Bab 48

4K 95 1
                                    

Sherry memilih untuk menaiki bas awam memandangkan abangnya sudah pun berlepas lebih awal. Mummy ngan Daddy? Memang tak lah. Kak Fina?Dia takde kereta. Dan Sherry? Ada kereta tapi minyak kereta dah habis. Nak beli pun susah jugak sebab pocket money semuanya hasil dari pekerjaan Safwan, abang kepada Sherry. Mummy ngan Daddy tu bagi lah jugak tapi kena mintak sendiri baru diorang nak bagi, itu pun susah jugak sebab diorang kerap sekali berada di restaurant milik mereka sekeluarga. Itulah syarikat perniagaan mereka yang berjaya sampai sekarang. Walaupun dia dah kena offer untuk bekerja namun dia enggan menerima tawaran tersebut. Begitu jugak bekerja di tempat restaurant milik mereka, dia tetap menolak kerana itu bukan cita-citanya. Dia nak menjadi penulis novel yang terkenal. Namun dia tak tahu semua itu akan tercapai atau sebaliknya. Meskipun dia mempunyai kelulusan dalam bahagian master bidang Bahasa Melayu dan Linguistik dan mendapat tawaran yang hebat belaka namun dia tetap dengan pendirian untuk menjadi penulis novel. Walau pada awalnya mummy ngan daddy kurang bersetuju namun tak salah kut nak jadi penulis novel sepenuh masa. Diorang hanya setuju kalau Sherry menjadi penulis novel separuh masa tapi itu bukan suatu perhentian mahupun halangan baginya. Peluang dan ruang masih ada untuk dirinya.

Ketika dia mengatur langkah menuruni tangga bas, Izz Azwan telah pun sedia menunggu. Segaris senyuman terukir di bibirnya.

"Macam mana ngan penulis novel pertama you? Kena approved k?" Soal Izz.

Wajah Izz direnung lama. Segaris senyuman menghiasi ulas bibirnya yang dilayangkan gincu nipis. "Entahlah, I belum dapat apa-apa respond pasal tu."

"Rasanya dah lama kan kite tak keluar sama-sama? You busy sangat k dengan karya pertama you tu sampai tak dapat nak luangkan masa dengan I?" Soal Izz. Dia sedari bahawa hubungan mereka semakin menjauh, kalau dulu, Sherry sahaja yang selalu mengajaknya keluar bersama. Namun tidak pada kali ini.

"Ye I busy sangat dengan karya pertama I tu. I bukan tak nak keluar dengan you tapi I memang tak boleh luangkan banyak masa dengan you. Maaflah ye. Maklumlah, ni kan karya pertama I" Ucap Sherry.

"Takpelah. I faham, you fokus dulu dengan karya pertama you tu" Balas Izz. Seakan terubat rasanya kerinduan yang dipendam terhadap kekasihnya.

"Thanks tau. Jom kite pergi sana" Ungkap Sherry sebelum melangkah masuk pusat membeli belah.

Rasanya sudah agak terlalu lama mereka mengatur langkah, tapi belum ada sesuatu pun yang menarik perhatiannya untuk membeli. Sejak dari tadi asyik keluar masuk pusat membeli belah, namun masih dengan tangan kosong.

"You nak beli apa sebenarnya ni?" Soal Sherry. Hairan. Hairan dengan sikap kekasihnya. Pada kebiasaannya Izz ni tak suka keluar masuk dan tawaf satu pusat membeli belah.

"Bukan nak shopping, saja nak ajak you jalan-jalan. Rindu nak makan ABC ice-cream kat gerai tepi stesen kereta api tu" Ujar Izz. Langkahnya laju menuju ke arah gerai yang dimaksudkan. Sherry pun terikut laju dengan langkah Izz.

Keadaan gerai masih lagi tidak berubah. Cuma ditambah serba sedikit hiasan dalamannya. Tampak lebih cantik. Lebih menarik. Dengan kreativiti reka ciptaanya. Pengunjung pun agak ramai memenuhi ruang dalam gerai yang kelihatan agak sempit.
Mereka mengambil tempat duduk yang bertentangan. Sherry diam. Terasa dirinya kembali diheret kenangan ke suatu waktu mereka sering sekali meluangkan waktu bersama di gerai tersebut. Tapi kenapa Izz memilih hari ini untuk pergi ke gerai tu? Kenapa dengan tiba-tiba? Begitu jelas tertera di layar ingatan. Menggamit rindu yang tak berkesudahan. Sherry menghamburkan keluhan.

Di gerai inilah dia sering duduk-duduk bersama Izz selepas menghabiskan tugas Izz sebagai seorang ketua engineer. Di gerai ini jualah mereka sering singgah setiap kali Sherry selesai sesi persekolahan di university. Untuk mengisi perut yang berkeroncong kelewatan sementara menanti bas yang kadang-kadang kelewatan. Namun semua itu telah lama berlalu. Semua itu 3 tahun yang lalu. Cuma sempat diabadikan waktu bagai sebuah kenangan yang sentiasa terlipat kemas di tabir ingatan. Dan, jika pun dapat di putarkan waktu, tidak mungkin akan kembali berulang saat yang seindah itu. Dia tahu Izz takkan lama lagi meninggalkan dirinya. Cinta itu dah pudar? Tak! Cinta itu masih ada, masih macam dulu namun dia tahu Esyana lebih berhak dan layak untuk menyimpan cinta dan mencuri hati Izz. Esyana dah banyak mengorbankan demi hubungannya bersama Izz. Selama ini Sherry tak pernah kenal erti pengorbanan, tapi mungkin dia kena bekorban cintanya terhadap Izz untuk yang lebih berhak. Dan mungkin inilah pengorbanan pertama dan terakhirnya. Selama ini jugak, dia tak pernah kenal erti kekuatan namun setelah mengenali gadis yang bernama Esyana Aira, dia sangat tahu kekuatan itu amat penting. Segala-segalanya memerlukan kekuatan. Kekuatan dari segi zahir dan batin. Diam-diam, dia mula banyak belajar erti kehidupan dan kebahagiaan yang sebenar dari Esyana. Entah apa yang membuat Esyana tetap bersemangat dan selalu tersenyum sedangkan Izz melayan dia seperti orang yang tidak pernah wujud. Tak pernah dia mendengar keluhan berat dari Esyana, berlainan pulak dengan dirinya yang asyik merungut dan mengeluh walaupun pada masalah yang kecil.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now