Bab 27

3.3K 100 4
                                    

Hari demi hari,  sudah 2 bulan lebih Izz menjadi tunang Esyana. Masa terasa begitu cepat.

Kalendar yang berada di atas meja di capai lantas dibelek. Dia cuma punya masa 5 hari lagi sebelum bergelar suami kepada Esyana. Semua persiapan pernikahannya diuruskan oleh mamanya. Dia langsung tidak mengambil peduli mengenai hantaran dan segala perkara yang berkaitan majlis pernikahannya. Hanya baju nikah tu je lah yang dipilih oleh Izz sendiri. Yang lain, lantaklah! Alasannya, dia sibuk bekerja sebab tu takde masa nak cari barang hantaran. Alasan!

Sejujurnya, dia langsung tidak berminat untuk mengetahui perkembangan majlis pernikahannya. Setiap kali dia balik ke rumah, pasti mamanya bercerita mengenai semua persiapan majlis pernikahannya dan dia pula hanya akan diam. Dia hanya akan bersuara apabila perlu, lagipun tak boleh lah dia diam memanjang. Nanti bocor pulak rahsianya. Dia cuma fokus ke arah plan  yang dia susun rapi, selepas je akad nikah, dia akan bebas!

Izz melepaskan keluhan berat. Hatinya semakin tidak keruan apabila hari pernikahannya semakin tiba. Andai sahaja dia mempunyai kuasa untuk melemparkan Esyana dari hidupnya, sudah pasti dia akan melakukannya.

Jika pasangan bakal pengantin lain pasti sudah mula menghitung hari dan berasa teruja untuk berkahwin, tetapi dia langsung tidak merasakan perasaan itu. Jiwanya kosong, langsung tidak terisi dengan kasih sayang buat Esyana Aira.

Laci mejanya ditarik. Lantas dia mengeluarkan kotak baldu berwarna merah. Penutupnya dibuka sebelum dia mengambil isi di dalamnya. Rantai emas putih itu dipandamg. Tangan kirinya mengusap-usap loket yang terdapat pada rantai tersebut.

Rantai itu memang khas untuk Izz Azwan dari Sherry. Loketnya adalah gabungan I dan S yang mewakili namanya dan Sherry. Dia masih ingat saat Sherry memberi rantai itu, Sherry nak sangat Izz pakaikan rantai itu apabila mereka kahwin nanti. Bila agaknya Izz boleh pakaikan?

Rantai yang masih berada di tangan dipandang dan digoyangkan di hadapan mata. Dia rasa dia nak jujur dengan Sherry, masa yang tinggal cuma 5 hari je lagi untuk dia berterus-terang. Dia akan memberitahu sebab kenape dia buat macam tu. Tapi dia langsung tidak punya kekuatan untuk melakukannya. Dan kalaupun dia melakukannya, mampukah Sherry menerima sebabnya itu? Adakah Sherry akan menyokongnya? Statusnya sebagai tunang orang memang tetap menjadi rahsia sehingga kini. Bahkan kesemua rakan sepejabatnya juga tidak tahu mengenai perkara ini.

Telefon bimbit yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil itu di capai. Nama contact 'Sherry is love' di cari dan di tekan dial.

"Assalamualaikum. Hi sayang" Sapa gadis itu. Izz diam seketika sebelum menjawap salamnya.

"Waalaikumussalam. Hi. You belum tidur lagi k?"

"Belum. I baru je tengah habis ulang kaji, kenape?"

"Oh. Maaflah kalau I ganggu. I saje aje nak telefon you"

"Takpe lah sayang. Kalau you nak telefon I setiap hari pun I tak kesah"

"Sayang.."

"Ye?"

"I ada benda nak cakap ni"

Hati berdebar-debar. Apa perkara tu? Pasal kahwin k? Atau pasal lain? Hmm.

"Oh ok. Apa dia?"

"You.."

"Yes?"

Sherry sedari suara Izz agak tersekat-sekat. Dia pun hairan. Ape benda Izz nak khabarkan. Izz bukan seorang lelaki yang tak lancar berbahasa.

"You masih ingat tak rantai yang you pernah bagi dekat I?" Tanya Izz. Sememangnya itulah yang dia ingin khabarkan. Dia nak ingatkan balik kenangan itu bersama Sherry. Tak ada sedikit pun rasa dia nak bagitahu Sherry tentang majlis perkahwinannya dengan Esyana. Memang tak lah dia bagitahu, sebab dia sayang Sherry. Dia tak nak kehilangan gadis itu.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now