Bab 30

4.2K 123 4
                                    

🎶Renjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disirami air mawar.. 🎶

Lagu kahwin dah berkumandang di bahagian ruang tamu. Bakal pengantin perempuan masih di make-up kan dengan make-up artis. Baju nikah sudah di pakai, hanya menunggu pengantin lelaki tiba di rumah kepunyaan Johari dan juga Ramlah.

"Ya Allah Syana..cantiknya kawan aku ni. Nampak berseri-seri" Puji Camellia yang baharu sahaja sampai dan terus memberikan pelukan erat buat sahabatnya.

"Bukan je pasal make-up dia ni nampak cantik, tapi sebab orangnya cantik" Seloroh make-up artis itu sebelum mengatur langkah keluar.

"Kenape ni?" Soal Camellia yang melihat Esyana seperti tak gembira.

"Aku takut mel.." bisik mel dengan nada suara yang agak sayu.

"Takut kenape?"

"Aku takut Izz tak datang"

"Syana..pandang aku" Arah Camellia bila melihat sahabatnya tunduk menahan air mata.

"Izz akan datang, percayalah. Kalau dia masih fikirkan pasal keluarga dia, dia akan datang jugak" Jawab Camellia dengan yakin.

"Tapi aku masih ingat, Izz ada cakap dia akan buat lebih drastik kalau aku tak putuskan pertunangan kami dan.." Kata-kata Esyana terhenti bila Camellia mengisyaratkan agar dia tidak meneruskan kata-katanya. 

"Tak..Izz takkan buat macam tu. Percayalah dengan ketentuan Allah. Kalau Izz tu jodoh yang sudah tertulis untuk kau, penikahan ni akan berlangsung dan berjalan dengan lancar. In Syaa Allah"

Esyana hanya mengangguk faham. Ya, memang itulah yang di harapkan.

"Esyana..mari turun, bakal pengantin lelaki dah ada dekat bawah tu" Ujar Ramlah.

Camellia sempat tersenyum kepada Esyana. Esyana pulak berasa bersyukur sebab Izz datang, hilanglah sedikit rasa gusar di hati.

Langkah demi langkah di ambil sehinggalah sampai ke tempat duduk yang sudah di sediakan untuk bakal pengantin perempuan.

"Subhanallah.." lafaz itu di ucapkan oleh bakal pengantin lelaki tatkala melihat Esyana yang sudah pun duduk di pelamin itu. Jantung kedua bakal pengantin berdegup kencang apabila mata bertentangan mata.

"Cantik bakal kau." Sempat lagi Rashid berbisik ke arah Izz. Dia pun menyedari mata Izz seakan-akan tidak berkelip saat Esyana turun dari anak tangga sehinggalah dia mengambil tempat duduk itu.

"Kenape dengan aku ni? Nervous pasal akad nikah ni k atau pasal tengok dia?"

"Ish. Dia buat plastic surgery kut. Rasa lah tu nak pikat hati aku, memang aku takkan tertawan lah. Dasar!"  Izz berbisik di dalam hati.

"Boleh kite mula?" Tanya Tok Kadi.

"Ye"

Izz memandang pula ke arah Tok Kadi dan dua orang saksi yang duduk berdekatan dengannya. Jantungnya kian bergetar hebat. Tapak tangannya juga terasa sejuk. Dia memejamkan mata untuk mengusir perasaan kurang enak yang bertamu di hatinya.
Tok kadi memulakan upacara akad nikah. Izz memfokuskan pandannya ke arah kadi yang sedang memberikan khutbah nikah. Di dalam khutbah itu ada menyatakan bahawa perkara cerai atau talak adalah perkara yang dibenci Allah kalau kite tidak ada alasan yang munasabah untuk melakukannya. Tapi kenyataannya, itulah yang ingin Izz lakukan selepas aje akad nikah berlangsung. 

"Izz Azwan?" Tok Kadi memulakan apa yang patut.

"Saye"

"Aku nikahkan dikau dengan Esyana Aira binti Haji Johari dengan mas kahwin seribu ringgit tunai"

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now