Bab 34

3.6K 109 3
                                    

Subuh itu Esyana bangun tidur seperti biasa. Setelah selesai ambil air wudu', dia mengetuk bilik suaminya. "Izz. Awak dah bangun k tu? Kite solat sama-sama eh"

Senyap.

"Izz" Esyana berulang kali mengetuk bilik suaminya.

"Ye aku bangunlah ni" Sahut Izz.

"Saye tunggu kat tingkat bawah eh? Kite solat subuh sama-sama" Ujar Esyana. Dia pun mengatur langkah turun ke tingkat bawah, dan di penghujung itu ada satu bilik surau untuk solat.

Rasa-rasanya dah hampir 10 minit Esyana menunggu ketibaan Izz, tapi masih tak muncul-muncul. Esyana naik semula ke bilik Izz, dan sekali lagi dia mengejutkan Izz untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

"Izz. Bangunlah.."

"Apahal?" Pintu di buka sedikit oleh Izz.

"Turun bawah. Kite solat subuh berjemaah"

"Maksud kau? Kau nak aku jadi imam lah? Macam tu?"

Esyana mengangguk.

Izz menghela nafas berat sebelum menjawab. "Kat sini takde imam. Kalau kau nak sangat solat berjemaah, kau pergi kat masjid tu, lagi banyak imam yang lebih berpegalaman dari aku. Kacau orang tidur je tahu!" Izz menghentak pintu biliknya dan perlahan-lahan Esyana mengatur langkah turun ke tingkat bawah.

Izz menggeliat malas sebaik sahaja bangun dari tidur. Akhirnya tiba juga hari sabtu yang di nanti-nantikan. Syok betul bila dapat tidur sampai tengah hari. Badan rasa betul-betul segar. Dia mencapai telefon bimbitnya yang sedang berdering, lantas menjawabnya.

"Baru bangun lah tu" Sergah panggilan itu.

"Kenape?" Soal Izz.

"Jom kite keluar"

"Idea yang bernas! Ok, now?"

"Takkanlah sekarang, you pun belum lagi bersiap-siap kan? I jumpa you dalam pukul 2?"

Izz melihat jam di dinding biliknya yang menunjukkan pukul 12:40. "Pukul 1:30? Please" Jawab Izz. Lelaki kalau mandi dan bersiap bukan mengambil masa yang lama sangat macam kaum perempuan. Jadi tu tak jadi masalah buat Izz.

"Oh ok. I ok je" Jawab Sherry ringkas.

Lantas Izz capai tuala lalu pergi ke bilik air. Setelah siap, dia melangkah ke bawah dan menghidupkan enjin keretanya. Esyana yang berada di dapur langsung tidak di hiraukannya. Lebih baik dia pergi keluar dengan buah hatinya daripada duduk di rumah dengan pompuan separuh siap tu.

"Eh..Izz. awak pergi mana tu? Bukan hari ni awak cuti k?" Tegur Esyana apabila melihat Izz sudah berada di halaman rumah.

"Memanglah cuti. Inilah masanya aku keluar dengan Sherry. Tu pun nak tanya k?"

"Izz, boleh tak awak duduk kat rumah je? Ni asal awak cuti, awak keluar. Awak pergi mana pun saye tak tau. Saye ni isteri awak Izz"

"Isteri? Tolonglah, saye dah meluat dengan perkataan suami isteri. Isteri tu cuma sekadar title " Katanya. Riak wajahnya langsung takde rasa sedikit kemanusiaan. Takde berhati perut!

Terkocoh-kocoh Sherry turun anak tangga rumahnya dengan kasut tumit tinggi halus miliknya. Matanya melilau mencari kereta seseorang. Nafas lega dihembus apabila melihat kereta itu masih ada di situ. Pantas dia mendapatkan lelaki itu. "Sorry sayang sebab lambat. Baju I tadi tertumpah makanan, sebab tu kena tukar lagi"

Izz tersenyum. "Takde hal lah. I pun baru sampai. You nak pergi mana?"

Melihat senyuman di bibir Izz, hilang semua lenguh betis dan penat akibat berlari-lari tadi. "Kite pergi makan dulu lah, I tahu you belum lunch lagi kan?"

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now