Bab 13

4.1K 110 3
                                    

Sebelum ini, rumah itu lah yang menjadi tempat untuk menenangkan fikiran. Tapi tidak sekarang, baginya di semua tempat ada Esyana Aira. Termasuk di tempatnya bekerja. Bukan Esyana Aira yang sering menggangu fikirannya, tapi permintaan mama dan papanya untuk menyatukan mereka jelas merunsingkan fikiran.

"Dah balik pun anak mama. Macam mana kerje? Ok?" Rashidah menyambut kepulangan anaknya.

"Ok je"
"Izz. Izz dah fikir pasal Esyana? Macam mane?" Tanya Rashidah.

Baru je balik, nama pompuan tu mesti di dengari setiap hari. Meluat!

"Izz nak naik atas ma" Soalan di biarkan, dia pun sebenarnya malas nak layan soalan macam tu. Dia memang dah ada jawapan untuk soalan-soalan macam tu, tapi dia takut pihak perempuan akan berasa malu. Dia juga takut akan menjejaskan persahabatan di antara mama dan Mak Cik Ramlah. Yelah, walaupun Izz tu duk kasar semacam dengan Esyana. Tapi selagi manusia, selagi tu lah ada hati.

"Tak sampai 10 minit orang datang, nama pompuan tu jugak yang aku kena dengar" omel Izz.

Kadangkala Izz Azwan seperti tidak percaya. Kenape Esyana Aira selalu menggangu kehidupannya? Sebelum ni, hidupnya penuh dengan keamanan tanpa Esyana. Tapi sekarang, hidupnya bagaikan penuh dengan perubahan. Sememangnya Izz Azwan tidak dan langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Esyana Aira. Buka nak tipu. Tapi itu lah kenyataannya.

Esyana Aira pulak, dia mencintai Izz Azwan. Dia pun sendiri hairan kenape mereka di temukan balik. Walaupun dia tahu yang dia teramat sayang dengan Izz, tapi dia tak mahu bersetuju untuk berkahwin dengan Izz semata-mata untuk kepentingan sendiri.

"Aku kena lakukan sesuatu. Kalau nak harapkan dia, sampai bila-bila pun takkan jadi. Aku tahu, dia tu nak sangat kahwin dengan aku"

"Sherry ni pun satu, aku tengah serabut macam ni pun nak tolak pinangan aku. Takkan lah aku nak cerite satu per satu dekat Sherry" Sungut lelaki tersebut dan duduk semula.

"Izz..mak masuk boleh?"
"Masuklah" jawap Izz. Dia dah boleh agak akan apa hajat mama dia masuk ke bilik tidur Izz.

"Emm tak, mama nak tanya Izz, Izz dah buat keputusan? Mama nak tahu keputusan Izz"

Izz Azwan tidak menjawab. Memang hatinya sudah separuh membuat keputusan.

"Izz tak buat apa-apa keputusan. Izz penat. Nanti tutup pintu, Izz nak tidur"

"Ni nombor telephone Esyana. Izz telephone lah dia" Mak Cik Rashidah menghulurkan sekeping kertas yang bertulis nombor telephone Esyana Aira di atasnya.

Sesekali Izz hanya membiarkan saja. Untuk ape dia telephone pompuan tu? Nanti dia pulak yang perasaan lebih.

"Tak, aku kena telephone dia jugak. Ish benci betul lah aku. Dia ni menyusahkan betul" marah Izz. Haihh, takde siape pun yang suruh kau telephone si Syana tu. Jari jemari kah tu yang menekan butang nombor telephone Esyana.

Berkali-kali Izz cuba untuk menelefon Esyana, tapi masih belum di jawap. "Tengok! Ni dah menyusahkan aku"

"Dia ni kan. Nanti dia cakap aku ni desperate. Ok takpe, aku cube dua kali lagi. Kalau tak dapat, siap kau!"

"Woi. Kau pergi mana? Lambat betul kau nak jawap. Kau ingat tenaga aku ni boleh di tumpahkan dengan macam tu je? Dan satu lagi, telephone aku ni bukan khas untuk kau sorang je tau! So kalau aku telephone, boleh tak jawap dengan secepat mungkin?" marah Izz. Untuk kali yang ke berape tu Izz telephone.

"Izz? Awak Izz? Oh. Ok. So ada ape telephone saye?" Tanya Esyana Aira. Agak menghairakan jugak kerana menerima panggilan daripada Izz. Ni buat kali pertama ni. Sebelum ni memang takde. Haihh, kenape hati rasa semacam eh dapat panggilan dari Izz?

"Saye nak jumpe awak besok pagi. Pukul 10 pagi. Awak pergi ke pejabat saye. Tapi awak kena cakap yang awak tu client saye. Faham?!" Izz memberi arahan. Bukan dia nak sangat jumpe dengan Esyana. Tapi ada beberapa perkara yang harus di bincangkan.

"Oh. Ok. Elok lah tu, sebab saye pun masih lagi cuti" balas Esyana.

"Saye tak nak ambik tahu pasal cuti awak. Saye cuma nak awak datang ke pejabat saye pada masa yang saye tentukan!" jawap Izz. Nampak macam tegas pulak Izz ni.

"Ok takde masalah. Tapi kenape saye kena belakon jadi client awak?" tanya Esyana Aira. Perlukah macam tu sekali?

Izz mula naik rimas dengan Esyana. Dia sangkakan Esyana takkan banyak soal, tapi ni dah macam sesi soal jawap. "Sebab awak bukan siape-siape saye. Awak bukan kawan saye, awak bukan part of my family, awak bukan orang yang saye nak kenal. Dan ni yang paling penting, you are nothing. You're just a stranger"

"Ok Izz, saye ada incoming call. Jumpe awak besok. Assalamualaikum.." Hati Esyana semakin hari semakin tabah. Kena jugak dia tabah menghadapi dugaan ini. Dia percaya masalah dan ujian di dunia ini hanya sementara. Sebab tu dia malas nak marah-marah. Bukan dia tak ambil peduli, cuma semakin dia marah, semakin tu dia rasa dia yang salah.

"Kau tengok je lah besok. I will make sure yang kau akan ubah hati, dan kau akan ikut apa yang aku nak. Kau ingat kau boleh senang lenang kahwin dengan aku?"  Izz ketawa sinis.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now