Bab 21

3.5K 102 8
                                    

Semua pelengkap untuk majlis pertunangan sudah disediakan. Hanya menghitung hari lagi.

Esyana Aira masih berkurung di dalam bilik sejak pagi tadi. Setakat ni dia hanya minum air kosong je. Takde selera nak makan. Menghitung hari yang tak sampai sehari dia akan menjadi tunang orang. Sudah kering air mata Esyana menangisi apa yang telah ditetapkan untuknya. Tapi dia terfikir jugak, Izz tak terlintas pasal benda ni k? Dia ok je k kat sana tu? Atau Esyana je yang sorang duk fikir pasal benda ni?

Selepas pulang dari masjid untuk menunaikan solat Isya', Izz Azwan terus mengurung diri dalam bilik. Dia menolak apabila dipanggil untuk makan bersama-sama mama dan papa. Dia tak berselera untuk makan.

"Gementar sangat lah tu, sebab besok dah jadi tunang kepada Esyana" gelak Rashidah.

Sewaktu makan tengah-hari pun, dia makan sedikit sahaja. Nasi yang masuk ke dalam mulut terasa tawar. Ya, semuanya kini terasa seperti tanpa rasa seperti hatinya. Kosong!

"Kenape aku rasa macam lain semacam ni? Selama ni aku tak kesah pun dengan semua ni. Lantak lah nak tunang dengan pompuan tu, kan aku dah susun tragedy tapi kenape aku gementar sangat ni" kata Izz pada dirinya sendiri. Dia tahu dia tak sepatutnya ambik serious  sangat tentang pertunangan mereka, tapi sejujurnya dia pun merasakan sesuatu tentang pertunangan ini.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Izz terus mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja bersebelahan katil itu. Nama 'Sherry is love' tertera di skrin telefon bimbitnya. Pasti Sherry hairan kerana sejak dia menangguhkan pertunangan mereka, Izz langsung tidak menghubungi gadis itu.

Jika sebelum ini, dia adalah orang yang paling gembira saat melihat nama 'Sherry is love' tertera pada skrin telefom bimbit, tapi kini hatinya seakan hambar. Dia bimbang Sherry dapat menangkap kelainan pada nada suaranya.

"Assalamualaikum.." sapa Izz.

"Waalaikumussalam. You tengah buat apa tu?" Soal Sherry.

"Tengah tengok TV dalam bilik" tipu Izz.

"Kenape you tak telefon I langsung?"

Izz terdiam. Jawapan apa yang perlu diberikan? Perlukah dia berterus-terang? Tetapi hatinya tidak sanggup. Dia tidak rela kehilangan gadis yang di sayanginya itu.

"Sorry...you. I busy dengan kerja. Lagipun you dah nak exam, sebab tu I tak nak ganggu you. Kenape? You dah rindukan I kan?" Balas Izz. Dia sendiri tidak tahu perasaannya ketika ini. Gembira, sedih, keliru, semuanya becambur baur.

"Kalau rindu pun kenape? Ataupun you yang dah tak rindukan I?" Usik Sherry.

Izz terdiam lagi. Rindu? Rindu buat gadis yang bernama Sherry itu sudah sampai ke tahap maksimum. Sayangnya pada gadis itu sudah sampai terlalu mendalam.
"Setiap saat I rindukan you. Kalau betullah apa yang orang cakap bulu mata akan gugur setiap kali orang rindukan kita, mesti bulu mata awak dah gugur semuanya"

Sherry ketawa.

Betapa dia rindukan gelak tawa itu. Sungguh, dia benar-benar rindukan setiap perkara berkaitan Sherry. Rasanya setiap detik dia merindui gadis itu biarpun besok adalah hari pertama dia menjadi tunang orang. Ya, tunang kepada Esyana Aira.

Cuma bezanya, mungkin dia sahaja yang merindui Sherry tetapi gadis itu akan membencinya kerana tidak menunggunya seperti mana yang Sherry pinta. Dia sendiri tidak dapat membayangkan perasaannya ketika itu. "Astaghfirullah." Izz beristighfar. Jauh benar dia berfikir. Dia tidak sanggup kehilangan Sherry.

"You ok k sayang?" Soal Sherry, pelik. Izz seolah-olah punya sesuatu yang ingin dikongsikan tetapi tidak terluah.

Izz tersedar daripada khayalannya. Dia beristighfar kuat rupanya tadi. Ingatkan hanya dalam hati. "Takde apalah. I baru ingat, tadi mama I suruh I pergi check tayar kereta dia. Rupanya dah nak hampir pukul 10 malam. Rasanya tak payah kut, lagipun mama dan papa dah tidur." Izz beralasan. Buat kali kedua dia menipu pada malam ini. Entah berapa kali lagi dia perlu menipu Sherry agaknya.

Kejap! Check tayar? Kenape dia ambik alasan yang macam tu. Entah kenape mindanya terus melekat pada Esyana saat dia menyebut 'check tayar'.

"Kenape you tak check lepas solat Isya' tadi?" Soal Sherry, pelik.

"I tertidur lepas solat Isya' tadi. Letih sangat badan I harini. Buat kerja tanpa henti" Lagi-lagi menipu. Izz menggeleng.

"Kesiannya you. You rehatlah. Nanti senang-senang you pergi lah rumah I, main dengan budak-budak" Kata Sherry. Dia dapat merasakan kelainan pada suara Izz. Jika sebelum ini, Izz lebih banyak ketawa dengannya, tetapi malam ini lelaki itu nampak lain sangat.

"Perlu k you jemput?" Seloroh Izz, cuba menghaburi Esyana di jiwanya agar tidak dapat ditangkap oleh Sherry. Dia tidak mahu gadis itu mengetahui kisah pertunangannya dengan Esyana yang bakal diadakan besok.

"Kalau I jemput, nampak sikit keistimewaannya. Cuma satu aje yang tak perlu dijemput" Sherry berjeda.

"Satu yang tak perlu dijemput? Apanya?"

Sherry tertawa. "Rombongan meminang aje yang tak perlu dijemput. You tunggu I eh? I hitung hari untuk kite dapat ikatan yang sah tau, you jangan fikir pulak yang I tak nak kahwin dengan you. I nak sangat tapi buat masani daddy tak bagi.Dua bulan lagi I dah nak exam. Lepastu kena tunggu dalam dua ke tiga bulan untuk graduate "

Izz terdiam seketika. Kata-kata Sherry bermain didalam fikirannya.

"You. I rasa mama panggil I, kena jugak check tayar kereta mama. Nanti bising pulak dia besok. Assalamualaikum. You jaga diri eh?" Tipu Izz lagi. Rasanya dia tidak betah untuk terus berbual dengan Sherry. Dia bimbang rahsianya terbongkar.

"Ok takpe. You janji you akan tunggu I eh?" Salam dijawab sebelum talian dimatikan.

Pintu bilik yang tertutup rapat dipandang sepi. Tiada siapa pun yang memanggilnya tadi. Dia sekadar memberi alasan untuk memutuskan talian.

"Sherry. Aku sayang kau sorang je. Tapi aku kena lakukan semua ni disebabkan pompuan degil tu. Aku kena jugak hapuskan perasaan cintanya terhadap aku. Aku rimas, geli dan aku meluat!"

"Kau jangan risau Sherry. Aku dah susun cantik-cantik tragedy aku"

Kata Izz pada dirinya sendiri.

Baginya, dia meluat dengan Esyana yang terus mencintainya. Tak pernah serik k Esyana tu? Bukan Izz suka kat dia pun. Izz dah buat bermacam-macam cara supaya perasaan tu hilang, tapi gagal. Degil betul lah Esyana ni, itulah yang di fikirkan oleh Izz.

Dan baginya, cara ni je yang akan memberi kesan dan impak kepada Esyana. Esyana bagaikan mengharapkan cinta tu di balas oleh Izz. Yelah, siapa tak nak di cinta oleh seseorang yang kite cinta kan? Tapi sejujurnya, perasaan cinta mahupun sayang tidak terdetik sedikitpun di hati Izz. Dia mula naik rimas bila Esyana tak henti-henti mengharapkan sesuatu yang tak pasti.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now