Bab 37

3.9K 94 2
                                    

Masuk hari ini, genap tiga hari Izz Azwan berada di bilik ICU. Tidak henti-henti Esyana memohon kepada Ilahi agar Izz cepat sedar dan segera pulang dengan keadaan yang sehat. Tidak terkira berapa banyak air matanya yang telah mengalir. Hati Esyana di sayat pilu melihat suaminya yang masih belum sedar.

"Akak kena kuat. Sheefa tak suka lah tengok akak macam ni. In Syaa Allah, Abang Izz akan sedar. Akak sabar lah, Sheefa doakan agar Abang Izz cepat sembuh" Sheefa menyuarakan rasa hatinya kepada anaknya yang masih duduk bersedih di hospital.

Esyana hanya tunduk diam tanpa sebarang kata balas kepada Sheefa. Dia takut kalau Izz menyalahkan dirinya. Memang betul Esyana yang tertumpahkan tepung di atas lantai tapi dalam masa yang sama Esyana tak tahu kalau Izz dah nak balik ketika itu. Salah Esyana k? Semua ini berpunca dari dirinya k?

"Syana tak kerja k hari ni?" Soal Rashidah yang baharu sahaja keluar dari bilik ICU. Rasanya dah dua malam Esyana bermalam di hospital, tidur di luar bilik ICU. Makan pun tak selera. Apa yang dia fikirkan hanyalah suaminya. Bila suaminya akan sedar? Dia sentiasa menanti dengan doa dan air mata. Tapi sebagai mama mertua, dia risau kalau Esyana berterusan begini. Dia risau akan kesihatan dan pekerjaan Esyana akan terjejas.

"Tempoh cuti Syana sebenarnya dah habis. Syana kena kerja nanti petang tapi Syana cuba balik awal" Balas Esyana.

"Tak boleh lah macam tu. Takpe, mama boleh jaga Izz. Syana balik lah dulu, bawa rehat sebelum pergi kerja" Balas Rashidah. Dia turut prihatin dengan Esyana. Esyana terlalu memikirkan tentang kesihatan suaminya daripada dirinya sendiri.

Esyana akhirnya akur. "Syana balik dulu. Kalau ada apa-apa perkembangan, tolong cepat bagitahu Syana ye" Pesan Esyana sebelum memberi salam kepada Rashidah.

"Sheefa nak ikut!" Sahut Sheefa.

"Tapi nanti petang akak kerja" Jawab Esyana.

"Takpelah. Nanti akak hantar je Sheefa pergi hospital sebelum akak pergi kerja" Kata Sheefa yang masih mahu ikut dengan anaknya. Mungkin memang seharusnya Sheefa di bawa balik dulu memandangkan mak dan ayah mereka juga tidak berada di situ, lagipun Esyana faham kalau Sheefa juga ingin berehat.

Terkebil-kebil Sheefa memandang Esyana yang lama menjawab. "Boleh" Esyana akhirnya akur dengan sepatah perkataan.

"Wow! Cantiknya rumah Abang Izz ngan akak. Untunglah dapat kahwin dengan ketua engineer. Ketua engineer kahwin dengan peguam cara, memang wow" Seloroh Sheefa setelah sampai di hadapan pintu rumah.

"Sheefa, akak nak naik atas kejap"

"Akak dengan Abang Izz tidur kat atas?" Soal Sheefa. Kerana apa yang di lihatnya, di tingkat bawah mempunyai ruang yang cukup besar, takkanlah takde bilik tidur kat tingkat bawah.

Esyana sekadar mengangguk sebelum membalas,"Kat tingkat bawah ada satu bilik kosong je tapi tu untuk simpan barang lain" Teringat pulak pada beberapa hari lepas dia menyimpan bahan-bahan untuk membuat biskut ke dalam bilik tersebut namun Izz melarangnya tapi selepas itu Esyana masih meneruskan niatnya untuk membuat biskut, kalaulah sekiranya dia tidak berkeras, Izz takkan jatuh. Izz takkan masuk ICU. Salah Esyana k semua ni berlaku?

"kata nak naik atas" Sergah Sheefa yang lama melihat akaknya termenung.

Esyana tersenyum lalu mengatur langkah. Beberapa tapak di langkahnya tapi langkahnya terhenti apabila Sheefa memanggilnya. "Akak!"

Esyana sekadar menoleh.

"Sheefa lapar lah. Boleh masakan untuk Sheefa tak?" Pinta Sheefa.

"Rindu dengan masakan akak ye?" Seloroh Esyana.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now