik kat mana-mana, tak kira tempat. Itu yang buat berita tu viral" Ucap Sheefa.

Semakin larut malam, semakin pilu hati Razif.

"Apa yang aku dah buat ni?"

Razif menahan rasa sedih yang menghimpit hati. Ketika itu, telefon bimbitnya berbunyi.

Dia melihat nama pemanggil. Nama 'Esyana' tertera. Hampa wajahnya. Razif serba salah nak menjawab. Dia takde mood, kalau boleh dia nak lari daripada semua ni tapi cintanya pada Esyana menghalangnya berbuat sedemikian.

Telefon berbunyi lagi. Akhirnya Razif menjawab juga. Belum sempat dia memberi salam, Esyana mendahuluinya.

"Assalamualaikum"

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now