Bab 88

5.5K 149 11
                                    

Assalam🌸
Rasa bersalah sgt dengan readers sbb lambat update. Sibuk sgt dengan kerja sehingga takde waktu untuk menulis bab seterusnya. Nak tulis lepas kerja pun rasa macam tak larat. Sibuk sgt wei, pegang phone pun jarang. Kak Z ada minta cuti 3 hari tak tk tahu kena approve atau tk cuti tu. Jadi Kak Z nak mintak maaf sekali lagi, asyik buat readers tunggu lama, bukan Kak Z sengaja, kalau boleh Kak Z nak update setiap hari tapi masa tak mengizinkan😔 Apa pun, inilah sambungannya. Terima kasih kpd sesiapa yg masih setia membaca 'Hati Yang sudah Terbelah Dua'🌸☺
___________________________________

Ketika mereka sampai di Flat Seri Mastura, mereka terus sahaja keluar dari kereta milik Danny.

Tiba-tiba telefon Izz Azwan berbunyi menandakan panggilan sedang masuk. Mereka yang lain pun berhenti seketika dan menyuruh Izz untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello"

"Encik. Encik di minta ke rumah sakit sekarang" Kata seorang lelaki itu.

Izz membuat riak terkejut. Tanpa bertanya kepada doktor itu, dia terus sahaja memberhentikan niat untuk pergi ke atas dan mencari Esyana.

"Pihak hospital ada telefon aku. Diorang suruh aku pergi hospital sekarang" Kata Izz.

"Soal Razif k ni?"

"Tentulah Razif, takkan orang lain" Balas Izz yang sudah rasa serba tak kena.

"Jadi macam mana?" Soal Safwan.

"Aku ikut Izz pergi hospital" Kata Rashid.

"Hantar aku pergi hospital. Sekarang" Arah Izz lalu melabuhkan diri di dalam kereta.

"Apa kata Doktor?" Tanya Rashid.

Izz sekadar menggeleng.

Meluru mereka datang ke hospital sebaik sahaja dihubungi pihak hospital. Sepanjang perjalanan, Izz gelisah mengenangkan sahabatnya bernama Razif. Baru sahaja tadi dia berjumpa dengan Razif, tak sampai satu jam pun.

Tiba sahaja di hospital, Izz dan Rashid segera keluar dari kereta.

Apabila bertanya wad yang menempatkan Razid kepada jururawat yang bertugas di kaunter dan jawapannya yang diterima bukan wad ICU, masih wad biasa. Barulah Izz berasa sedikit tenang.

Dia menuju ke wad yang ditempatkan Razif. Sejuk tangannya dek terlalu risau. Sebaik pintu dibuka, dilihat satu kain putih menutupi keseluruh badan pesakit itu.

"Maaf Encik. Jenazah kena di bawa ke bilik mayat" Kata salah seorang doktor tersebut.

Tubuhnya menggeletar menerima apa yang sedang masuk ke dalam rongga telinga. Apakah dia perlu menangis? Menyesal? Dia tak tahu. Kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan, menafikan hakikat yang sudah terbentanh di depan mata. Hakikat yang tak mungkin mampu dia elak.

Dan apakah dia perlu menangis? Jika menangis mampu buatkan masa berlalu, dia akan menangis seumur hidup tapi ilmuan telah katakan, yang jauh itu masa lalu. Sesuatu tak mungkin dapat dia gapai lagi. Melainkan dia hadap dan telan segalanya biarpun tak ubah seperti menelan bara api.

"Pesakit tu Razif. Kawan saye doktor? Tadi saye ada kat sini" Soal Izz menggeletar.

"Ye Encik. Dia pergi lebih kurang 5 minit selepas Encik pulang" Balas Doktor tersebut.

Kata-kata doktor itu membuatnya rasa tak menentu. 5 minit selepas dia pulang? Kenapa Razif pergi tanpa menunggu dirinya?

Hendak menerima kehilangan seorang sahabat? Kenapa harus dia? Izz sedang sembunyikan tangis. Dan dia juga perlu sorok segala kepedihan biar apa pun terjadi. Titisan air matanya jatuh ke bumi.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now