Bab 66

3.4K 91 3
                                    

Hampir 3 hari Camellia tidak menjejakkan kaki ke rumah sakit untuk menjenguk Afeef yang masih didalam rawatan. Di hatinya masih ada rasa terkilan akan apa yang terjadi pada budak kecil yang bernama Afeef.

"Assalamualaikum." Sapa Camellia sambil membuka pintu wad.

"Waalaikumussalam." Balas Mak Jah.

"Macam mana dengan Afeef?" Tanya Camellia seraya melabuhkan duduk di sebelah Mak Jah.

"Macam hari-hari biasa" Balas Mak Jah Sayu.

Camellia mendekati Afeef yang sedang bermain dengan alat permainannya.

"Afeef sehat?" Soal Camellia lembut.

"Mummy.." Balas suara itu dengan lembut. Walaupun masih ada getaran didalam suara itu namun perkataan 'mummy' jelas terdengar.

"Mummy?" Tegur satu suara dibelakangnya. Camellia terlebih kenal dengan suara itu, lantas berpaling. Spontan perkataan itu keluar dari mulut Danny. Segera Camellia membuang pandang ke arah lain. Tidak sanggup menentang pandangan Danny.

"Afeef cakap 'mummy' dekat kau?" Soal Danny sekali lagi.

Maha hebat detak jantung Camellia berdegup. Sungguh dia tidak tahu mengapa Afeef memanggilnya 'mummy'. Soalan Danny tidak perlu dijawab melainkan memberikan sekuntum senyuman.

"Afeef..ni bukan mummy Afeef tau. Perempuan yang selalu jenguk Afeef ni kawan papa je, bukan mummy Afeef. Afeef janganlah panggil orang lain 'mummy' " Kata Danny kepada Afeef sambil mengusap lembut akan pipi anaknya.

Tanpa menjawab, Camellia terus melangkah. Dalam hatinya, hanya Allah yang tahu betapa malinya dia apabila Danny berkata sedemikian kepada Afeef. Dari sana, dia dah cukup tahu dan cukup faham bahawa tiada akan ada pengganti buat Danny dan jugak Afeef. Walaupun lembut suara itu menegur, tetapi begitu mendalam maknanya.

"Mel pergi mana tu?" Tegur Mak Jah ketika Camellia sudah bersedia hendak pulang.

"Mel ada kerja sikit Mak Jah, jadi tak boleh lama sangat kat sini. Mel pergi dulu ye, Assalamualaikum.." Ujar Camellia sambil mencium kedua belah pipi Mak Jah.

Jarum jam di dinding baru menunjuk ke angka sembilan. Sengaja Razif bersiap lebih awal. Kalau boleh dia ingin sampai dahulu sebelum Esyana. Biarlah dia berdiri dihadapan pejabat sebelum masuk waktu kerja. Kalau dia tak buat macam tu, seharian dia tak jumpa Esyana. Memang dia rasa amat susah untuk bertemu dengan Esyana walaupun dalam satu pejabat.

Ketika sedang menunggu Esyana, di simpang tidak jauh dengan bangunan pejabat, sebuah kereta milik Esyana berhenti betul-betul di letak kereta. Dia melemparkan pandangan pada wajah Esyana. Ada senyuman yang tergaris di bibirnya.

"Morning Esyana" Sapa Razif.

Esyana senyum nipis sebelum membalas. "Assalamualaikum. Morning.."

"Waalaikumussalam. Nanti kite lunch sama-sama eh?" Balas Razif.

"Tengoklah macam mana. Saye masuk office dulu."

Razif diam tidak membalas apa-apa. Dia tahu ini masih permulaan untuk memikat hati Esyana. Dia juga tahu bahawa Esyana masih mengelak. Tapi dia akan cuba, selama 9 bulan yang diberikan oleh Esyana sendiri.

Waktu makan tengah hari dah tiba. Hanna melangkah masuk ke ruang pejabat Esyana. "Razif dah tunggu kau kat bawah tu"

"Ok. Jom"

"Jom?"

"Kau ikut sekali ok? Tak elok lah kalau aku ngan dia aje" Jawab Esyana.

Hanna cuma mengangguk. Tidak tahu apa yang patut diperkatakannnya.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now