Bab 44

4.3K 102 7
                                    

Pintu bilik Izz dipandang tunak. Sudah hampir dua minit dia berdiri tegak di hadapan pintu bilik. Dia cuma nak minta izin pergi kerja. Apa pun keadaan mereka suami isteri, meminta izin adalah perkara yang wajib.

Tangan naik berkira-kira mahu mengetuk pintu bilik itu. Tiba-tiba dia menjatuhkan semula tangannya. Membatalkan niat yang berbelah bahagi. Esyana mengherotkan mulutnya, "Nak ketuk k tak nak? Agaknya dia dah makan ubat k belum? Hari ni dia masih dalam tempoh cuti agaknya"

"Aku tahu nak uruskan diri aku. Aku paling tak suka kalau kau masuk campur dalam urusan aku"

Kata-kata Izz tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga. Tersedar bahawa dia sudah hampir masuk campur dalam urusan Izz, tingkah Esyana termati.

Biarlah. Kalau nak makan, sudah siap sedia di atas meja. Getus hatinya sebelum berpaling.

"Oi! Kau buat ape depan pintu aku ni? Nak adakan ilmu hitam kat aku?" Soal Izz ketika ternampak belakang Esyana yang baru sahaja berpaling.

Esyana menoleh mendengar suara Izz. "Ahh. Saye nak pergi kerja. Awak jangan lupa makan ubat tapi sebelum tu, awak kena isi perut dulu eh. Sarapan dah saye sediakan. Makanan tengah hari pun saye dah siap masak, awak panaskan je lah eh?"

Izz menjongketkan keningnya. "Perlu k aku tahu kau nak pergi mana? Dan yang kedua, aku dah boleh hidu ada racun kat dalam masakan kau tu. Pandang pakai mata dah aku tahu makanan tu tak sedap, bagi kat kucing pun belum tentu habis."

Esyana paksa senyum. "Takpe. Saye faham. Saye cuma jalankan tanggungjawab saye sebagai seorang isteri. Tu je"

"Kau nak sindir aku k apa ni?"

"Saye cuma cakap je. Langsung takde niat nak sindir awak. Maafkan saye sebab semalam, saye pergi dulu" Jawab Esyana sebelum berlalu pergi.

Izz hanya memerhatikan langkah Esyana. Satu per satu anak tangga dipijak oleh Esyana sehingga anak tangga yang terakhir sebelum menuju ke pintu utama.

Izz tersengih lalu berkata, "Jalan macam orang tak reti nak berjalan pun ada, tu baru sikit aku tolak kau kat tangga."

"Good morning...." Sapa Hanna girang apabila melihat rakan sekerjanya.

"Morning." Sapa Esyana kembali.
"Kaki kau dah kenape?" Soal Hanna yang melihat Esyana berjalan agak terjongket-jongket.

"Takde ape lah. Sakit sikit je ni"

"Oh. Lain kali hati-hati lah Syana. Ni, suami kau macam mana? Dah keluar wad?" Tanya Hanna.

Esyana sekadar mengangguk lantas mengambil tempat duduk di atas kerusi yang empuk itu. "Mesti banyak kerja yang aku kena kendalikan." Kata Esyana pada Hanna.

"Mestilah. Tapi kalau kau nak aku semakkan, aku ok aje" Balas Hanna.

Esyana tersenyum lalu berkata"Ok, tapi buat masa sekarang kau boleh pergi buat kerja kau dulu eh."

"Ok boss! Kalau kau ada masalah, cepat-cepat panggil aku"

Dengan penuh teliti Esyana membaca kesemua dokumen yang dihantar ke arahnya. Satu kes tentang rumah tangga adalah salah satu kes yang dia harus kendalikan. Dia mengenangkan balik, macam mana dia nak kendalikan rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri dah hancur. Esyana adalah seorang peguam cara yang begitu bijak dan pantas mengendalikan kesemua kes. Kes ringan mahupun berat, dia sungguh teliti dan tenang bila berhadapan dengan semua itu. Apa yang diutamakan adalah kejujuran dan kematangan, dan bukan sekadar keadilan. Ramai yang suka berbincang dengan Esyana, namun siapa sangka di sebalik kerjaya sebagai seorang peguam cara yang kerjanya adalah untuk menasihati dan memberi cadangan kepada client ini tidak mampu untuk menasihati diri sendiri untuk menegakkan rumah tangga sendiri. Dia mungkin bijak berkata-kata dan mampu untuk menasihati orang lain tapi untuk melalukan semua itu pada diri sendiri, dia langsung tak mampu.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now