Bab 8

6.4K 187 1
                                    

Mak siah memerhatikan esyana yang termenung menghadap kolam di halaman rumah. Dia sebagai nenek, tahu dan pasti banyak perkara yang sedang difikirkannya, memandangkan gadis comel itu tidak bergerak-gerak sejak tadi.

"Cucu nenek ni ada masalah k?" tanya mak siah lembut.

Sejak kebelakangan ni, esyana kelihatan memikirkan sesuatu. Sesuatu masalah namun jarang bercerita. Hanya menyimpan sahaja dalam diam.

"Takde apa nek. Syana ok, tak yah risau" balas esyana perlahan.

"Akak. Akak, mai sini jap" duk jerit-jerit adik sorang ni hah. "Adik ni dah kenapa terjerit-jerit?" "Taaak, ni hah. Mak mertua akak dah sampai" muka tu nampak serious  tapi takkanlah..."Adik, adik jangan macam-macam..." belum lagi sempat dia menghabiskan ayat itu, esyana kini berhadapan dengan mak cik rashidah. "Eh Aunty, apa khabar?" walau ada berjuta soalan, namun soalan sebegitu jugak lah yang selalu menjadi pilihan setiap orang. "Aunty sehat Alhamdulillah. Esyana sehat?" senyuman di ukir oleh mak cik rashidah namun esyana hanya mampu mengganguk tanda jawapan, tanda dia sehat.

"Mak. Emm, kenapa eh mak cik Rashidah mai sini?" soal esyana yang kini berasa kekok. "Mak kan dah tanya kamu, kamu tu je yang tak ambil peduli" balas mak. Ish, orang tanye lain dia jawap lain. "Mak...mak nak buat apa ni?"

"Kamu tunggu je lah besok" jawapan ringkas dari mak esyana, tapi hatinya kini semakin bergelora. Kenapa? Adui, apa pulak kali ni. Susah betul nak faham.

Esyana yang duduk di atas kerusi sofa itu berasa gelisah yang teramat. Melihat tetamu undangan mak dan ayah. Bukan dia tak biasa dengan tetamu jemputan, namun kenapa harus dia yang di jemput? Kenapa harus dia? Dan yang paling penting, kenapa kami harus bertemu kembali? Banyak soalan yang bermain di minda seorang gadis yang hanya mampu berdiam diri di atas kerusi sofa itu, namun jawapannya tetap tidak ada.

"Hajat kami mai sini ni, nak bincang pasal esyana dan Izz" mak cik rashidah mendahului bicara. Esyana dan Izz? Ada apa dengan mereka berdua? Kenapa kedua-duanya macam tak tahu menau je pasal hal ni. Mak dan ayah pulak tersenyum gitu. "Lah, tak payah macam tu shidah. Aku tahu dah tu, takpe. Kita boleh bawa bincang" balas ramlah(mak esyana).

Hati yang kini berdebar-debar. Debaran yang semakin kuat itu telah meyakinkan esyana sesuatu perkara. Tapi betul kah? Kenapa mak tak pernah nak bincang dulu dengan esyana. Begitu juga dengan Izz, dia seolah-olah terkejut. Ingin mereka lari dari perbincangan itu, tapi hendak lari ke mana? Hati semakin begelora, semakin sakit, sayu tapi bagaimana mereka hendak meluahkan?

"Izz..." sahut esyana yang kini berada di ruang dapur, tak sangka Izz juga berada di situ. "Awak esyana, apa semua ni?!" balas izz dengan bara api yang membara. Memang nampak dari raut wajah Izz yang dia amat marah, amat tidak senang hati dengan apa yang berlaku. Namun belum terlambat lagikan untuk memperbetulkan.

"Izz, saye pun tak tahu semua ni. Betul Izz, saye tak tipu. Saye pun tak sangka akan berjumpa dengan awak  lagi" ingin dia menangis, tapi dia tahan. Dia kena kuat. "Awak ingat saye nak sangat jumpa awak balik? Saye ingatkan awak dah mati. Saye nak awak buat sesuatu. Please."  memang sakit mendengar semua tu, sakit kerana selama ini dia anggap esyana dah mati. Benci sangat kah dia akan esyana sampai sanggup menggangap orang yang hidup tu dah mati? "Awak tak syak apa-apa k? Mak saye nak saye kahwin dengan awak. Saye rasa awak dah tahu jawapan saye kan, memang tak lah saye nak kahwin dengan awak. Saye ni langsung tak pernah jadi kawan awak, tetiba je nak kahwin dengan awak? Eh memang tak!" Sambung Izz, keyakinan dia itu terselah, memang sah dia tak setuju dengan cadangan mak dan ayah mereka. Walau hati mengatakan cinta, namun esyana sendiri pun tidak setuju dengan cadangan ini. Entah kenapa, walau dia sendiri tahu, hanya seorang lelaki yang bertakhta dalam hatinya selama bertahun-tahun. Tapi sakit menyelimuti sekeping hati yang sememangnya sudah terbelah dua sejak dahulu lagi. "Dan lagi satu. Saye rasa awak patut tahu benda ni, saye dah ada someone  so saye harap awak faham, dan tolong buat sesuatu. Awak sanggup menjadi isteri kepada seorang suami yang langsung tak cintakan awak? malah dia mencintai perempuan lain. Saye tak main-main dan saye tak pernah main-main dengan perkataan saye. Apa lagi hati dan perasaan saye. Tolong buat sesuatu, tak terlambat lagi untuk awak batalkan semua ni" sambung izz lagi, tiada ruang untuk esyana berkata apa-apa. Dia buntu, entah apa yang hendak di kata. Tapi kenapa harus dia sendiri yang menyelesaikan. Kenapa tidak mereka bersepakat untuk menyelesaikan? Kenapa harus esyana? Walau buntu macam mana sekalipun, esyana kena bersuara juga. Dia juga ada hak, sebelum terlambat.

"Kenapa kena saye yang harus selesaikan? Kenapa tidak kita?" memang tidak di nafikan soalan-soalan bermain di minda seorang gadis itu. "Awak nak saye malukan awak dapan keluarga saye? Dapan keluarga awak? Awak nak semua tu? Apa yang saye buat ni supaya awak tak malu, sebagai perempuan awak kena jaga semua tu kan? Look  saye bukan nak sokong awak atau apa eh, saye cuma buat apa yang patut" jelas izz. Apa ni malu tak malu? Pening. "Malu? Apa yang nak di malukan? Awak, saye tak faham"

"Awak ni dah kenapa? Dah jadi bengang pulak? Betul awak tak faham? Atau awak pura-pura tak faham?" tanya izz yang kini semakin kasar dengan esyana, tapi esyana dah biasa dengan semua tu. "Ok macam ni. Biasanye lah kan, lelaki yang duk tekejar-kejar perempuan. Betul tak? Dan kalau perempuan yang tolak pinangan lelaki, tu tak jadi hal. Tapi yang menjadi masalah apabila seorang lelaki tolak pinangan perempuan. Dan perempuan tu akan menanggung malu. Keluarga dia juga akan menanggung malu. So apa yang saye nakkan dekat sini ialah untuk awak cakap dengan kedua belah pihak keluarga saye yang awak tidak setuju dengan cadangan ini atas sebab-sebab yang tertentu. Boleh awak faham? K masih tak faham?" penjelasan izz memang terang dan nyata, tapi esyana tak yakin. Bukan dia tak berkeyakinan tinggi, tapi adakah ini sahaja cara yang terbaik?

"Saye faham. Tapi sebab apa yang patut saye guna?" itu je yang mampu dia tafsirkan. Bukan macam izz, duk bercakap panjang lebar namun esyana hanya mampu berkata sedikit. Tapi sebenarnya banyak lagi yang dia nak katakan. "Eh, takkan tu pun saye kena ajar? Lembab betul lah. Awak cakap lah yang awak tu dah ada someone  kan senang"

"Tapi saye takde someone takkan saye kena tipu? Mak saye pun dah tahu kalau saye belum lagi ada someone."  jelas esyana. "Dan kenapa bukan awak je yang cakap kalau awak tu dah ada gf?  Kenapa kena saye?" Jelas esyana lagi, rasa tak puas hati. Asyik dia je yang kena jelaskan, lepastu Izz tu nak buat apa? Duduk diam dan semuanya biar esyana je yang selesaikan? Bagus punya budak, dari dulu sampai sekarang tak berubah langsung! "no way! Kan saye dah cakap, semua ni untuk keadilan. Supaya awak nanti tak malu. Lagipun saye tak nak bagitahu mak saye yang saye dah ada gf  sebab saye belum sedia lagi nak kahwin. Tak pernah terlintas dalam fikiran saye nak kahwin. Tolong lah awak, saye betul-betul tak nak kahwin. Maksud saye, saye nak kahwin tapi bukan dengan awak. Saye tak nak dengan awak. Saye boleh terima siapa sahaja tapi bukan awak" jelas izz yang sungguh-sungguh berkeyakinan. Tapi esyana tak mampu untuk menipu, walau untuk orang lain. Menipu tetap menipu.

"Awak sanggup terima saye? Terima saye jadi suami awak? Suami yang langsung takde perasaan apa-apa kat awak. Suami yang mungkin tak akan bertanggungjawap, dan mungkin seorang suami yang tidak menjalankan tanggungjawapnya sebagai seorang suami. Awak sanggup berdepan dengan semua tu? Mesti awak tak nak kan? Dalam perkahwinan kena ada rasa sayang antara satu sama lain. Kalau kite kahwin pun, bukan atas dasar cinta. Tapi atas dasar paksaan. Saye mohon sangat-sangat dekat awak, do something"  Dua hati tengah serabut nak fikir yang mana satu. Apa jalan yang terbaik. Memang lah esyana pun tak nak kahwin dengan dia, tapi dalam masa yang sama, esyana pun tak nak menipu. Adakah dia kena berkorban? Semata-mata untuk Izz. Tapi bagaimana pula dengan hati dia? Adui, susah sangat kah kalau sama-sama cari idea fikir macam mana jalan yang terbaik. Ni asyik nak suruh orang je tahu!

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now