Bab 53

4.3K 104 5
                                    

Izz Azwan menyusun buku-buku dan nota yang berselerak diatas meja. Hari ini bangunnya agak terlewat. Entah di mana silapnya jam loncengnya tidak berbunyi. Terkocoh-kocohlah dia bersiap untuk ke pejabat.

Dicapainya foto album dirinya bersama Sherry. Memang menjadi kesukaannya melihat foto album tersebut dan tidak pernah melepaskan kesempatan itu sekiranya ada waktu.

Ketukan di pintu bilik menggugat sedikit konsentrasinya. Foto album yang masih berada di tangan diletakkan kembali di atas meja. "Masuk" Arah Izz.

"Bos panggil saye k?" Soal Alina setelah menerima pesanan ringkas daripada Izz Azwan.

"Ye. Duduk Alina" Arah Izz sekali lagi.

Alina dengan hormatnya mengambil tempat duduk yang berhadapan dengan Izz.

"Danny belum sampai kerja?" Tanya Izz sebab setahunya tempoh cuti Danny dah berakhir. Dia ingatkan dia yang lewat malah Danny yang terlebih lewat.

"Belum. Dari tadi saye belum nampak dia bos" Ujar Alina.

"Ok. Kalau dia dah sampai, tolong suruh dia masuk bilik saye." Pinta Izz.

"Baik bos. Ada apa-apa lagi?" Soal Alina terlebih dahulu sebelum melangkah keluar.

"Takde. Terima kasih"

Izz kelihatan resah. Berkali-kali dia menekan butang yang sama untuk memberi pesanan ringkas kepada Danny. Namun sekali pun tidak dibalas. Berkali-kali jugak dia menelefon nombor yang sama, namun ianya hanya berbunyi deringan tanpa sebarang jawapan.

"Dia pergi mana? Kalau nak sambung cuti, bagitahulah dulu" Gumam Izz.

Esyana termenung melayani lamunan sendiri. Jauh jiwa ya tersentap dan kecil hati dengan tingkah Izz kelmarin. Melayani dirinya persis dirinya tak wujud di depan lelaki itu. Esyana mengeluh berat. Separuh daripada hatinya mahu bersangka baik dengan Izz, manakala separuh lagi hatinya menyangka buruk pula.

Lama dia termenung memikirkan sikap dan hubungannya bersama Izz hari ini. Pagi ini pun, suara Izz tidak kedengaran. Belum sempat Esyana mengeluh lagi, Camellia sudah datang menyapa. Diusapnya lembut tangan Esyana.

"Dari tadi aku perhati kau banyak mengeluh. Ada apa?" Camellia menyoal prihatin. Wajah muram Esyana dipandang lama.

"Takde apa-apa. Terkejut pulak aku kau mai sini. Ada apa?" Esyana mengangkat wajah. Agak sedikit terkejut apabila Camellia datang ke rumah itu.

"Bila kau sampai?" Soal Esyana.

"3 minit yang lalu" Camellia menjawab selamba.

Lama tu! Esyana ketuk dahi laju. Apa pasal dia tak perasan pun kehadiran Camellia?

"Sorry. So apa hajat kau mai sini? Kite boleh je jumpe kat luar"

"Aku call kau tadi tapi kau tu yang tak jawap panggilan aku"

Esyana tersenyum. Terlupa bahawa telefon bimbitnya tertinggal di biliknya.

"Danny ada telefon aku tadi" Suara Camellia mula bertukar menjadi hiba.

"Dia call? Kenape? Ada apa?" Soal Esyana.

"Syana. Dia.." Tak mampu untuk menyambung kata-kata itu. Namun dia harus kuat!

"Dia kenape mel?" Esyana ulang soalan yang sama.

"Dia ok."

"Habistu kenape kau nampak macam sedih ni?" Esyana menepuk perlahan bahu Camellia, mengalirkan sedikit kekuatan. Walaupun Camellia cuba menyembunyikan sedikit kesedihannya, namun Esyana mengerti dan nampak wajah mendung Camellia. Lagi pula, bukan sehari dua dia mengenali Camellia. Sudah lebih 10 tahun dia mengenali gadis yang semakin matang menutur bicaranya itu.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now