Bab 56

4.7K 115 5
                                    

"Apa you cakap ni? Tak payah nak buat-buat cerita boleh tak?"

"I cakap tentang you dengan Esyana" Jelas Sherry.

"Nama pompuan mana lagi you kutip ni? Dah lah, I takde mood nak betengkar"

"Kenape you masih nak menipu? Kenape sampai sekarang you nak sembunyikan fakta bahawa you tu dah jadi suami dan Esyana tu isteri you yang sah" Tembak Sherry. Terasa sangat nafasnya tersesak kerana menahan sebak yang teramat.

"Wow! Selama ni you dah tahu k? Dari mana you tahu?" Izz tersengih.

"Dari mana atau bila I tahu tu tak penting. Tapi yang penting sekarang ni, sampai bila you nak jadi macam ni?"

"I tanya dari mana you tahu semua ni?!" Suara Izz tiba-tiba naik, lantas dia menghentikan keretanya di bahu jalan.

Sherry terkejut dengan tindakan Izz. Namun dia rasa ini dah masanya untuk membongkarkan apa yang patut.

"You sebenarnya dah kahwin kan? Dan isteri you bernama Esyana. Apa tujuan you Izz? Senghaja nak sakitkan hati I? Dah lama I tahu semua ni, 4 bulan yang lalu I tahu semua ni. I pendam dan I simpan, I tunggu bila saat sesuai untuk bongkarkan semua ni. I sakit bila you semakin rapat dengan Esyana. Apa yang you nak sebenarnya Izz? Kenape you buat I macam ni?" Soal Sherry bertumbi-tumbi. Tanpa simpati. Suaranya mula meninggi. Dia mula meradang. Biarlah! Apa nak jadi pun jadilah! Sekurang-kurangnya dia berpuas hati kerana dapat meluahkan segala kesakitan dan kepedihan yang sudah lama terbuku di hati. Bersarang didalam diam. Bagaikan lahar yang terpendam.

Izz Azwan terdiam. Lama berbuat begitu. Itukah yang Sherry fikirkan? Itukah apa yang Sherry bayangkan? Itukah apa yang Sherry nilaikan? Dia ingatkan Sherry begitu mengenali tapi kenapa masih belum memahami? Semua ini berlaku begitu pantas. Perkara ini tidak seharusnya diketahui oleh Sherry terlebih dahulu. Tapi apa yang sudah berlaku? Bibir beku. Lidah kelu. Nada suara pun menjadi bisu.

"Kenapa diam? Betul kan? Atau you takut untuk mengaku kesalahan?" Duganya lagi.

"You rasa begitu?" Soal Izz kembali.

"Izz! Jangan jadikan pertanyaan sebagai alasan untuk tidak menjawab!" Ujar Sherry. Dia rasa kemarahannya makin memuncak. Sikap Izz Azwan benar-benar menaikkan darahnya. Meledakkan kemarahannya.

"Kenapa you tak bagi tahu awal-awal semua ni Izz? You sengaja nak menyeksa I? Mendera I?"Ujar Sherry sekali lagi.

"Dan I tak nak dengar you salahkan orang lain untuk menutupi kesalahan sendiri" Ujar Sherry lagi. Masih bersuara dalam nada yang sama.

"Kan I dah pernah cakap kalau kite akan kahwin. Tak faham k?" Soal Izz.

"Kahwin? You sedar tak apa yang you cakap ni? You tu suami orang, dan I tak nak hancurkan rumah tangga orang" Balas Sherry.

"I sedar." Jawab Izz sepatah.

"Lepastu you nak kahwin dengan I? You ingat Esyana tu ape? Barang yang boleh you campak macam tu je?"

"Dah lah tu, I malas nak cakap pasal benda ni"

"You malas atau you takut untuk ungkapkan penjelasan dan kebenaran?" Ujar Sherry demgan satu lagi tembakan.

Izz mengeluh berat. "So you teringin nak tahu? Nak sangat tahu? Walaupun apa yang I nak cakap ni agak menyakitkan? Nak jugak?" Tanya Izz bertumbi-tumbi.

"Yes, I teringin nak tahu apa punca you jadi penipu"

"You ingat I suka k jadi penipu? I tipu ada sebab. Tapi I nak you tahu kalau I tak cintakan dia, I tak cintakan my wife. Langsung tidak. Dan I kahwin dengan dia pun sebab nak buat dia rasa apa itu penyesalan selepas I lepaskan dia. Tu je." Jelas Izz.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now